Tuesday, 18 February 2020

TOP 3 CHALLENGES FOR STUDENTS

Stress is reportedly a contributing factor to the rise of mental health issues among students.
NAVIGATING life in secondary school today can be overwhelming for students as they commonly experience several hurdles that can impact their studies.
A school counsellor for over 17 years, Nor Hasnah Mohd Yusof from SMK TTDI Jaya, Selangor identified three major challenges: mental health issues, academic pressure and unfavourable school experience.
“The education system focuses on cognitive abilities, emotional intelligence and spiritual intelligence. Unfortunately, academic achievement is still a top priority for many which leads to these challenges to survive their schooling years.”
Stress, she said, was a contributing factor to the rise of mental health issues among students.
“Good mental well-being is important for a student’s personal development and academic performance.
“Students may find it difficult to understand the lessons. Disruptions such as misbehaving classmates can cause more stress and make them lose interest in learning.
“There are also instances of teachers being overly strict and rushing to complete the syllabus before the exams.”
While parents might have well intentions in wanting their children to perform well, she said too much pressure could have a negative effect.
“Some parents want their children to follow in their footsteps but do not take into account their children’s abilities and interests.
“Underperforming students may become depressed for not meeting their parents’ expectations.”
Nor Hasnah added that the challenges were influenced by the students’ life at school and at home.
Student Sarmila Mani Maran, 17, from Methodist Girls’ School Ipoh, Perak, agrees that mental health is a critical issue among students.
“It has become normal for students to be stressed or even depressed.”
SMK TTDI Jaya student Anton Yeoh Zhen Feng, 15 said: “Mental health is an important factor. If students feel pressured, stressed or anxious, their focus on their studies would be much affected.”
Maryam Adifazli, 15 from Sekolah Islam Adni said: “Once I was not very fond of a teacher’s teaching methods. It stressed me out because I could not fully comprehend the lessons.
“I began to worry and it took me some time to adjust,” she said.
Relationships with friends and teachers can also be tricky and troubling.
SMK TTDI Jaya student Owen Yu, 15 said: "We need to know whether our friends are helpful or toxic to our well-being.
“There are also teachers who may be biased towards factors such as race and gender. This can foster negative vibes among the students."
“There can be back-stabbing among students just to attain high positions in school and win over the teachers,” Sarmila added.
The academic environment at school is another challenge, one that can come both from the education system and also from parents’ expectations.
Yeoh said the “constantly-changing exam format” and unusual teaching methods could also be challenging.
“Some teachers are unsure of the latest exam format or have trouble teaching a chapter.
“For example, a teacher once provided us with a different set of model exam question papers and answers. It was stressful for us as I had to learn on my own,” said Yeoh.
Maryam said: “The thought of scoring As has become an obsession for students, teachers and parents.”
As a competitive person, she constantly experiences this pressure.
“While my parents and teachers are very encouraging, my desire to compete and do better than my classmates results in me feeling extreme pressure.
When the going gets tough, Yeoh tries to stay motivated.
“I always tell myself that by scoring good marks in exams, I will have a good career in the future. It’s a form of positive thinking.”
Meanwhile, Owen tries his best to meet his parents’ expectations.
“I try to identify my strengths and weaknesses. I know that my parents just want me to do my best. But from other students’ experiences, the pressure to do well in exams can lead them to perform much worse in classes and exams,” he said.
For Sarmila, she is used to her parents’ high expectations but does not view it as a burden.
“It is not wrong for parents to expect success from their children. I take it as a challenge.”
But, she added that skills were equally important as test scores.
“Parents need to know that even if you score straight As, it does not mean you can handle what life throws at you. Having a good attitude and courage are important.”
Owen said talking about the problems helps students see their situation more clearly.
“If I can’t reach a set academic target, I will tell my parents and we will decide together on what needs to be done. I will also consult my friends and the counsellor at school.
“It’s better for parents to talk to their children about their expectations and for both sides to listen to each other’s opinions.”
Maryam also said that she would turn to her parents when she felt the pressure was getting too much.
Sarmila concurred: “I share everything with my mother. She always gives me solutions.”
Nor Hasnah said school counsellors could also help students through difficult situations.
“The school’s Guidance and Counselling Unit acts as a medium for consultation and understanding of issues.
“However, not many students come forward. Some are reluctant to ask for help out of fear of being bullied further. They would rather turn to social media.
“Therefore, all parties need to cooperate and take steps to address the mental health problems among students. This includes prevention and recovery so that these issues won’t persist.”

NEW STRAITS TIMES ONLINE

Monday, 17 February 2020

JANGAN SEMBUNYIKAN SALAH LAKU, AKTIVITI JENAYAH WARGA SEKOLAH - POLIS



BUTTERWORTH, 17 Feb -- Polis Pulau Pinang mengingatkan pihak sekolah di negeri ini untuk tidak menyembunyikan sebarang salah laku atau aktiviti jenayah membabitkan pelajar dan warga sekolah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran berkata, maklumat awal adalah perlu bagi membolehkan langkah pencegahan dilakukan dengan sewajarnya.

"Kita mohon kepada pihak sekolah supaya jangan menyembunyikan sebarang salah laku mahupun jenayah yang melibatkan warga sekolah kerana kita nak bendung dari awal, itu yang lebih penting," katanya selepas merasmikan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah, di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 834 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)  yang terdiri daripada anggota dan pegawai polis ditugaskan untuk memantau sekolah rendah dan menengah di negeri ini menerusi program itu.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan kes penemuan rangka manusia di dalam tong sampah di tepi jalan Paya Terubong, dekat George Town pada 29 Jan lepas, Narenasagaran berkata setakat ini polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa.

"Polis sedang semak maklumat mengenai orang hilang di samping turut menunggu keputusan DNA (asid deoksiribonukleik). Kita mohon waris atau sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau orang yang tidak dapat dihubungi dalam masa yang lama supaya datang ke balai untuk polis buat semakan jika adanya kaitan dengan kes ini," katanya.


BERNAMA ONLINE

Saturday, 15 February 2020

KEMENTERIAN PENDIDIKAN LANCAR MyUPU

TIMBALAN Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (kiri) bersama pelajar-pelajar yang hadir melihat senarai program Jom Masuk IPT melalui 'QR Code' ketika merasmikan Program Jom Masuk IPT 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) melancarkan MyUPU, sebuah portal permohonan bersepadu terbaharu untuk kemasukan ke semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata ia bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membuat permohonan tunggal bagi melanjutkan pengajian ke semua IPT dalam negara ke peringkat sarjana muda, asasi, diploma dan sijil mulai sesi akademik 2020/2021.
Katanya, ia termasuk Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
“Sebelum ini permohonan untuk ke Kolej Matrikulasi dan IPG tidak menerusi UPU Online, namun dengan portal
baharu MyUPU tahun ini, permohonan ke semua IPT dibuat menerusi konsep ‘single window, single offer’.
“Tujuannya adalah supaya tiada lagi tawaran bertindih diterima mana-mana pemohon berikutan tahun lalu sebanyak 10,000 tempat ke IPT tidak diisi berikutan ramai pemohon menerima tawaran bertindih dan ini sangat merugikan kerana ada pemohon yang tidak menerima tawaran langsung.
“Kita mempunyai 135,000 kapasiti atau peluang melanjutkan pelajaran ke semua IPT tahun ini dan diharap kesemua tempat itu diisi tanpa tempat yang dibazirkan.
“Menerusi MyUPU, pelajar hanya akan membuat satu permohonan untuk melanjutkan pelajaran di dalam satu portal tunggal sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pemohon melanjutkan pelajaran di samping meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan penempatan pelajar ke dalam program pengajian pilihan mereka, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jom Masuk IPT 2020 (JMIPT 2020)
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manuasia Johor, Aminolhuda Hassan, Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Prof Datuk Dr Mohd Saleh Jaafar dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Datuk Dr Wahid Omar.
Sementara itu, Nie Ching berkata, penganjuran program Jom Masuk IPT adalah seiring dengan pembukaan permohonan kemasukan pelajar ke IPT awam.
Katanya, permohonan mula dibuka pada 24 Februari sehingga 31 Mac (bagi lepasan SPM)dan 24 Februari sehingga 7 April (bagi lepasan STPM/setaraf) yang boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi MyUPU di http://upu.moe.gov.my.
Mengenai program Jom Masuk IPT 2020 pula,Nie Ching berkata, ia akan diadakan di lapan lokasi seluruh negara dengan program pembukaan diadakan di Persada,Johor Bahru bermula hari ini sehingga esok.
“Selepas ini, program ini akan menjelajah ke Pahang, Kedah, Sabah, Perak, Terengganu, Sarawak dan terakhir di Serdang, Selangor yang dijangka berakhir pada 29 Februari ini.
“KPM menyasarkan kehadiran seramai 230,000 pelajar di kesemua lapan lokasi yang akan memamerkan 100 booth membabitkan 75 wakil termasuk 20 UA,Kolej Matrikulasi selain universiti swasta seluruh negara, ” katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

KEPUTUSAN ISU PPSMI TAHUN HADAPAN - PM

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri program Media Prima Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, Langkawi, hari ini.
LANGKAWI: Keputusan sama ada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dilaksanakan atau tidak hanya akan dapat diketahui tahun hadapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri yang memangku jawatan Menteri Pendidikan, berkata Kementerian Pendidikan sedang menyiapkan kertas kerja berhubung perkara itu sebelum ia dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut.
Dr Mahathir juga menegaskan, beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan kerana ia perlu dibawa dan diputuskan oleh Kabinet terlebih dahulu.
“Ketika ini kita sedang sediakan kertas kerja untuk dipertimbang Kabinet, sama ada kita akan laksanakan PPSMI atau kita kekalkan pengajaran Sains dalam bahasa Melayu. Kita harap tahun hadapan kita boleh sedia (jika PPSMI dilaksana).
“Ini kerana waktu ini belum ada guru dan sistem pengajaran juga (perlu) ditukar kerana kita tak guna sistem lama. Akan guna sistem baharu yang pembelajarannya disediakan pakar dan guru yang boleh memimpin murid dan guru sendiri boleh belajar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Media Prima Medical Outreach di Masjid Nurul Islam, Kampung Sungai Itau, di sini hari ini.
Pada 6 Februari lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk pelaksanaan PPSMI di sekolah, namun sudah menubuhkan satu jawatankuasa kecil untuk meneliti perkara itu.
Dasar PPSMI diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat, namun menimbulkan bantahan sebelum ia dimansuhkan pada 2012.
Kementerian Pendidikan kemudian memperkenalkan dasar Dual Language Program (DLP) pada 2016 yang memberi pilihan kepada sekolah menentukan sendiri jika ingin mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Kelas DLP kini ada di hampir 1,300 sekolah rendah dan menengah membabitkan kira-kira 23,000 pelajar.
BERITA HARIAN ONLINE

Friday, 14 February 2020

AMARAN WHO: E-MEL SPAM BERKAITAN KORONAVIRUS

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

KAEDAH DIGITAL ATASI KEKURANGAN GURU GLOBAL


Gambar hiasan

GEORGE TOWN, 14 Feb (Bernama) -- Transformasi digital yang pantas dapat mengatasi kekurangan golongan pendidik di seluruh dunia, sedekad dari sekarang.

Pengarah Pembangunan Yayasan Pembangunan Asia bagi Sumber Manusia & Pendidikan (HEAD) C. Liang berkata berdasarkan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), hampir 69 juta guru baharu di seluruh dunia diperlukan menjelang 2030 untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari keempat (SDG4).

Liang berkata dalam tempoh 10 tahun, dunia akan memerlukan kira-kira 26 juta orang dewasa untuk direkrut dan dilatih sebagai guru sekolah rendah untuk memastikan kuota UNESCO tercapai.

Bagaimanapun, pada akhirnya, alasan utama untuk mempunyai seramai mungkin guru adalah untuk menyediakan pendidikan bagi ratusan juta kanak-kanak (seluruh dunia).    

“Bagaimanapun, mungkin ada cara lain untuk menggunakan teknologi bagi tujuan berbeza daripada struktur pendidikan tradisional dan mungkin kita masih mempunyai harapan untuk mencapai sasaran 2030 SDG4,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan sempena ceramah umum, Reimagining Tomorrow: The Digital Transformation of Education oleh Lee Soo-Inn, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi pendidikan Enuma di sini semalam.                                                          

Lee yang membangunkan aplikasi permainan pendidikan untuk kanak-kanak, termasuk mereka yang kurang upaya pembelajaran berkata penubuhan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu, bertujuan menyediakan pendidikan untuk semua bermula daripada anak lelakinya, merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.

“Kami mahu membangunkan dan mereka bentuk permainan dan aplikasi yang dapat membantu semua kanak-kanak untuk belajar dan berkembang secara bebas,” katanya.

Lee juga menegaskan selain daripada kanak-kanak kurang upaya pembelajaran serta sukar bersaing dengan rakan sebaya, ramai juga golongan itu yang tidak dapat akses kepada sebarang bentuk pendidikan sama sekali.

Menurut statistik Hari Literasi Antarabangsa UNESCO pada tahun 2018, lebih 260 juta kanak-kanak dan remaja tidak didaftarkan di sekolah dan enam daripada 10 anak muda itu tidak memperoleh kemahiran minimum dalam literasi dan numerasi.

"Enuma telah membangunkan ‘Kitkit School’, sebuah aplikasi pendidikan sumber terbuka yang direka untuk menyediakan kanak-kanak asas dan amalan yang diperlukan untuk membina kemahiran asas dalam literasi dan matematik walaupun tanpa akses sekolah atau sumber,” katanya dan menambah Kitkit School dicipta untuk pertandingan Global Learning XPRIZE, dilancarkan pada tahun 2014.

Beliau menambah ujian lapangan untuk aplikasi itu dijalan di antara 2016 dengan 2017 di kawasan pedalaman di Tanzania, meliputi hampir 3,000 kanak-kanak yang mendapat pendidikan yang terhad.


BERNAMA ONLINE

Thursday, 13 February 2020