Sunday, 16 August 2020

AGONG ZAHIR TAKZIAH KEPADA KELUARGA DR ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad yang meninggal dunia hari ini.
Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.
"Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin.
"Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM, amat menghargai khidmat dan bakti Allahyarham kepada UiTM dan dunia pendidikan negara. Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara," demikian menurut kenyataan itu.
Allahyarham meninggal dunia pagi tadi pada usia 83 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang dekat sini.
Allahyarham dilantik sebagai ProCanselor UiTM pada 15 Disember 2002 dan meninggalkan seorang isteri Puan Sri Noor Hayati Mohamed. 
BERNAMA ONLINE

No comments:

Post a Comment