Tuesday, 3 September 2019

MASZLEE PUJI FILEM 'RAATCHASI'


MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika sidang media mengenai penganugerahan Prof Dr Siti Zainon Ismail sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 di kementeriannya
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menyifatkan filem Tamil bertajuk ‘Raatchasi’ menggambarkan dasar dan perubahan yang sudah dibuat untuk dilaksanakan dalam pendidikan negara.
Beliau berkata, filem berkenaan menterjemahkan aspirasinya seperti inisiatif Program Sarapan Percuma (PSP) yang turut mahu melihat golongan guru dapat duduk dan makan bersama pelajar.
Katanya, filem itu mempunyai garis cerita yang luar biasa dan watak yang sempurna dimainkan oleh pelakon utama, Jyothika.
“Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.
“Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.
“Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini,” katanya menerusi muat naik di laman Facebook, Twitter dan Instagram miliknya, semalam.
Filem Raatchasi yang diarahkan oleh S Gowthamraj menggambarkan pelakon utama, Jyothika menghadapi cabaran menjadi Guru Besar dengan disiplin kuat yang ingin memperbaiki keadaan di sekolah usang dikendalikan oleh kerajaan.
Beliau berkata, filem itu turut menyentuh mengenai kegagalan pelajar di mana watak Geetha berjaya mendapatkan pihak terbabit dalam menyelesaikan masalah kegagalan pelajar termasuk polis.
“Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.
“Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam persatuan ibu bapa dan komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terbabit aktif dengan pendidikan anak-anak mereka,” katanya.
Beliau berkata, antara hasrat terbesarnya adalah menjadikan pendidikan visi kolektif semua pihak.
“Ini kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikan lah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.
“Semua pendidik, ibu bapa, murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini segera,” katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

Friday, 30 August 2019

PESTA BUKU IPG 2019

Pada 27 hingga 29 Ogos 2019 telah berlangsung Pesta Buku IPG 2019 bertempat di IPG Kampus Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik (Menteri Pendidikan Malaysia).

Antara aktiviti sepanjang program ini adalah Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK), Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CIC), Pertandingan Kumpulan Inovasi & Kreatif serta Pesta Buku IPG (PBI).

Warga Perpustakaan Za'ba turut sama menyertai aktiviti pameran yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. 










 





















PROGRAM SARAPAN PERCUMA (PSP)

PROGRAM SARAPAN PERCUMA (PSP)
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday, 29 August 2019

PEPERIKSAAN UPSR 2019

PEPERIKSAAN UPSR 2019
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN SASARKAN SEORANG KAUNSELOR SETIAP 250 ORANG MURID


TIMBALAN Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. 
NILAI: Kementerian Pendidikan berhasrat menyasarkan nisbah seorang kaunselor bagi setiap 250 murid serta pelajar di sekolah rendah dan menengah.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata ketika ini nisbah seorang kaunselor bagi sekolah rendah adalah 350 murid, manakala sekolah menengah pula 500 pelajar.
Beliau mengakui seramai 9,445 kaunselor sedia ada, termasuk 5,780 kaunselor di sekolah menengah dianggap masih tidak mencukupi.
“Ketika ini kementerian sedang jalankan kajian terperinci mengenai isu ini dan diharap dapat mencapai cadangan nisbah seorang kaunselor kepada 250 murid dan pelajar.
“Usaha ini perlu mendapat persetujuan daripada pelbagai agensi lain kerana membabitkan isu bajet dan kakitangan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Guru Bimbingan dan Kaunseling (India) Malaysia di Universiti Antarabangsa Manipal Malaysia di sini, hari ini.
Terdahulu ketika berucap, Nie Ching berkata, kementerian sedar akan keperluan menambah kaunselor dan memberi perhatian lebih serius isu itu demi manfaat lebih lima juta murid dan pelajar sekolah seluruh negara.
Katanya, pelbagai insiden yang berlaku dalam kalangan murid dan pelajar sekolah ketika ini, termasuk masalah pencemaran kimia, kes bunuh diri dan kemurungan menunjukkan kementerian perlu lebih berusaha memperkasa kaunselor.
“Insiden sedemikian membuka mata masyarakat tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam menjalankan intervensi krisis kepada mangsa dan keluarga.
“Oleh itu, wajarlah kaunselor dari semasa ke semasa mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran baharu,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan juga sedang berusaha memperbaiki sistem sokongan sedia ada itu secara berterusan.
Katanya, usaha berterusan yang dijalankan ketika ini termasuk menjalankan saringan muda sihat membabitkan 20 peratus murid di setiap tingkatan selain mempromosikan program minda sihat.
BERITA HARIAN ONLINE