Wednesday 26 August 2020

KPM TIADA KAITAN PELAKSANAAN UPSR, PT3 DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan maklumat yang tular berkaitan pelaksanaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara dalam talian yang dikatakan akan diadakan pada September dan Oktober depan.
Melalui kenyataan media hari ini, KPM menegaskan kedua-dua peperiksaan itu bukan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan pihaknya.
"Pada 15 April lalu, KPM mengumumkan bahawa UPSR dan PT3 bagi tahun ini dibatalkan. Bagaimanapun, KPM mendapati sebuah portal menawarkan kedua-dua peperiksaan itu yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020.
"KPM memandang serius perkara ini kerana melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Untuk makluman, KPM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit," katanya.
Sehubungan itu, KPM menasihatkan agar orang ramai, terutama ibu bapa kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 supaya merujuk portal rasmi KPM di http://www.moe.gov.my/ dan portal Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih mengenai peperiksaan dilaksanakan kementerian.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment