Saturday 8 August 2020

MASYARAKAT PERLU BIJAK TAPIS MAKLUMAT

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (tengah) menerima cenderahati daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong (kanan) selepas Majlis penutupan Bengkel Penyelarasan dan Penarafan Kecemerlangan PPDKT di Kuantan malam tadi. - Foto ihsan PPDKT
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (tengah) menerima cenderahati daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong (kanan) selepas Majlis penutupan Bengkel Penyelarasan dan Penarafan Kecemerlangan PPDKT di Kuantan malam tadi.
Kuantan: Orang ramai diingatkan supaya bijak menapis maklumat yang diterima menerusi pelbagai medium media sosial bagi mengelak terjebak dengan perangkap maklumat tidak tepat, sekali gus mengelirukan masyarakat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pada zaman maklumat di hujung jari segala maklumat termasuk menerusi WhatsApp, Facebook dan Telegram perlu ditapis untuk melihat asas kebenarannya.
"Ini kerana dengan perkembangan teknologi terkini, banyak data dan maklumat yang boleh dimanipulasi sehinggakan maklumat yang benar menjadi salah dan maklumat yang salah dizahirkan sebagai benar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Bengkel Penyelarasan dan Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu (PPDKT) di sini malam tadi.
Sementara itu Pegawai Pendidikan PPDKT, Jelani Sulong, berkata, program berkenaan adalah simulasi penarafan PPDKT serta sesi perbincangan dan kolaboratif bagi memantapkan PPD berkenaan.
"Kini PPDKT sudah bertaraf lima bintang hasil auditan pada tahun lalu, pada tahun ini kita menyusun kerja yang lebih kemas, mantap dan sistematik bagi menghadapi auditan pada 2020.
"Saya yakin dan percaya dengan kerjasama dan bantuan daripada semua pihak akan memudahkan lagi segala usaha serta kerja bagi melahirkan sebuah PPD yang mantap dan kekal sebagai PPD yang cemerlang sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment