Tuesday, 11 August 2020

PRESTASI GURU BAHARU IPG


PRESTASI guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) berada pada tahap cemerlang dan memenuhi keperluan sekolah.

Dr Radzi Jidin berkata, berdasarkan maklum balas daripada pentadbir sekolah dari 2015 hingga 2019 mendapati peratus skor purata prestasi guru PISMP lepasan IPG bagi tempoh itu berada pada tahap 92% ke atas.


SUMBER : FB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MEMPERKASA PENDIDIKAN GURU


Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa KOMITED untuk memperkasa pendidikan guru bagi melahirkan guru yang terlatih dan kompeten.
Apakah langkah dan inisiatif terkini pihak KPM dalam menjaga dan mempertingkatkan kualiti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) supaya standard pengajaran guru-guru di sekolah-sekolah sentiasa berada pada tahap yang cemerlang?

SUMBER : FB RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

LULUSAN UEC DITERIMA MASUK IPG UNTUK SUBJEK BAHASA CINA SJKC

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin. Foto fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin.
KUALA LUMPUR: Kemasukan graduan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), adalah bagi memenuhi keperluan dalam bidang pengkhususan bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, menjelaskan program terbabit sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011, malah diteruskan ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Program yang disebut Yang Berhormat Simpang Renggam (Dr Maszlee Malik) itu sudah bermula sejak tahun 2011 dan pada waktu Yang Berhormat menjadi menteri (Pendidikan) juga, program terbabit terus dilaksanakan.
"Jadi, sebenarnya perkara ini memang dalam pengetahuan Yang Berhormat. Hakikatnya dasar itu berlaku, pengambilan pelajar kelulusan UEC untuk tujuan kemasukan ke IPG bagi mata pelajaran Bahasa Cina untuk SJKC," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Maszlee (Bebas-Simpang Renggam) sama ada kerajaan mengiktiraf secara sebahagian lulusan UEC berikutan terdapat pengambilan graduan sijil berkenaan memasuki IPG.
Kerajaan pada 2012 menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Melayu.
Media juga sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak pernah menyatakan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam pertemuan beliau bersama pimpinan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zhong) pada Julai lalu.
Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.
Menjawab soalan asal Maszlee mengenai inisiatif terkini kementerian dalam menjaga dan meningkatkan kualiti PISMP, Radzi berkata, kerajaan sentiasa komited memperkasakan pendidikan guru bagi melahirkan guru yang terlatih dan kompeten.
"Antara usaha yang dilaksanakan adalah memperkukuhkan PISMP di IPG. Ini turut membabitkan aspek pemilihan calon dan kurikulum.
"Melalui program ini, kementerian akan dapat menyediakan guru yang berkualiti untuk meningkatkan standard pendidikan, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

Saturday, 8 August 2020

AMANAT PM : PELANCARAN KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU




SUMBER : BERNAMA

MASYARAKAT PERLU BIJAK TAPIS MAKLUMAT

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (tengah) menerima cenderahati daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong (kanan) selepas Majlis penutupan Bengkel Penyelarasan dan Penarafan Kecemerlangan PPDKT di Kuantan malam tadi. - Foto ihsan PPDKT
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (tengah) menerima cenderahati daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong (kanan) selepas Majlis penutupan Bengkel Penyelarasan dan Penarafan Kecemerlangan PPDKT di Kuantan malam tadi.
Kuantan: Orang ramai diingatkan supaya bijak menapis maklumat yang diterima menerusi pelbagai medium media sosial bagi mengelak terjebak dengan perangkap maklumat tidak tepat, sekali gus mengelirukan masyarakat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pada zaman maklumat di hujung jari segala maklumat termasuk menerusi WhatsApp, Facebook dan Telegram perlu ditapis untuk melihat asas kebenarannya.
"Ini kerana dengan perkembangan teknologi terkini, banyak data dan maklumat yang boleh dimanipulasi sehinggakan maklumat yang benar menjadi salah dan maklumat yang salah dizahirkan sebagai benar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Bengkel Penyelarasan dan Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu (PPDKT) di sini malam tadi.
Sementara itu Pegawai Pendidikan PPDKT, Jelani Sulong, berkata, program berkenaan adalah simulasi penarafan PPDKT serta sesi perbincangan dan kolaboratif bagi memantapkan PPD berkenaan.
"Kini PPDKT sudah bertaraf lima bintang hasil auditan pada tahun lalu, pada tahun ini kita menyusun kerja yang lebih kemas, mantap dan sistematik bagi menghadapi auditan pada 2020.
"Saya yakin dan percaya dengan kerjasama dan bantuan daripada semua pihak akan memudahkan lagi segala usaha serta kerja bagi melahirkan sebuah PPD yang mantap dan kekal sebagai PPD yang cemerlang sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

Friday, 7 August 2020