Sunday 26 February 2023

BELANJAWAN 2023: KPM GALAS TANGGUNGJAWAB BESAR KEPADA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA

Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan setiap perbelanjaan daripada peruntukan Belanjawan 2023 memberi impak optimum kepada pembangunan pendidikan negara menerusi tujuh teras digariskan bagi melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Dalam kenyataan hari ini, KPM berkata peruntukan tertinggi diterima iaitu RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun lepas yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas akan memacu komitmen berterusan KPM untuk meningkatkan lagi kualiti infrastruktur sedia ada di sekolah-sekolah.

KPM berkata antara fokus utama kementerian dalam Belanjawan 2023 adalah meningkatkan taraf pendidikan negara dan memelihara kebajikan guru serta murid-murid.

Katanya Belanjawan 2023 juga menyaksikan sektor pendidikan terus diberi keutamaan oleh kerajaan dan mencerminkan prinsip Malaysia MADANI yang memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

Antara peruntukan Belanjawan 2023 adalah RM2.3 bilion untuk membina infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di sekolah-sekolah termasuk RM920 juta untuk menaik taraf bangunan serta infrastruktur 380 sekolah daif seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas, selain RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sebanyak RM560 juta juga diperuntukkan untuk pembinaan tujuh sekolah baharu antaranya SK Paya Dusun di Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Denai Alam di Selangor, SMK Nabalu di Sabah dan SMK Dudong di Sarawak.

Peruntukan itu juga bagi melengkapkan sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas dengan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU), selain RM15 juta untuk menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran.

KPM juga menerima peruntukan RM777 juta berbanding RM625 juta tahun lepas untuk menyediakan makanan berkhasiat di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memanfaatkan 700,000 murid.

Selain itu, RM108 juta diperuntukkan untuk Program Makanan Prasekolah di bawah KPM yang akan memanfaatkan lebih 240,000 murid.

Menurut KPM, pemantauan ke atas penyedia makanan akan dibuat bagi memastikan makanan disediakan berkualiti dan berkhasiat selain komited untuk mengatasi isu kemiskinan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak sekolah melalui program-program tersebut.

Selari dengan arus pemodenan, KPM berkata keperluan pengajaran dan pembelajaran guru perlu segera beradaptasi dengan teknologi digital, justeru kerajaan juga akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50,000 komputer riba pada tahun ini yang juga selaras dengan teras ketujuh KPM dalam meningkatkan keupayaan digital di sekolah.

Bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan NGO dalam pembangunan anak-anak di sekolah, KPM berkata RM20 juta diperuntukkan bagi perlaksanaan program gotong-royong di semua sekolah seluruh negara.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM20 juta kepada tiga buah agensi bagi menggalakkan aktiviti terjemahan dan penerbitan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di bawah KPM.

BERNAMA ONLINE

BELANJAWAN 2023: KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

Saturday 25 February 2023

BELANJAWAN 2023 ATASI KEMISKINAN DALAM PENDIDIKAN - FADHLINA

Fadhlina Sidek - Foto Arkib NSTP

KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam, dilihat mampu mengatasi isu kemiskinan secara multidimensi melibatkan pelbagai perkara dan bukan hanya tertumpu kepada kemiskinan pendapatan semata-mata.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata belanjawan itu, dilihat berada pada landasan tepat untuk mengatasi kemiskinan dalam pendidikan, termasuk kemiskinan nutrisi dalam kalangan pelajar, kemiskinan peranti bagi pembelajaran digital, dan kemiskinan infrastruktur melibatkan sekolah daif.

“Kemiskinan multidimensi kita tidak bercakap mengenai satu sahaja kemiskinan pendapatan, tetapi ia merentas pelbagai kemiskinan memerlukan wajah solusi juga secara multidimensi. Salah satu aspirasi saya (selaku Menteri Pendidikan) adalah bagaimana mengatasi kemiskinan multidimensi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Konvensyen Pembelajaran Digital 2023 di Universiti Malaysia Sabah di sini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Fadhlina berkata kemiskinan nutrisi dalam kalangan pelajar terutama melibatkan golongan kurang berkemampuan, diberi perhatian kerajaan antaranya melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah yang sedang ditambah baik.

Beliau berkata selain RMT, kerajaan juga akan melaksana program untuk mengatasi isu kemiskinan nutrisi dalam kalangan pelajar di peringkat lebih awal, antaranya di peringkat prasekolah melalui Belanjawan 2023.

“Melihat anak-anak kita kekurangan nutrisi adalah sesuatu yang amat menyayat hati, justeru apabila kita buat belanjawan ini, salah satu yang kita perjuangkan adalah nutrisi untuk anak-anak kita,” katanya.

Fadhlina berkata kemiskinan peranti pula boleh menjejaskan pembelajaran dalam kalangan pelajar, dengan sesi pembelajaran pada masa ini semakin pantas menuju pembelajaran secara digital pada pascapandemik COVID-19.

“Dalam Belanjawan 2023 sebanyak 50,000 peranti akan diberikan kepada pelajar di insitusi pendidikan dan sekolah, untuk memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran secara digital, kami akan agihkan peranti tersebut kepada negeri-negeri,” katanya.

Fadhlina berkata kemiskinan infrastruktur terutama melibatkan sekolah daif diberi penumpuan penuh kerajaan melalui Belanjawan 2023, terutama di Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pelajar menuntut ilmu dalam persekitaran selesa juga kondusif.

Belanjawan 2023 antara lain memperuntukkan RM1.2 billion bagi menyiapkan segera pembaikan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif; selain meningkatkan had sebut harga perolehan kerja pembaikan itu kepada RM1 juta berbanding RM500,000 sebelum ini.

HARIAN METRO ONLINE

Friday 24 February 2023

BELANJAWAN 2023 TELUS, DENGAR PANDANGAN RAKYAT UNTUK SEKTOR PENDIDIKAN

Gambar hiasan

NUTP berharap peruntukan RM2.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah dapat menyelesaikan segala isu berkaitan yang dihadapi ketika ini.

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat disifatkan sebagai telus serta mengambil pandangan rakyat terutamanya dari sektor pendidikan negara.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, peruntukan sebanyak RM2.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah, diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan yang dihadapi ketika ini.

“(Bagaimanapun), NUTP amat berharap pemilihan kontraktor haruslah dalam kalangan syarikat yang kompeten. Selain daripada itu, pemantauan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan juga harus dititikberatkan.

“Pemilihan kontraktor juga harus dibuat secara telus dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada masa yang sama, NUTP turut mengucapkan terima kasih di atas peruntukan naik taraf infrastruktur di 380 buah sekolah-sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk disegerakan serta berharap ia dapat menyelesaikan segala isu yang dihadapi.

Selain itu, beliau juga berharap agar kerajaan dapat mempertingkatkan kapasiti dan melihat kepada nisbah murid dan kelas keperluan khas kerana didapati terdapat kelas di sesetengah sekolah tidak mengikut nisbah murid yang ditetapkan.

Keadaan itu, katanya, berkemungkinan disebabkan permintaan yang tinggi daripada ibu bapa atau disebabkan kelas berkeperluan khas amatlah terhad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat memaklumkan KPM terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada 2022.

Daripada peruntukan itu, sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk infrastruktur dan kemudahan sekolah, merangkumi RM920 juta untuk naik taraf 380 buah sekolah yang daif, khususnya di Sabah dan Sarawak dan RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah.

Sementara itu, aktivis pendidikan, Mak Chee Kin berkata, tindakan kerajaan untuk memberi perhatian segera kepada sekolah-sekolah yang uzur berdasarkan keperluan dan mengurangkan kerenah birokrasi adalah satu langkah yang wajar.

Justeru, beliau mencadangkan prosedur berkaitan sepatutnya datang terus daripada kementerian kepada sekolah terbabit tetapi Jabatan Pendidikan Negeri perlu dimaklumkan dalam proses itu.

SINAR HARIAN ONLINE

BELANJAWAN 2023: BEKAL 50,000 KOMPUTER RIBA KEPADA SEKOLAH

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan membekalkan 50,000 komputer riba kepada sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia mengambil kira peranan guru yang penting dalam mendidik dan memanusiakan anak-anak dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

"Guru perlu segera beradaptasi dengan teknologi digital selari arus kemodenan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata KPM terus menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada 2022.

Beliau berkata sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah meliputi peruntukan RM920 juta untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan kerajaan akan membina dewan terbuka bagi menyediakan keselesaan untuk anak-anak berhimpun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak RM560 juta termasuk Sekolah Kebangsaan Paya Dusun di Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Denai Alam di Selangor, SMK Nabalu di Sabah dan SMK Dudong di Sarawak.

Katanya bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambah daripada RM625 juta kepada RM777 juta yang memanfaatkan 700,000 murid.

HARIAN METRO ONLINE

BELANJAWAN 2023 TELUS, DENGAR PANDANGAN RAKYAT UNTUK SEKTOR PENDIDIKAN

NUTP berharap peruntukan RM2.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah dapat menyelesaikan segala isu berkaitan yang dihadapi ketika ini.

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat disifatkan sebagai telus serta mengambil pandangan rakyat terutamanya dari sektor pendidikan negara.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, peruntukan sebanyak RM2.3 bilion untuk penyediaan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah, diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan yang dihadapi ketika ini.

"(Bagaimanapun), NUTP amat berharap pemilihan kontraktor haruslah dalam kalangan syarikat yang kompeten. Selain daripada itu, pemantauan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan juga harus dititikberatkan.

"Pemilihan kontraktor juga harus dibuat secara telus dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada masa yang sama, NUTP turut mengucapkan terima kasih di atas peruntukan naik taraf infrastruktur di 380 buah sekolah-sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk disegerakan serta berharap ia dapat menyelesaikan segala isu yang dihadapi.

Selain itu, beliau juga berharap agar kerajaan dapat mempertingkatkan kapasiti dan melihat kepada nisbah murid dan kelas keperluan khas kerana didapati terdapat kelas di sesetengah sekolah tidak mengikut nisbah murid yang ditetapkan.

Keadaan itu, katanya, berkemungkinan disebabkan permintaan yang tinggi daripada ibu bapa atau disebabkan kelas berkeperluan khas amatlah terhad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat memaklumkan KPM terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada 2022.

SINAR HARIAN ONLINE

Tuesday 14 February 2023

KPM PASTIKAN SERUAN AGONG BERHUBUNG BIDANG PENDIDIKAN DILAKSANA DEMI RAKYAT

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) bertekad memastikan seruan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung beberapa perkara melibatkan bidang pendidikan dilaksana demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu termasuk memastikan ia menerajui Dasar Pendidikan Digital (DPD) bagi menyambut agenda pendidikan digital negara seiring dengan keperluan kini dan masa hadapan pendidikan.

“KPM juga komited untuk memastikan prasarana dan infrastruktur institusi pendidikan di bawah KPM sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif melalui projek menaik taraf atau penggantian blok bangunan sekolah daif.

“Dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET), ia akan terus diperkasa untuk melahirkan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri dan negara menerusi pendekatan usahasama antara pihak awam dan swasta,” menurut kenyataan itu.

KPM berkata dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah, KPM juga memperkasakan penggunaan Modul Intervensi Jenayah Seksual Kanak-kanak di Sekolah (IHSAN) selain membuat penelitian dan semakan berkaitan peraturan disiplin murid yang lebih komprehensif.

Semalam, sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Seri Paduka menyentuh beberapa perkara melibatkan pendidikan antaranya memaklumkan dasar pendidikan digital merangkumi penyediaan infrastruktur dan keupayaan digital sedang dirangka bagi merealisasikan agenda pendidikan digital negara dan menjamin akses kepada pendidikan.

Al-Sultan Abdullah turut menyokong usaha agar TVET terus diperkasa termasuklah mengadakan usahasama antara pihak awam dan swasta dengan pihak industri menerajui pengoperasian institusi TVET awam bagi memastikan graduan institusi tersebut dilatih berdasarkan keperluan semasa industri setempat.

HARIAN METRO ONLINE