Tuesday, 8 October 2019

PENTING ADAKAN PROMOSI KESIHATAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN


Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye (kanan) bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri) pada forum yang diadakan sempena Simposium ‘Health Promotion in Learning Institution’ (HePiLI) Peringkat Kebangsaan 2019 hari ini.
KUALA LUMPUR: Peningkatan kes merokok, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar, mencabar sistem kesihatan serta pendidikan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata, dua tinjauan, iaitu Global School Based Student Health Survey 2012 dan Adolescent Health Survey 2017, mendapati prevalen perokok semasa dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun, meningkat daripada 11.5 kepada 13.8 peratus.
“Prevalen remaja yang pernah berniat membunuh diri juga meningkat daripada 7.9 kepada 10 peratus, manakala prevalen pengambilan dadah semasa meningkat daripada 1.5 kepada 3.4 peratus, selain masalah obesiti dan penggunaan vape.
“Disebabkan angka ini, adalah penting untuk mengadakan promosi kesihatan di institusi pendidikan kerana pelajar ialah ‘capture audience’ yang terbaik dalam menyampaikan maklumat kesihatan, iaitu mereka menerima maklumat dan disampaikan kepada rakan sebaya serta ibu bapa,” katanya pada satu sesi forum antara kementeriannya dengan Kementerian Pendidikan (KPM), di sini, hari ini.
Contohnya, beliau berkata, Program Tunas Doktor Muda bagi 2018 mencapai 85 peratus pelaksanaan dan ia bukti keberhasilan aktiviti pendidikan serta promosi kesihatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
Forum itu diadakan sempena Simposium ‘Health Promotion in Learning Institution’ (HePiLI) Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, bertemakan ‘Memperkukuh Komuniti Institusi Pendidikan Ke Arah Cara Hidup Sihat’ dan dihadiri lebih 500 peserta membabitkan guru serta ahli kesihatan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, pada forum sama pula berkata kementeriannya turut menitikberatkan aspek kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan sedang berusaha meningkatkan nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 pelajar sekolah rendah dan menengah.
Beliau berkata, KPM juga sudah memulakan projek rintis Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk membantu pelajar berisiko tinggi dalam masalah kesihatan mental.
“Kita berharap dengan (kejayaan) projek rintis ini, ia akan diperluas ke semua sekolah supaya kita boleh bekerjasama dengan kepakaran sedia ada untuk membantu golongan yang memerlukan perhatian lebih,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata, kementerian masih mengkaji pengawalseliaan isu penggunaan rokok elektronik atau vape menerusi jawatankuasa khusus yang ditubuhkan pada Jun lalu.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan melarang penggunaan vape di dalam negara, beliau secara ringkas berkata: KKM mengadakan sebuah jawatankuasa khas bagi soal vape dan rokok, serta dalam perancangan untuk mewujudkan satu rang undang-undang khas bagi mengawal vape dan rokok.
KKM juga mengenal pasti iklan promosi vape dalam laman sosial yang menyasarkan golongan remaja sekolah, dan dalam usaha menyekat talian berkenaan.
BERITA HARIAN ONLINE

Monday, 7 October 2019

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 : JURANG PENDAPATAN


Sumber : Kementerian Hal Ehwal Ekonomi & Jabatan Perangkaan Malaysia

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
Sumber : Kementerian Hal Ehwal Ekonomi & Jabatan Perangkaan Malaysia

Sunday, 6 October 2019

INCENTIVES FOR RETIRED ENGLISH TEACHERS


Maszlee (seated, third from right) and Amin (seated, third from left) smiles for a group photo with retired English language teachers who volunteered for the Highly Immersive Programme (HIP) Mentor pilot project


STARTING next year, the Education Ministry will look at providing incentives, such as allowances, to retired English language teachers who take part in the ministry’s Highly Immersive Programme (HIP) in schools.


Known as HIP Mentor, the programme brings in retired English language teachers on a voluntary basis.


A HIP Mentor pilot project was conducted for three months from June to September, aimed at increasing the usage of English for activities outside the classroom.



It involved 28 retired teachers in 27 schools across eight states in the country.

Education Minister Dr Maszlee Malik said he will request the Government to provide these teachers with incentives.

“Although it’s done voluntarily, these teachers should be awarded accordingly.

“We will expand this programme to (more) schools across the country next year.

“The English Language Teaching Centre (ELTC) is still studying the outcome and how many schools to expand it to.

“An official report is being prepared but the unofficial report I received is very impressive and I am in awe of the contribution and energy of these retired teachers,” he told reporters after presenting certificates of appreciation to the retired teachers who volunteered for the pilot project.

The ELTC, which falls under the ministry, was tasked with implementing the HIP Mentor pilot project.

In the three months, Maszlee said the teachers managed to involve all students in their English activities.

“Students’ level of confidence in speaking and writing in English also improved.

“We hope more retired English language teachers will come forward to be mentors.

“The HIP Mentor programme epitomises the true passion of educators regardless of age.

“I am astonished that we have volunteers aged from 60 to 83,” he added.

Maszlee said the goal of the programme is for Malaysian students to be proficient and to communicate confidently in the English language.

“Transformation must take place in the classroom.

“Students must be exposed to various English language activities that will spur their interest and create love for the language.

“Encourage students to speak the language through fun activities and to use English during lessons.

“School heads are the catalyst in spearheading (the programme) at the school level by creating conducive environments for change to take place as well as encouraging teachers, and engaging parents and the community to contribute towards the successful implementation of the HIP Mentor programme,” he said.

Also present at the event was Education director-general Datuk Dr Amin Senin.

THE STAR ONLINE

Friday, 4 October 2019

ACADEMIC WRITING VS GENERAL WRITING

ACADEMIC WRITING VS GENERAL WRITING
Sumber : https://pediaa.com/

17 TIP UNTUK GURU BAGI MELAHIRKAN MURID YANG KREATIF


Murid kreatif datangnya daripada guru yang kreatif. Di dalam sebuah kelas, akan ada murid yang kreatif, dan juga murid yang tidak kreatif.

Saya sendiri pada mulanya, melihat kreativiti ini seperti satu bakat semula jadi. Ada kes di mana, guru seorang kreatif, tetapi muridnya tetap tak kreatif sepertinya.

Jadi persoalannya, bolehkah kita guru mengajar murid untuk menjadi kreatif?

Saya percaya kreativiti ini sesuatu yang boleh dipelajari. Dan satu yang perlu diterima adalah, kemahiran ini bukan seperti hari ini belajar, esok terus menjadi kreatif. Sebaliknya perlu melalui satu proses dari masa ke semasa, untuk memupuk sikap kreatif tersebut dengan cara mengubah cara berfikir, serta sudut pandang murid.

Maka guru lah yang berperanan untuk memberikan kemahiran ini kepada murid. Tuntutan Pembelajaran di Abad 21 ini, menuntut supaya guru dan murid meletakkan kreativiti sebagai salah satu ciri yang perlu ada.

Jom kita tengok beberapa tip bagaimana menghasilkan pelajar yang kreatif!

1) Sediakan persekitaran yang kreatif
Persekitaran yang kreatif banyak membantu murid untuk berfikir dengan cara yang kreatif juga. Benda kreatif yang berada di sekeliling murid secara tak langsung membentuk gaya pemikiran di luar kotak.

2) Banyakkan aktiviti berkumpulan
Satu kepala memang hanya akan menghasilkan idea yang sama. Dengan adanya aktiviti berkumpulan, maka lebih banyak idea yang akan datang serta turut membantu murid yang kurang kreatif, melihat gaya berfikir rakan mereka.

3) Dedahkan murid dengan benda kreatif
Bagi menggalakkan murid berfikir dengan kreatif, guru perlu sentiasa mendedahkan apa-apa benda kreatif yang baharu kepada murid. Ini bagi membolehkan murid merasakan bahawa, tiada benda yang mustahil. Kadang-kadang, benda kreatif dihasilkan dengan hanya melibatkan sedikit perubahan kecil pada benda tersebut.


4) Penggunaan Pinterest
Pinterest merupakan apps yang sangat berkuasa untuk membantu murid melihat idea kreatif. Dengan kemudahan internet yang ada pada murid, maka boleh lah dioptimumkan penggunaan telefon pintar bagi tujuan pembelajaran seperti ini.

5) Beri kebebasan
Sering kali juga saya sentiasa memberikan kebebasan kepada murid untuk berkarya atau menghasilkan tugasan mereka. Murid boleh buat nota / projek dengan menggunakan apa-apa bahan, mengikut cara mereka.

6) Tunjukkan hasil kerja rakan mereka
Taktik ini sering saya gunakan bagi membolehkan mereka sentiasa berlumba-lumba menghasilkan projek / hasil kerja yang lebih unik, tersendiri dan kreatif. Murid lain boleh mengambil idea daripada hasil kerja rakan mereka, dan ditambah baik bagi menghasilkan projek yang lebih kreatif.

7) Hormati idea kreatif murid
Dalam proses murid untuk menjadi kreatif, kadang-kadang mereka tampil dengan idea yang kita rasakan tak munasabah dan sesuai. Biasanya dalam kes ini, saya sentiasa terbuka dengan idea murid (walaupun lari tajuk / tak sesuai). Cuma saya akan minta murid jelaskan semula kenapa dan mengapa idea tersebut mahu digunakan.

Ini bagi tujuan memberi kefahaman yang jelas semula kepada murid, bagi membolehkan mereka berfikir dengan lebih jelas. Sekaligus akan membuatkan mereka berfikir berulang kali untuk menambah baik idea mereka tadi.

8) Sediakan bahan yang pelbagai


Penggunaan bahan yang pelbagai juga boleh memberikan nilai tambah kreatif kepada murid. Contoh mudah, sekiranya selalu menggunakan kertas untuk pembentangan, mungkin sekali sekala boleh diubah kepada penggunaan bahan lain, seperti plastik dan kayu.

Bahan yang pelbagai boleh membantu murid menghasilkan bahan yang kreatif

9) Integrasi seni


Saya secara peribadi, suka jika seni dapat diintegrasikan dalam pembelajaran sains. Ini kerana penggabungan seni dengan Sains dapat menghasilkan idea dan hasil kerja yang lebih ‘seimbang’ dan kreatif. Kita sendiri pun sedia maklum penggunaan otak kiri dan kanan secara optimum, boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik dan berbeza.

Hasil kerja murid yang mengintegrasikan seni

10) Tugasan mencabar
Tak dinafikan tugasan yang mencabar mampu memberi satu cabaran kepada cara berfikir murid. Antara kaedahnya adalah dengan mengehadkan penggunaan bahan, atau pun meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi murid. Kekangan dan halangan seperti ini mampu mencabar cara berfikir sedia ada murid.

11) Penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah juga dapat memberikan murid cabaran untuk berfikir dengan kreatif. Murid akan berusaha sebaik mungkin, memikirkan strategi atau kaedah terbaik dalam menyelesaikan permasalahan. Pendedahan kerap murid dengan kaedah sebegini akan membentuk gaya berfikir di luar kebiasaan.

12) Penggunaan ICT
Rugi sekiranya kita tidak mengambil peluang daripada kelebihan yang dapat ditawarkan ICT. Penggunaan ICT mampu memberikan lebih banyak kemungkinan cara penyelesaian masalah dan penghasilan hasil kerja murid.

13) Luar buku teks
Jangan terlalu terikat dengan penggunaan buku teks secara linear. Guru boleh kreatif dengan memberikan tugasan yang hampir serupa walaupun tiada dalam buku teks. Ini membolehkan murid untuk membuat rujukan luar, dan menjumpai lebih banyak maklumat di luar.

14) Gabungkan aktiviti
Sesekali cuba gabungkan aktiviti atau subtopik bagi memberikan impak berbeza kepada murid. Bukan sahaja boleh menjimatkan masa mengajar, tetapi juga membolehkan murid untuk melihat isu dengan lebih luas dan merentasi kurikulum.

15) Belajar dari kesilapan
Dalam sesetengah keadaan, hasil kerja murid atau hasil aktiviti murid mungkin silap dan tidak menepati kehendak. Jangan marah, sebaliknya beri mereka galakan untuk menilai semula di mana kesilapan tersebut berlaku, memberi pilihan penyelesaian yang mungkin dan membiarkan murid membuat pilihan paling tepat untuk mereka baiki semula kesilapan.

16) Lima minit dah cukup
Guru tak perlu menganggap proses kreativiti ini berlangsung sepenuhnya pada 40 minit sesi pembelajaran. Buat permulaan, cukuplah jika dimulakan dengan lima minit sahaja dalam setiap kali kelas, sebelum dilanjutkan kepada masa yang lebih panjang mengikut kemampuan guru dan murid.

17) Jangan paksa
Kreativiti merupakan satu proses yang bukan mudah. Biarkan murid mengambil masa mereka untuk kreatif. Jangan paksa mereka untuk melakukan perkara yang mereka tak suka, sebaliknya beri galakan untuk mereka mempelajari sebanyak mungkin kemahiran daripada sebanyak mungkin peluang.

Kesimpulan nya, berilah masa untuk murid menjadi kreatif. Kemahiran yang perlu dipupuk ini, walaupun sedikit mengambil masa, insya-Allah akan memberikan impak yang tinggi. Jangan terkejut nanti dengan hasil kerja murid yang kreatif, malah boleh melebihi jangkauan apa yang kita fikirkan. Selamat beramal!

Extract from : http://www.gpsbestari.com

10 QUICK TIPS FOR SUCCESSFUL EXAM PREPARATION

There are always various activities that can be done separately or combined in enhancing one’s experience. Herewith, there are few guidelines respectively outlined to serve as a practical reference.
Best ways to Balance Work and Study
1. Give yourself enough time to study
Make a study schedule that fits your way of studying and do not leave anything for the last minute. While some students do seem to thrive on last-minute studying, often this way of partial studying is not the best approach for exam preparation. Write down how many exams you have, how many pages you have to learn, and the days you have left. Afterwards, organize your study habits accordingly.

2. Make sure your study space is organized


Make sure you have enough space on your desk to spread your textbooks and notes. Ensuring that the room is sufficiently bright and your chair restful enough are also points to consider. Pay attention to details that can distract you and remove them from your study space. Make sure that you feel comfortable in your study space and that you are able to focus. For some individuals, this may mean complete silence, while for others listening to music helps. Some of us need complete order to focus, while others like to study in a more cluttered environment. Make sure your study space is friendly and 
pleasant so that you can fully concentrate.
3. Use flow charts and diagrams
Visual aids can be especially helpful when revising study material. At the start of a topic, write down everything you already know about the subject. Closer to the exam, transform your revision notes in a diagram. In that manner the visual remeberance can aid to your readiness considerably when taking the exam.
4. Practice on old exams
One of the most effective ways to prepare for exams is to practice with an old version of previous exams. Also, an old test will help you see the format and formulation of the questionsand it will be good for you to know what to expect but also as a worthy practice for measuring the time you need for the actual test.
5. Explain your answers to others
With the help of your family and friends, you could excel on your exam. Explain them your reasoning for why you have answered a certain question in a certain way.
6. Organize study groups with friends
Study groups can help you get the answers you need and finish tasks faster. Just make sure the group is focused on the subject and they are not easily distracted.
7. Take regular breaks
Regular breaks are needed for the brain to regain its focus. It is not the best tactic to study long hours because long-term retention of knowledge is almost impossible. The most important part of studying is to develop a routine that fits your study style.  

8. Snacking on healthy food is good for the brain

You should not eat unhealthy food while you are studying. Keep your body and brain fit by choosing natural, fresh and vitamins rich food that is good for you and would improve yourconcentration and memory.
9. Plan the day of your exams
Check all the rules and requirements for the exam. Plan your route and the time it may take you to reach your destination – then add on some extra time. You do not want to arrive late and deal with even more anxiety.
10. Drink plenty of water
While studying for exams and even during an exam, it is advisable to drink water. Remaining hydrated is vital and adds to your overall positive mood.
Extract from : https://www.hunimed.eu