Thursday 25 April 2019

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT


Program Jom Baca 10 Minit di IPG Kampus Tuanku Bainun telah berlangsung pada 23 April 2019 bermula dari 11.00 hingga 11.10 pagi. Program inisiatif Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM) & Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini bertujuan untuk menjadikan budaya membaca sebagai salah satu gaya hidup.

Perpustakaan Za'ba telah menganjurkan program ini di Lobi Unit Khidmat Pengurusan serentak dengan Prorgram Book2U. Selain daripada itu setiap jabatan di IPG Kampus Tuanku Bainun turut sama menjayakan program ini dengan penglibatan setiap warga. 


Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini juga diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.













No comments:

Post a Comment