Tuesday, 1 October 2019

GURU 'DIPAKSA RELA' JADI WARDEN ASRAMA

PRESIDEN Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang.

KUALA LUMPUR: Masih terdapat guru ‘dipaksa rela’ menjadi warden sekolah berasrama penuh (SBP) oleh pengetua hingga membebankan tugas hakiki mengajar.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata tindakan itu akan menambah skop kerja dan juga menjadikan tanggungjawab seorang pendidik itu tidak berkesan.
“Saya percaya tiada guru yang sukarela untuk menjadi warden. Mereka ini ‘dipaksa’ untuk menjadi warden, hanya sesetengah sekolah membuat sistem penggiliran, memandangkan ramai guru menolak untuk menjadi warden. Maksudnya pada tahun ini guru ini, tahun berikutnya diganti dengan guru lain.
“Berdasarkan situasi ini, saya sarankan kepada kerajaan sekali lagi agar diwujudkan warden bukan dalam kalangan guru. Kita pernah mencadangkan agar diwujudkan warden sepenuh masa, tetapi cadangan itu ditolak oleh Kementerian Pendidikan,” katanya di sini hari ini.
Aminuddin berkata, warden memainkan peranan penting di SBP kerana guru yang diamanahkan sebagai warden mempunyai dua tugas yang perlu dilakukan sepanjang hari sehingga waktu malam dan tetap bertugas pada hari minggu.
Beliau berkata, ini jelas menunjukkan warden sangat terbeban dan risiko yang ditanggung itu membuktikan bidang tugas mereka lebih mencabar dan ditambah dengan tanggungjawab hakiki di sekolah menyebabkan mereka tidak mampu menumpukan perhatian kepada tugas sebagai warden.
“Dalam hal ini, bagi memastikan mereka ini dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, kita amat mengharapkan agar kajian dibuat secara khusus oleh Kementerian Pendidikan bagi mengatasi masalah ini,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata masalah buli masih berleluasa di sekolah, terutamanya di SBP.
Katanya, pentadbir sekolah masih tidak dapat mengawalnya dengan baik dan pihak SBP disarankan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) masing-masing agar isu buli dalam kalangan pelajar dapat dibendung.
“Kes buli perlu diambil serius. Ia bukan perkara remeh kerana perkara itu boleh memalukan pihak sekolah. Perkara ini tidak patut bertolak ansur atau ambil mudah,” katanya.
Media tempatan sebelum ini melaporkan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memutuskan tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam); bekas Pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh); Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (defendan kelapan) dan Kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan itu.
BERITA HARIAN ONLINE

KEMENTERIAN PENDIDIKAN NAFI SOALAN BAHASA INGGERIS PENTAKSIRAN PT3 BOCOR

PUTRAJAYA: Tiada berlaku kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa kertas Bahasa Inggeris PT3 akan diulangi pada 10 Oktober ini seperti yang tersebar.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan ketika dihubungi BH, berkata kenyataan yang tersebar itu adalah palsu.
Sebelum ini, satu tangkap layar tersebar di aplikasi WhatsApp memaklumkan bahawa ujian Bahasa Inggeris PT3 bakal diulangi pada tarikh 10 Oktober akibat soalan bocor dari pihak tidak bertanggungjawab.
Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 hari ini bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.
BERITA HARIAN ONLINE

Monday, 30 September 2019

STILL TEACHING AT 83


Dr Maszlee Malik (right) greeting the HIP mentors and school principals at the certificates of appreciation award ceremony.
WHILE we hear many teachers are leaving the profession, we cannot say the same for Datin Siti Hendon Abdullah Bajrai. At the age of 83, she is still enthusiastic about teaching and learning.
She volunteered to join the Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor) – a programme by Ministry of Educationto that engage retired English language lecturers or teachers who are willing to assist primary or secondary schools with English language activities on a voluntary basis.
She has also recently graduated from Unitar International University obtaining her Master’s Degree in early childhood education.
Siti Hendon was one of the 28 HIP mentors awarded with certificates of appreciation by Education Minister Dr Maszlee Malik at the Perdana Leadership Foundation recently.
The pilot programme was conducted at 27 selected schools in Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Sarawak and Sabah from July until September.
“Teaching kids today is not the same as teaching the kids in the 80’s, which is why I want to keep learning and upskill my teaching methodology,” said Siti Hendon who was a mentor at Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, Petaling Jaya.
With decades of experience in teaching English, Siti Hendon believes that reading is key to learning.


Datin Siti Hendon Abdullah Bajrai
“During my sessions, I purposely chose to focus on kids who can’t read. I started by introducing them to nursery rhymes to help the pupils to recognise different rhythms, rhymes and sounds. After that, I started to familiarise them with alphabets then guided reading.
“When I was young, I didn’t have a good command of English as well but, I forced myself to read. With proper instruction and motivation, it is not impossible to attract pupils to learn and love English,” she added.
“It is quite hard to gauge the pupils’ progress in reading within two months’ time. However, I noticed that there is a change in their learning attitude. The kids seem to enjoy English classes more,” she said.
Having retired as a lecturer in her 50’s, mentor Teen Pek Chin, 72, said the reason she joined HIP Mentor programme is because she missed classroom interactions.
“When I first came to know about it, I decided to give it a try. I thought that this would be a refreshing experience. Through this programme, I would like to share my knowledge and experience to the pupils.
“Despite this being my first time teaching in primary school, I find the experience very enlightening. Teaching the kids is not like giving lectures to adults. They are very active and you have to know how to engage them with the lessons.
“I like doing fun activities with the kids. Although some of them struggle to write and read, they love singing along to the songs I played I the classroom. Along the way, I helped them with the pronunciation,” said Teen who volunteered at Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya, Selangor.
During the event, Maszlee commended the mentors’ effort serving as volunteers and partnering with schools to create the English language rich environment in the pilot programme.
“The HIP mentors programme epitomises the true passion of educators regardless of age. I am absolutely astonished that our volunteers are of 60 to 83 years old. All of the mentors are exemplary educationists who have proven that age is only a figure.
“The success of the HIP Mentors programme requires the synergy of various stakeholders, working together harmoniously towards a unison goal. The goal is for our Malaysia students to be proficient in English and to communicate confidently using the language.
“Students must be exposed to various types of English language activities and use English during lessons. Immerse students in the language and encourage them to use English in different contexts and situations,” said Maszlee.
HIP was introduced by the Ministry of Education (MoE) in 2016 with the aim to create a highly immersive, language-rich environment that promotes the use of English in school. Through HIP, students are exposed to the English Language through a variety
of activities and have vast opportunities to use the language.

MASZLEE MAHU MASYARAKAT KONGSI KISAH KEJAYAAN GURU


MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik (dua, kanan) beramah mesra dengan Penerbit Filem 'Raatchasi' S. Prabhu (kanan), Pengarah Filemnya S. Gowthamraj (tiga, kiri) dan Penulis Skripnya R. Saravanan (dua, kiri) pada Majlis Tayangan Perdana Filem 'Raatchasi' di Pusat Beli Belah Setiawalk, Puchong.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mahu masyarakat berkongsi kisah kejayaan mengenai guru yang mereka kenali supaya menjadi inspirasi kepada warga pendidik yang lain.
Merujuk kepada ‘Geeta Rani’, watak seorang guru besar tegas dalam filem Tamil dari India, Raatchasi, beliau percaya ada ramai ‘Geeta Rani’ di negara ini.
“Kita mahu berikan penghargaan kepada ‘adiwira’ ini. Ramai lagi hero ini yang tak didendang, jadi kita minta ibu bapa atau murid yang tahu pengetua, guru besar atau guru yang hebat ini agar berkongsi mengenai mereka dengan KPM (Kementerian Pendidikan),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi tayangan khas filem ‘Raatchasi’ bersama penerbit dan pengarah filem itu di sebuah pusat beli-belah di Puchong, dekat sini, hari ini.
Turut sama ialah lebih 100 guru, pengetua, guru besar dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di sekitar Lembah Klang.
Raatchasi arahan S Gowthamraj mengisahkan seorang guru besar wanita yang tegas dan berani. Geeta Rani lakonan Jyotika berdepan pelbagai cabaran dalam membawa perubahan di sebuah sekolah yang daif dan sikap culas guru yang mengajar di sekolah berkenaan.
Ketegasan itu akhirnya membawa kejayaan apabila semua murid sekolah berjaya dan cemerlang dalam sukan dan peperiksaan penting dengan bantuan guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
Maszlee berkata, aspirasi yang dibawa oleh Geeta Rani boleh diaplikasikan dalam senario pendidikan negara seperti menjadikan sekolah bukan hanya medium untuk mendidik tetapi juga sebagai sesuatu yang dimiliki masyarakat dan memulangkannya semula kepada masyarakat.
“Begitu juga kita lihat cikgu Geeta makan bersama anak muridnya, saya juga menggalakkan ini dilakukan oleh guru kita, apatah lagi kita akan mulakan program sarapan percuma untuk murid mulai tahun hadapan,” katanya.
Filem itu juga memaparkan isu sebenar yang berlaku dalam masyarakat seperti keciciran murid, di mana Geeta telah mengambil pendekatan melaksanakan ‘sifar keciciran’ murid yang boleh dijadikan inspirasi guru negara ini.
Tegas Maszlee, dalam membawa perubahan itu, guru memerlukan sokongan dari semua anggota masyarakat termasuk ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan pegawai berkaitan dalam mewujudkan masyarakat terpelajar, berdisiplin serta berminda sivik.
KPM juga merancang untuk mengembalikan TV Pendidikan tetapi dengan konsep digital moden seperti Netflix mulai tahun hadapan.
Sebelum ini produksi filem Raatchasi dari India dilaporkan menzahirkan penghargaan kepada Maszlee di atas sokongan yang diberikannya terhadap filem itu.
Syarikat berkenaan menyertakan lampiran surat dua halaman yang ditujukan khas buat Maszlee yang memuji jalan cerita filem itu dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara.
Malah Jyotika turut menzahirkan penghargaan kepada Maszlee melalui akaun Twitter suaminya.
BERITA  HARIAN ONLINE

Sunday, 29 September 2019

GURU JANGAN BERTINDAK SENDIRI, SERAH KEPADA GURU BESAR UNTUK HUKUM MURID - JPN SABAH

Guru jangan bertindak sendiri, serah kepada guru besar untuk hukum murid - JPN Sabah
Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata ini kerana hanya guru besar sahaja dibenarkan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman rotan terhadap murid. - Gambar hiasan



KOTA KINABALU: Guru-guru di Sabah diingatkan supaya tidak bertindak di luar kawalan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada murid sebaliknya menyerahkan kes-kes murid tidak mendengar arahan atau melanggar disiplin kepada guru besar untuk tindakan.


Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata ini kerana hanya guru besar sahaja dibenarkan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman rotan terhadap murid berdasarkan peraturan sedia ada yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

"Guru-guru diminta bersikap profesional dan jika murid nakal atau guru sudah tidak dapat mengawal keadaan, hantar sahaja murid berkenaan kepada guru besar (untuk dikenakan hukuman) dan jangan ambil tindakan sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Likas, dekat sini, yang dikatakan menyepit telinga seorang murid lelaki Tahun Empat dengan 'stapler' selepas murid itu gagal menyiapkan tugasan Matematik diberikan, Jumaat lepas.

Mistirine berkata jabatannya telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah untuk pergi ke sekolah berkenaan esok (Isnin) bagi mengadakan perjumpaan antara guru, ibu bapa dan murid terlibat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya ada menerima laporan daripada seorang ibu yang mengatakan anak lelakinya yang berumur 10 tahun distapler di bahagian telinga kiri oleh seorang guru, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, Jumaat lepas.

Beliau berkata murid itu telah dihantar ke hospital bagi mengetahui tahap kecederaannya dan hasil pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan teruk dialami, hanya kesan merah di bahagian telinga kiri.

Berdasarkan siasatan awal, Habibi berkata stapler digunakan adalah kosong atau tidak berisi dawai kokot, dan guru terbabit sekadar ingin menakut-nakutkan murid berkenaan dengan menggunakan stapler kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

"Bagaimanapun, kenyataan perlu diambil dan guru itu akan dipanggil esok," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


BERNAMA ONLINE

DUA SEKOLAH LARANG DOA, GUNA BAHASA CINA DIBERI PERINGATAN


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin
PUTRAJAYA: Dua buah sekolah yang terpalit dengan isu larangan bacaan doa dan menggunakan bahasa Cina sepenuhnya ketika kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) telah diberikan peringatan tegas kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata pihaknya mengambil maklum kedua-dua isu yang tular di media sosial itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.
Beliau berkata, semua pentadbir sekolah perlu mematuhi Akta Pendidikan dan surat-surat siaran yang diedarkan kepada mereka antaranya surat siaran KPM Bilangan 13 Tahun 2016 - Perkara 5.11 dalam Garis Panduan Pengurusan Majlis/Program/Acara dan Pengurangan Amalan Protokol dan Sambutan di Bahagian/Jabatan Institusi Pendidikan mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selain itu, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menetapkan mata pelajaran Pendidikan Seni adalah dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu bagi mematuhi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada isu larangan bacaan doa sempena majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Tahun 2019 Sekolah Kebangsaan Methodist di Pulau Pinang dan penceramah menyampaikan kursus PSV dalam bahasa Cina sepenuhnya di salah sebuah sekolah di Perak, semalam.
Amin berkata, peringatan sama juga telah diberikan kepada semua sekolah agar mematuhi semua Akta Pendidikan dan surat-surat siaran yang diedarkan.
Beliau berkata ketidakakuran kepada peraturan-peraturan itu boleh membawa kepada tindakan tatatertib atau tindakan lain yang sesuai kepada pihak pentadbir sekolah yang terlibat.
KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan yang telah disediakan untuk rujukan semua, katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

Friday, 27 September 2019

JANGAN BIARKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS MERASA TERSISIH

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menetapkan sasaran untuk melihat murid berkeperluan khas (MBK) tidak lagi disisihkan dan hidup terasing dalam masyarakat.
Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata, perasaan bimbang menyelubungi diri murid dan pelajar terbabit bagaimanapun mungkin menyukarkan usaha itu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang seperti disasarkan beliau.
“Kita sediakan pelbagai dasar tetapi akhirnya adalah di peringkat pelaksana, jika hanya saya sahaja yang mempunyai impian itu, tetapi di peringkat pelaksana tidak mempunyai impian sama, sudah tentu kita akan lihat kegagalan.
“Impian saya ialah mahu menyaksikan anak keperluan khas di Malaysia tidak rasa mereka sebagai golongan terasing, saya mahu mereka menjadi sebahagian dari kita.
“Saya juga inginkan masyarakat rasakan mereka (anak keperluan khas) ini adalah anugerah tuhan yang diberikan kepada kita untuk mengenali sikap kemanusiaan yang ada dalam jiwa setiap individu,” katanya kepada media selepas Penutupan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (SEIC) 2019 di sini, hari ini.
Lebih 16 negara antaranya Thailand, Kemboja, Jepun, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan Singapura menyertai persidangan itu yang diadakan selama tiga hari bermula kelmarin.
Terdahulu, menceritakan impiannya itu di hadapan peserta persidangan, Dr Maszlee kelihatan sebak dan terpaksa berhenti beberapa kali sebelum meneruskan ucapan.
Beliau berkata, di pihak kementerian mereka cuba melakukan yang terbaik, terutamanya dari segi persekolahan, universiti dan kolej komuniti bagi memastikan MBK mendapat pendidikan terbaik.
“Tetapi yang membawa anak-anak ini ke situ (sekolah, universiti dan kolej komuniti) adalah tanggungjawab masyarakat.
“Sekiranya semua menjalankan tanggungjawab masing-masing sudah tentu kita dapat mencorakkan masa depan yang lebih cerah kepada pelajar berkeperluan khas ini,” katanya.

MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (SEIC) 2019.
BERITA HARIAN ONLINE