Thursday, 1 April 2021

ENJIN CARIAN AKADEMIK







PAUTAN JURNAL ATAS TALIAN



PAUTAN JURNAL  AKSES TERBUKA TEMPATAN

MYJURNAL




















PAUTAN JURNAL AKSES TERBUKA ANTARABANGSA















Sunday, 28 March 2021

SEKOLAH DIARAH PERKETAT SOP KEKANG COVID-19

Radzi ketika berucap selepas merasmikan Majlis Pelancaran Gerakan Massa ‘Terima Kasih Cikgu’ sempena Sambutan Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-50 tahun 2021 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana.

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan mengingatkan pihak sekolah supaya terus memperketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pada masa sama ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak supaya menitik berat SOP sepanjang berada di sekolah.

Beliau berkata, pihaknya akan merujuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mendapatkan sebarang pandangan dan langkah yang perlu diambil jika wujud sebarang masalah berkaitan COVID-19.

"Dalam konteks COVID-19, seperti saya jelaskan sekiranya berlaku apa-apa, kita merujuk kepada Pusat Kesihatan Daerah kerana pihak berkenaan lebih pakar.

"Apa saja pandangan, kita di Kementerian Pendidikan (KPM) akan mematuhi nasihat berkenaan demi keselamatan anak-anak.

"Apa yang penting, ibu bapa harus mengingatkan anak-anak mematuhi SOP. Kami juga memberi penekanan pematuhan ini kepada seluruh warga sekolah termasuk guru," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Gerakan Masa: 'Terima Kasih Cikgu" sempena Sambutan Tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-50 Tahun 2021, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, pihaknya mengakui sekarang waktu sukar untuk warga KPM namun pihaknya berjaya menghadapinya dengan baik.

"Ini satu masa yang sukar, namun Alhamdulillah kita melihat bagaimana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar apabila SOP dipatuhi dengan baik.

"Pada masa sama, kita dapat meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan selamat," katanya.

BERITA HARIAN ONLINE

Saturday, 27 March 2021

PENDIGITALAN BIDANG PENDIDIKAN PERLU DISEGERAKAN - MUHYIDDIN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berucap pada program Jom Ke Sekolah Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri Gambir bersama program CSR Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA di Kompleks Sukan Pagoh, hari ini

MUAR: Proses pendigitalan bidang pendidikan perlu disegerakan bagi memudahkan guru, pelajar serta ibu bapa menempuh alam persekolahan pada waktu tidak menentu terutama ketika penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, sudah diarah menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Khas Pendigitalan Pendidikan Negara bagi mempercepatkan proses berkenaan.

Katanya, pendigitalan pendidikan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk menyediakan capaian internet yang baik khususnya di kawasan luar bandar, selain menyediakan peralatan dan alat peranti seperti komputer riba dan tablet susulan wabak COVID-19 yang menjejaskan sistem persekolahan.

"Usaha meningkatkan bidang pendidikan supaya setaraf atau lebih baik daripada negara maju tidak dapat dielak, termasuk mengupayakan pelajar dan guru dengan kemudahan dan alatan yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dibuat di mana sahaja.

"Ini bermakna sistem pendidikan negara kita mesti menuju ke arah sistem pendidikan digital dengan perkakasan dan perisian, terutama tenaga pengajar dan kandungan terbaik dan berkualiti supaya anak kita dapat belajar dalam apa situasi pun termasuk tidak perlu ke sekolah.

"Mungkin kita boleh menyelesaikan sebahagian daripadanya (pendigitalan pendidikan) dalam tempoh tak terlalu panjang untuk membolehkan sekolah, rumah, mahu pun premis lain termasuk kedai menggunakan sistem teknologi maklumat dengan kesalinghubungan internet tahap tinggi, seperti ketika saya lancarkan MyDIGITAL sebelum ini bagi menaik taraf kemudahan digital negara termasuk capaian internet kepada 5G," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jom ke Sekolah Parlimen Pagoh dan DUN Gambir, di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga menyatakan kesediaan membantu sektor pendidikan negara ke arah pendigitalan.

Katanya, beliau memaklumkan mengenai rancangan pendigitalan pendidikan negara kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan ketika lawatan rasmi ke negara berkenaan baru-baru ini.

"Apabila saya terangkan kepada Putera Mahkota mengenai cadangan itu, baginda menyatakan perkara itu 'beres' (diuruskan).

"Saya ada bertanya apakah maksud 'beres' seperti dinyatakan baginda sebelum Putera Mahkota memaklumkan UAE mungkin akan bantu kita menyegerakan pendigitalan pendidikan itu," katanya.

BERITA HARIAN ONLINE

SEGERAKAN PENDIGITALAN PENDIDIKAN NEGARA