Wednesday, 4 March 2020

PM DENGAR TAKLIMAT KSU DUA KEMENTERIAN

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan penerangan berhubung perkembangan kedua-dua kementerian.
Lima gambar pertemuan itu dimuat naik dalam akaun Facebook Muhyiddin Yassin bersama kenyataan tiga perenggan, memaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas memberi penerangan mengenai perkembangan sektor pendidikan negara.
Penerangan itu termasuk mengenai statistik pencapaian terkini dan cadangan untuk mempertingkatkan bidang pendidikan di Malaysia.
KSU Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob pula memaklumkan mengenai keadaan semasa hubungan Malaysia dengan negara-negara lain, jalinan kerjasama serta persidangan penting yang akan berlangsung tahun ini.
Sejak memulakan tugas Isnin lalu, Perdana Menteri sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Semalam, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan KSU Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan KSU Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.
Beliau juga sudah bertemu Ketua Ekonomi Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Dr V Sivabalasingam dan Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican untuk mengetahui status terkini pelaksanaan Belanjawan 2020 serta Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan Khamis minggu lalu.
Perdana Menteri turut mendengar taklimat mengenai Status COVID-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan pagi semalam, disusuli pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
BERITA HARIAN ONLINE

Tuesday, 3 March 2020

KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK (APEC) : SEPINTAS LALU

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Antara isu yang dibincangkan ialah ekonomi serantau, kerjasama, perdagangan dan pelaburan. Negara-negara ini mewakili 60 peratus eknomi seluruh dunia. Persidangan kemuncak berlangsung setiap tahun yang dihadiri oleh ketua kerajaan setiap negara ahli. Lokasi persidangan bergilir-gilir antara negara-negara ahli. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) merupakan satu forum untuk 21 buah negara Rim Pasifik (Ekonomi rasmi Ahli) yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi di seluruh rantau Asia Pasifik.
Negara-negara ahli


Sumber : www.apec.com & Bernama

PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2020

Permohonan melalui upuonline
https://upu.moe.gov.my/ 


Klik pada pautan untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru 2020



Sumber : Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2020

Monday, 2 March 2020

SEKALUNG TAHNIAH PERDANA MENTERI KE 8


Sumber : Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

RIADAH MASA REHAT

Zoo mini yang dikenali sebagai Rimba Kecil
CABARAN guru bertugas di pedalaman dan bandar ternyata berbeza walaupun matlamatnya satu iaitu mendidik anak bangsa.
Alfian Mansor, antara guru muda yang bertugas di sekolah penempatan Orang Asli sejak lapan tahun lalu. Sekali gus menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
Guru Cemerlang Prasekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang, Bandar Tenggara, Johor itu tidak jemu untuk menarik minat murid Orang Asli menuntut ilmu.
“Kehadiran ke sekolah menjadi masalah besar bagi anak-anak ini,” katanya ketika dihubungi Akademia Harian Metro, baru-baru ini.
Alfian mengakui, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pendidik supaya masalah itu ditangani secara berhemah dan kreatif bagi memastikan anak-anak Orang Asli tidak tercicir dalam menuntut ilmu.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau membina zoo mini dikenali Rimba Kecil yang menempatkan beberapa jenis haiwan peliharaan di sekolah berkenaan.
MURID gembira dapat memberi makan arnab.
Katanya, idea menempatkan 61 haiwan pelihara itu juga sesuai dengan naluri dan jiwa murid Orang Asli yang dekat dengan hutan dan semula jadi.
“Projek ini berjaya menggalakkan mereka untuk hadir ke sekolah setiap hari. Pada waktu cuti pun mereka rajin ke sekolah semata-mata ingin melihat dan bermain dengan haiwan di Rimba Kecil.
“Sejak dibuka awal persekolahan lalu, sekolah mencapai peratusan kehadiran murid yang cemerlang iaitu 98 peratus dan terbaik di Johor,” katanya.
Guru berusia 34 tahun itu berkata, idea membina Rimba Kecil juga tercetus apabila melihat anak muridnya banyak menghabiskan masa rehat dengan mengejar haiwan di padang.
KELETAH arnab yang comel menarik perhatian murid di Rimba Kecil.
“Selain membawa suasana berbeza, Rimba Kecil ini juga menjadi platform pembelajaran langsung kepada murid melalui pelbagai aktiviti penerokaan seperti mengenal ciri, habitat dan jenis haiwan.
“Hasilnya, projek ini berjaya merangsang kecenderungan pelbagai murid, khususnya yang bersifat semula jadi, kinestatik dan linguistik,” katanya.
Rimba Kecil yang dibina dengan kos bernilai RM2,000 menempatkan 12 arnab, enam kura-kura, sembilan burung baji, empat ikan koi dan 30 ikan emas.
Projek yang dimulakan pada 21 November lalu itu mendapat sokongan penuh daripada Guru Besar, Azmi Wahid.
ALFIAN bersama anak-anak muridnya.
Alfian berkata, haiwan yang terdapat di Rimba Kecil itu ada antaranya dibeli, selain sumbangan daripada pelbagai pihak. Selain sumbangan untuk menampung kos perbelanjaan makanan, pembersihan, penjagaan dan rawatan.
“Cabaran terbesar adalah untuk memastikan Rimba Kecil sentiasa bersih dan semua haiwan dalam keadaan sihat kerana tempat ini menjadi destinasi riadah untuk merehatkan diri bukan sahaja murid, tetapi juga penduduk kampung.
“Bagi memastikan kebersihan terjaga, kawasan Rimba Kecil dan kolam ikan akan dibersihkan dua kali seminggu manakala kerja pembuangan najis arnab dilakukan setiap hari selepas waktu persekolahan,” katanya.
Beliau berkata, buat masa ini, pihak sekolah masih menggunakan sistem cucian kolam secara manual.
“Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk menyumbang sistem pengaliran dan pembersihan air kolam,” katanya.

HARIAN METRO ONLINE

Sunday, 1 March 2020

TOP 10 EXAM TIPS


Exams are inevitable for students, but they don't have to be painful. These tips can help you get ready for and get through your exams. They can also help you prepare for tests and class presentations, and tackle in-class assignments. 

1. Find out about the exam

Know your enemy – find out as much as you can about the exam. Questions to ask include:
  • How much is the exam worth to your overall mark in the subject?
  • What type of exam is it (for example, multiple choice, essay, open book, take-home)?
  • Will there be a choice of questions or tasks?
  • How much will each question or task be worth?

2. Ask for help

Don’t feel bad if you need to ask for help. People you can talk to about exams include: 
  • teachers
  • lecturers
  • family members
  • friends and fellow students. 

3. Sort out your subject material

Before starting to review a subject it helps to:
  • check you have all of the handouts
  • put your notes in order
  • read over any course outline or subject guide
  • write your own summaries of each textbook chapter or section of the subject guide.
Getting all your gear together makes it easier to find what you need while you’re studying.

4. Review past exam papers

Get your hands on any old exam papers from the subject and familiarise yourself with the structure and format. Places you can get past exam papers from include:
  • your teacher or lecturer
  • your school or university library
When reviewing, practise answering the questions within the specified time limits. 

5. Know where to go

Make sure you know where and when the exam is happening. You don't want to miss your exam! Here's how to make sure that doesn't happen to you.
  • Check your exam timetable for time and place details.
  • Do a practise run to find out how long it takes to get there.
  • Make a list of everything you need to take with you (for example, calculator, pencil, ruler).
  • Do some study at the same time as your exams (for example, if you have an early morning exam, practise getting up and studying earlier in the day).

6. Don't cram

Staying up all night to cram will only stress you out. It's better to just review what you've already studied and get an early night. That way you'll be as refreshed as you can be on the day of your exam.
If you want to do some preparation the night before, keep it simple:
  • Get all your materials together.
  • Read over your notes.
  • Test yourself on key concepts.
  • Set your alarm.

7. Keep your cool

Fronting up to an exam can be nerve-wracking, but here are some tips for staying calm: 
  • Don’t talk too much to other students before the exam.
  • Try to get there with time to spare so you don't arrive all rushed.
  • Make sure you have a decent breakfast.
  • Listen to some inspiring music on the way to the exam.
  • Wear your lucky shirt or bring a lucky charm (if you have one). 

8. Use your reading time

The way you use your reading time can really help you make the most of your exam time. Here are some ways to use your reading time well: 
  • Read all of the instructions very carefully.
  • Scan the whole exam paper. 
  • Check how many pages there are.
  • Check how much each question is worth (it helps to spend more time on heavier weighted questions).
  • Plan which questions to answer first (consider starting with questions you're confident about).
  • Plan how much time you'll spend on each answer or section. 
  • Start thinking about your answers.

9. Break the questions down

A great tip for any exam is to break the questions down to make sure you really understand what you’re being asked. 
Look for the key parts of the question. These can give you clues on how to answer it.
For example, for the question, "Explain the difference between study and revision", you could split this question into four parts:
  1. Explain – Give reasons to show how or why something is the way it is.
  2. The difference – What are the distinguishing factors between study and revision?
  3. Study – What is study?
  4. Revision – What is revision?

10. Review your answers (if you can)

If you finish the exam before the time is up it's a good idea to go back over everything, even answers you're confident you got right. Try to:
  • review as many answers as you can
  • start with the questions you're least confident about
  • make sure you've answered every question
  • make sure you've answered every part of every question (some questions might have multiple parts).

Come up with your own strategies

Remember – these tips are only some of the things that you can do to get the most out of your exams. There might be other things that work even better for you.
Ask around – find out what your friends do for their exams – maybe some of their tricks will work for you as well! Maybe your teachers have some good recommendations too. 

Sumber : https://www.youthcentral.vic.gov.au

PERDANA MENTERI MALAYSIA


Sumber : kabinet.gov.my
PERDANA MENTERI MALAYSIA