Wednesday, 7 August 2019

MENGAPA PERTIKAI TULISAN JAWI, SENI KHAT?

KEPUTUSAN kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal. Tahniah. Ia usaha untuk memartabatkan kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan mengikut acuan dan citra tersendiri.
Kita perlu menerima perubahan ini dengan minda terbuka selaras dengan Malaysia Baharu. Tidak perlu beremosi, apatah lagi berdemontrasi.
Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat seluruh sistem pendidikan termasuk SJK Cina dan Tamil adalah kekal yang akan bermula tahun depan.
Pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta agar tidak mempolemikkan isu penggunaan tulisan Jawi dan khat dalam buku teks di semua sekolah dalam negara kerana keputusan ini dibuat meliputi semua aspek dan sudut pandangan.
Ini kerana mempelajari tulisan itu tidak akan menggugat pegangan agama seseorang. Ramai cerdik pandai yang menguasai pelbagai bahasa di dunia, tetapi tidak pula mengubah pendirian terhadap agama mereka.
Usaha yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan ini dilakukan dengan penuh kesedaran bahawa tulisan dan seni khat ini adalah khazanah Malaysia. Anak-anak kini, malah segelintir orang Melayu sendiri pun sudah melupai tulisan Jawi dan khat yang menjadi aspek seni.
Bukan berniat untuk mengislamkan sesiapa. Untuk rekod, tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui di Nusantara. Tulisan ini berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.
Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M. Tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Ini menunjukkan tulisan Jawi sudah bertapak ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ketika penguasaan British.
Semua perjanjian ditulis dalam tulisan Jawi bukan sahaja di Nusantara, malah dengan Portugis, China, Belanda dan Inggeris. Kegemilangan tulisan Jawi sehingga negara lain akur dan memahami tulisan Jawi untuk berdagang dengan Melaka, Kerajaan Pasai atau Aceh. Malah, ufti dan dokumen berkaitan hubungan dengan Tanah Besar Cina ditulis dalam tulisan Jawi.
Jadi apa isu sebenarnya, sedangkan usaha ini adalah transformasi pendidikan yang dibentuk dalam misi kerajaan baharu untuk mengantarabangsakan lagi segala khazanah yang kita mula lupakan. Kalau di Ireland mewajibkan semua pelajar mempelajari bahasa Irish, dek menyedari keutamaan kepada negara, kenapa tidak di Malaysia.
Setelah dijajah oleh Inggeris, Ireland tidak lagi menggunakan bahasa Irish, kecuali yang tua-tua. Maka, sejak akhir-akhir ini Ireland dan Scotland serta beberapa negara Eropah memperkenalkan bahasa ibunda agar tidak ditelan zaman.
Begitu juga jiran kita di utara, mewajibkan bahawa bahasa Siam kepada semua pelajar, baik berdarah Siam atau Tionghua menjadikan negara mereka mempunyai identiti dan citra yang unik. Wujudnya keseragaman dan berkongsi nilai yang sama seperti yang berjaya dilakukan di Indonesia.
Di sinilah wujudnya kepelbagaian dalam kesaksamaan. Mungkin juga pada masa akan datang, tulisan dan kaligrafi Cina dan Tamil boleh diperkenalkan menjadikan pembelajaran suatu yang menarik. Akibat daripada kita ‘mengetepikan’ kepentingan tulisan Jawi dan khat, maka kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
Oleh itu, belum lagi terlambat untuk kita bangun daripada lamunan. Bahawa perubahan yang akan dilakukan sudah tentu difikirkan semasak-masaknya oleh pihak berwajib. Suatu ketika dahulu pelajar sekolah rendah diminta untuk membawa sempoa, alat kira bagi kaum Cina di sekolah. Tiada bantahan pun ketika itu.
Malah, masyarakat Melayu menyambut baik perkongsian sebegini. Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan. Kerajaan tidak pernah menghalang kaum lain mengamalkan penulisan bahasa ibunda masing-masing, yang menjadikan negara ini istimewa dalam kepelbagaian.
Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman
Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, 
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA

BERITA HARIAN ONLINE

GURU PENCETUS 'SEKOLAH POKOK' BAKAL LANJUT PELAJARAN DI AS


Guru Bahasa Inggeris, Samuel Isaiah, 32, memainkan alat muzik ukulele pada majlis perpisahan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang. 
PEKAN: Suasana pilu menyelubungi Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang, di sini, apabila seorang gurunya yang pernah memperkenalkan sekolah pokok untuk murid Orang Asli sehingga tular, tamat bertugas pada hari ini.
Guru Bahasa Inggeris, Samuel Isaiah, 32, yang sudah lapan tahun berkhidmat di sekolah itu bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang Kepimpinan dan Dasar Pendidikan di The State University of New York, Amerika Syarikat (AS), selama dua tahun.
Beliau yang menerima Anugerah Guru Adiwira, Mei lalu, memaklumkan bahawa keputusannya itu bertujuan membawa perubahan dalam sistem pembelajaran untuk anak Orang Asli pada masa depan.
“Murid di sini banyak mengubah hidup dan membuka mata saya untuk membantu mereka dalam pendidikan. Selama saya di sini, mereka ibarat anak sendiri yang dahagakan perhatian dalam pelajaran.

Guru Bahasa Inggeris, Samuel Isaiah, 32, memeluk serta memberi semangat kepada murid sebelum majlis perpisahan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang.
“Sukar untuk saya menggambarkan perasaan sekarang selepas bertungkus lumus membuat perubahan membantu murid sekolah ini menguasai Bahasa Inggeris dan menanam minat mereka hadir ke sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Kegigihan usaha beliau berulang-alik hampir 200 kilometer setiap hari bagi membantu muridnya melalui teknik belajar dengan muzik dan sekolah pokok, meraih perhatian ramai apabila tular dalam media sosial sejak awal tahun ini.
“Selama di sini, saya banyak mendapat sokongan daripada guru lain dan pentadbir sekolah. Malah, saya menolak tawaran bertukar ke sekolah lain kerana mahu membantu murid di sini mendapat pendidikan setaraf sekolah di bandar.
“Bidang pengajian yang saya ambil ini pun untuk membentuk sistem pendidikan anak Orang Asli yang jauh ketinggalan. Saya mahu berbakti kepada masyarakat Orang Asli selepas ini supaya mereka memperoleh pendidikan berkualiti,” katanya.
Samuel memaklumkan, idea sekolah pokok yang dicetuskan beliau turut diguna pakai seorang guru di SK Balar di Gua Musang, Kelantan, bagi membantu murid Orang Asli.
Malah, beliau berkata, peralatan muzik Ukulele digunakan dalam usaha mengajar muridnya, turut diserahkan kepada pendidik di SK Balar berikutan tiada guru di SK Runchang yang boleh mengajar menggunakan instrumen itu.
“Saya sedih apabila ada bekas murid saya hanya belajar separuh jalan di sekolah menengah sebab tidak mendapat perhatian seperti di SK Runchang.

Guru Bahasa Inggeris, Samuel Isaiah, 32, memeluk murid pada majlis perpisahan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang.
“Saya tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi pada masa depan dan berharap selepas tamat pengajian nanti, saya akan kembali berbakti kepada anak Orang Asli bagi menarik minat mereka meneruskan persekolahan hingga tamat,” katanya.
Mengaku sukar melupakan kenangannya di SK Runchang kerana tidak pernah bertukar sekolah, Samuel berkata, murid Orang Asli senang dibentuk jika guru mahu melakukan perubahan.
“Sebagai guru, harus menyayangi mereka dan ia perlu bermula dari hati. Saya menghargai setiap kenangan yang mereka berikan kepada saya. Mereka menukar pemikiran saya daripada tidak sukakan sekolah pedalaman kepada menyayangi mereka.
“Itu yang membuatkan saya sedih meninggalkan mereka. Namun demi masa depan lebih baik untuk mereka, saya ingin melakukan perubahan dalam sistem pendidikan anak Orang Asli,” katanya yang tidak menafikan bukan mudah untuk mengubah persepsi masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan.
BERITA HARIAN ONLINE

Tuesday, 6 August 2019

TULISAN KHAT PENGISIAN TAMBAHAN SENI BAHASA

KEMENTERIAN Pendidikan hari ini mengedarkan set soalan lazim bagi menjelaskan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.
S: Apakah yang berlaku?
J: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun Empat memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.
S: Apakah tujuan pengenalan tulisan khat ini dilakukan?
J: Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
S: Bagaimana pengisian ini dilakukan?
J: Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat enam muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat.
S: Adakah murid akan menguasai jawi melalui enam muka surat ini?
J: Seperti dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai jawi.
S: Adakah ini berlaku di SJK sahaja?
J: Tidak. Pengenalan ini membabitkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJK.
S: Bilakah keputusan ini dibuat?
J: Perancangan pengenalan tulisan khat ini dilaksanakan melalui semakan semula KSSR sejak 2014.
S: Adakah untuk Tahun Empat sahaja?
J: Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap Dua dengan membabitkan Tahun Empat pada 2020, Tahun Lima pada 2021 dan Tahun Enam pada 2021. Murid Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tiga) tidak terbabit dengan pengenalan tulisan khat.
S: Adakah tulisan khat ini akan diuji dalam ujian dan peperiksaan?
J: Tidak. Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.
S: Kenapa memaksa murid bukan Melayu mempelajari tulisan khat?
J: Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Tambahan pula, tulisan jawi juga diajar di SJK melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak 2015. Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun Lima cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).
S: Mengapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada 'coding' dan cabang ilmu lain?
J: Tulisan khat adalah pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. KPM memperkenalkan ‘coding’ atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan KSSR dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017. Di sekolah rendah ia membabitkan murid Tahap Dua (Tahun Empat, Lima dan Enam). Manakala untuk sekolah menengah membabitkan Tingkatan Satu hingga Tiga. Aspek ‘coding’ ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.
BERITA HARIAN ONLINE

TIADA PAKSAAN MURID BUKAN MELAYU BELAJAR TULISAN KHAT


Muhammad Anis Ab Ghani, 40, menyiapkan tulisan khat ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Balik Pulau, Pulau Pinang.
PUTRAJAYA: Belajar tulisan khat bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
Itu antara penjelasan soalan kerap ditanya (FAQ) mengenai isu tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, hari ini.
Difahamkan, FAQ itu dikeluarkan susulan perdebatan hangat mengenai pelaksanaan isu tulisan khat itu akhir-akhir ini.
FAQ 10 soalan berserta penjelasan itu turut dikongsi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Facebook (FB), hari ini.
Penjelasan yang diberikan kementerian antara lain menyebut, tulisan jawi juga sudah diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi.
Malah, katanya, ia boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5 cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).
Katanya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.
“Tulisan khat dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
“Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat 6 muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat,” katanya.
Katanya, pelaksanaan tulisan khat tidak hanya berlaku di SJK sahaja sebaliknya membabitkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Dalam pada itu, menerusi FAQ sama, pengenalan tulisan khat ini adalah Tahap 2 dengan membabitkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021 manakala, murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terbabit dengan pengenalan tulisan khat.
Selain itu, katanya, tulisan khat juga tidak diuji dalam ujian dan peperiksaan malah, tiada pentaksiran akan dijalankan.
Dalam pada itu, berhubung persoalan kenapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada ‘coding’ dan cabang ilmu lain, kementerian menjelaskan, tulisan khat adalah pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
“Kementerian memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan KSSR dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017.
“Di sekolah rendah ia membabitkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Manakala untuk sekolah menengah pula membabitkan Tingkatan 1 hingga 3.
“Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr S Vijayaletchumy berkata murid Tahun Empat hanya perlu Tekap, sambung titik pada huruf jawi dan tiru semula untuk dijadikan seni khat.
Katanya, perkara itu hanya akan diajar empat kali setahun dalam tempoh 10 minit terakhir sebagai bahan sokongan kemahiran bahasa sesi pengajaran Bahasa Melayu.
Vijayaletchumy yang juga antara ahli panel yang terbabit dalam menggubal kurikulum itu turut menegaskan untuk sesi pembelajaran itu, lima hingga enam aksara daripada tulisan jawi sahaja yang akan diperkenalkan kepada murid.
“Masyarakat serta pihak tertentu sebenarnya sudah salah faham atau keliru antara tulisan jawi dengan tulisan khat. Ia adalah perkara yang berbeza.
“Jawi adalah tulisan rasmi manakala tulisan khat adalah antara aspek seni bahasa atau kaligrafi dalam Bahasa Melayu yang membabitkan tulisan jawi ditulis secara berangkai menjadi tulisan khat.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memasukkan seni khat dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana ia adalah sebahagian daripada warisan Bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tersendiri, …yang diajar adalah seni khat dan bukan tulisan jawi, jadi ia adalah salah faham,” katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di UPM, hari ini.
BERITA HARIAN ONLINE

JAMIN TULISAN KHAT TIDAK JEJASKAN PEMBELAJARAN, PENGAJARAN DI SJK

KUALA LUMPUR: Pengenalan tulisan khat untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 4 tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak diuji dalam peperiksaan dan tiada pentaksiran.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan, berkata pengenalan tulisan khat untuk murid Tahun Empat SJK mulai tahun depan itu sebenarnya adalah hasil dari pengkonsepsian Kurikulum Sekolah Rendah pada 2014.
Katanya perkara itu sudah melalui pemetaan dan pembinaan kurikulum Tahap 1 pada 2015, manakala pada 2016-2017, pembinaan kurikulum Tahap 2 pula dilaksanakan.
“Ini bermakna, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) membabitkan pengenalan tulisan khat ini sudah dilakukan sejak 2014 lagi.
“Usaha ini juga sudah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah terpilih.
“Justeru, pihak kementerian ingin menegaskan pengenalan tulisan khat ini tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan dan tiada pentaksiran,” katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu itu.
“Ini menunjukkan agenda pendidikan adalah agenda yang sentiasa mendapat perhatian semua,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 SJK Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT).
Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) itu mendakwa pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.
Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen, berkata jika Kementerian Pendidikan bertegas mahu melaksanakan dasar berkenaan, mereka sepakat meminta rundingan diadakan dengan pemegang taruh bersama pihak terbabit dalam pendidikan Cina dan Tamil sebelum pelajaran tulisan khat bagi murid Tahun 4 di SJKC dan SJKT dilaksanakan mulai tahun depan.
Katanya, mereka turut mendesak kementerian menjelaskan terlebih dulu kandungan Dokumen Standard Kurikulum Peperiksaan (DSKP) dan buku teks berhubung keputusan pengenalan pelajaran tulisan khat.
BERITA HARIAN ONLINE

TULISAN KHAT

TULISAN KHAT
Sumber : Kementerian Pendidikan


Monday, 5 August 2019

KHAT CAN HELP PUPILS MASTER BM, SAY ACADEMICIANS


Associate Professor Lim Swee Tin
ACADEMICIANS believe that those who oppose the learning of Malay-Arabic khat calligraphy in schools should view the matter objectively, and see it as a means of acquiring knowledge among pupils.
Associate Professor Lim Swee Tin said the introduction of khat as part of the Bahasa Melayu subject for Year Four pupils would educate them on the history of the Malay language, the official language of the nation.
He said the move, which will be implemented by the Education Ministry next year, was in line with the national education philosophy aimed at building a more dynamic generation.
“I believe the introduction of khat serves to uphold the philosophy embedded in the Rukun Negara. It also does not deviate from the Federal Constitution.
“According to history, Bahasa Melayu writings were in the form of Jawi inscriptions before the language evolved to its modern form.
“In order for our children, regardless of their race and religion, to master Bahasa Melayu, it is important for them to understand the history behind the evolution of the language,” the Kelantan-born poet told the New Straits Times.
He said the move would not compromise one’s religion or culture, but could produce a young generation that was not only strong intellectually but also emotionally and spiritually.
Lim was baffled by the criticisms, especially from politicians, who had jumped the gun when the ministry announced the introduction of khat as part of the Bahasa Melayu subject.
He urged all quarters who lacked information on the move to refrain from making statements that could cause unease among the people.
“Politicians love to comment on things. I do not know what they are trying to prove to their supporters or followers.
“They should view it (introduction of khat) as a move to nurture and strengthen interest among our pupils in Bahasa Melayu.

Datuk Ching Eu Boon
“There are thousands of manuscripts in Jawi in libraries around the world, which can fetch millions of ringgit. I believe that by understanding khat, our children will be prouder to master Bahasa Melayu.
“Language is, after all, the bridge to unity,” said Lim, who spoke on his experience as a teacher and university lecturer for 28 years and 10 years, respectively.
He urged all quarters to place their trust in teachers, schools and the ministry over the introduction of khat in schools.
Entrepreneur-cum-academician Datuk Ching Eu Boon, who is a member of the board of a university college in Johor, has a different take on the matter.
He believed that the criticisms over the introduction of khat stemmed from a lack of information from the ministry.
“The ministry has to be clear on its direction with regard to the introduction of khat.
“Is the move only to nurture talent in art among pupils? Will it be included as an examination subject? The ministry must be clear about the move.”
On mastering khat, Ching said pupils were required to have a good command of Bahasa Melayu in order for them to understand Jawi.
He estimated that between 10 and 20 per cent of the non-Malay population lacked a sufficient command of Bahasa Melayu.
“Learning Jawi is not as easy as learning the 26 letters of the alphabet.
“There is difference in terms of spelling and pronunciation. Priority should be given to enhancing the command of Bahasa Melayu among pupils.”
Ching said he was able to master khat and Jawi due to his passion for the art and Bahasa Melayu.
Despite being Chinese, Ching said, he was a believer in the “hablum minannas”, a concept that promoted good relationships among humans.
“I would obtain a score of 99 or 100 (for Jawi in school). After class, I would meet the pakcik-pakcik (uncles) at coffee shops and share my interest in khat and Jawi.
“On many occasions, the pakcik would buy me books for me to better understand khat and Jawi.”
The Education Ministry recently proposed introducing khat or Jawi writing in the school curriculum.
The ministry has maintained that the introduction of khat in the Bahasa Melayu subject should be implemented next year.
Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad welcomed the introduction of khat and said the objections came from a small part of the community.
He was reported to have said that the government had always adhered to the shared prosperity policy and never prevented the use of the writing of other languages.

NEW STRAITS TIMES ONLINE