Tuesday, 22 June 2021

SOP BAHARU SESI PERSEKOLAHAN SUDAH SEDIA


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memiliki kerangka dan bersedia untuk melaksana prosedur operasi standard (SOP) baharu sebaik sesi persekolahan bersemuka dibuka kelak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata beberapa SOP sudah dirangka dan ditambah baik dan akan dilaksanakan dijangka pada fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Kita sudah ada beberapa pendekatan yang sudah dirangka yang akan dilaksanakan berdasarkan situasi. Kita sudah ada perancangan untuk terus menambah baik SOP, namun begitu sebarang pelaksanaan tertakluk kepada situasi pada waktu itu.

"Kementerian akan lihat perkembangan dari semasa ke semasa. Situasi COVID-19 adalah dinamik. Tempoh buka sekolah pada fasa tiga (PPN) dan kita tidak tahu apa situasinya," katanya dalam wawancara khas secara maya bersama media berkenaan PPN hari ini.

Radzi berkata, berdasarkan risiko penularan dan penelitian kes jangkitan COVID-19 di sekolah sebelum ini, sebahagian besarnya berlaku di sekolah berasrama.

"Jika kita lihat data, semua sekolah asrama bila pelajar tinggal dalam asrama, ia susah untuk dikawal. Kita sudah buat pemetaan SOP dalam kelas, ia berfungsi dengan baik.

"Kita akan buat pemetaan satu persatu untuk melihat bagaimana sekiranya jangkitan berlaku, di mana murid itu duduk, mereka dengan siapa dan sebagainya. Ini sudah dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh pengambilan khas seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' bermula Oktober ini, Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedia meneliti keperluan pengambilan mereka dari kalangan graduan yang tidak memiliki iktisas pendidikan.

"Apa yang berlaku kini, kita ada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan graduan pendidikan dari Universiti Awam (UA). Mereka ini sudah dilatih dalam pendidikan.

Namun sekiranya tempat yang ada tidak dapat dipenuhi graduan pendidikan ini, kita akan buka kepada lain. Selepas saringan dan mereka dapat tawaran, latihan akan diberikan kepada graduan yang tiada iktisas pendidikan ini.

"Mereka akan diberi latihan bagi memastikan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang baik.," katanya.

Beliau berkata walaupun pengambilan dibuat secara terbuka, ia tidak bermakna kementerian berkompromi dengan kualiti guru.

"Kami akan pastikan supaya pendekatan ini tidak menjejaskan kualiti guru-guru yang bakal dilantik kelak," katanya.

Berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Radzi berkata murid dan guru sudah mula membiasakan dengan prosesnya.

BERNAMA ONLINE

KPM PERLU TUMPU TIGA ASPEK AMBIL GURU BAHARU

Kementerian Pendidikan perlu mengutamakan aspek kualiti, kemahiran dan minat dalam pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengutamakan aspek kualiti, kemahiran dan minat dalam pengambilan khas guru secara 'one-off' bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata tiga aspek terbabit perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam bidang perguruan amat besar.

"Guru perlu memiliki kualiti, kemahiran dan minat yang mendalam. CUEPACS tidak mahu pengambilan secara besar-besaran ini hanya mampu menyelesaikan isu kekurangan guru semata-mata tetapi tidak memberi impak yang diharapkan.

"Ketika ini ramai graduan daripada siswazah pendidikan masih tidak mendapat penempatan dan jika mereka layak keutamaan seharusnya diberikan kepada mereka.

"Tempatkan mereka berdasarkan opsyen mata pelajaran masing-masing supaya kemahiran dan keupayaan mereka dapat digunakan dengan lebih berkesan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adnan bagaimanapun, berkata CUEPACS melihat pengambilan guru secara besar-besaran tidak sewajarnya diteruskan pada masa depan, sebaliknya pengambilan perlu dilakukan secara berperingkat mengikut kekosongan semasa.

Jelasnya, langkah itu lebih wajar kerana ia mampu mengatasi masalah semasa dan bukan untuk diselesaikan dalam satu tempoh sahaja.

"Pada masa sama, CUEPACS berharap KPM menyelesaikan masalah permohonan pertukaran guru sedia ada ketika ini sebelum memberi penempatan kepada guru baharu.

"Selesaikan dahulu permohonan guru lama yang memohon untuk bertukar terutama kepada pasangan jarak jauh, mempunyi ibu bapa uzur atau menghadapi masalah kesihatan serius," katanya.

Justeru, beliau berkata, CUEPACS berharap guru muda yang bakal diambil kelak menggunakan peluang sebaiknya bagi mendidik anak bangsa.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, sebelum ini dilaporkan berkata KPM akan membuat pengambilan khas guru secara 'one-off' bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Katanya, ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.

Iklan pengambilan itu akan disiarkan pada 7 Julai ini manakala penempatan secara berperingkat-peringkat bermula pada Oktober nanti.

BERITA HARIAN ONLINE

IMPROVED SOP FOR REOPENING OF SCHOOLS

Education Minister Datuk Dr Radzi Jidin said the ministry had several approaches in the pipeline, which would be implemented according to the situation at hand.

KUALA LUMPUR: The Education Ministry has formulated several plans to implement improved standard operating procedures (SOP) in preparation for schools to reopen under Phase 3 of the National Recovery Plan.

Education Minister Datuk Dr Radzi Jidin said the ministry had several approaches in the pipeline, which would be implemented according to the situation at hand.

"We have several options that we have prepared, which will be implemented based on the current situation.

"We have plans to improve the current SOP for students to return to school, based on what we have learnt (over the past year).

"Covid-19 is dynamic… so even though we have plans A, B or C, we wouldn't know which one to go with if we don't know the situation at hand," he said at a special virtual press conference on the National Recovery Plan.

Radzi did not divulge details of the plans to avoid confusion among teachers, parents and students.

This is because schools would not be reopening any time soon.

He said based on the transmission risk and studies of previous Covid-19 cases in schools, a majority of infections had occurred in boarding schools.

"I admit that the ministry is facing challenges in boarding schools because it is harder to control and monitor the students.

"If a positive case is reported in normal schools, the ministry will carry out a 'mapping' exercise to identify how the infection occurred, including where it happened and where the affected student was seated.

"In classes, teachers can monitor their students, but it's a little bit more challenging to monitor those in boarding schools."

He added that the majority of Covid-19 cases reported in schools did not spread in classes, but rather, it was brought in from outside the school, where the students and pupils got the virus from their parents and others.

Radzi said to date, 148,580 teachers, or 36 per cent of the total number of teachers nationwide, had received at least one dose of the Covid-19 vaccine.

He said the ministry had prioritised 55,000 high-risk teachers, a majority of whom had already been inoculated. They were mostly educators teaching exam-year classes.

"Alhamdulillah, more than 36 per cent of all teachers have been vaccinated. The process is ongoing. We hope teachers who have not registered for the vaccine will register, and those already given dates will attend their appointments," he said.

He added that while vaccinations were out of his control, his ministry could apply for priority from the Covid-19 Immunisation Task Force and the Special Committee for Ensuring Access to Covid-19 Vaccine Supply.

Radzi said while the education sector had been badly impacted by the pandemic, he understood that recovery would also depend on the availability of vaccines.

"The National Recovery Plan is our way out of the pandemic, which relies a lot on vaccines.

"If possible, we want all to be vaccinated immediately. I have discussed this matter with the Covid-19 National Immunisation Programme (NIP) coordinating minister Khairy Jamaluddin to prioritise exam-year students, those in Form Five and Form Six.

"As these students will be sitting for their examinations soon, we want them to return to physical classes and to do this, they would need to be vaccinated."

He said, however, the method and date when schools could reopen for physical learning would be decided by the National Security Council.

Touching on the one-off special intake of 18,702 Grade DG41 teachers, Radzi said the ministry was studying the need to hire graduates without any background in education to train them as teachers.

"We have graduates who underwent training at teachers' training colleges and public universities.

"However, if there is a need to hire those without a foundation in education, we will offer them training to ensure that they can conduct teaching and learning activities effectively."

On June 18, Khairy, who is also Science, Technology and Innovation Minister, said Form Five and Six students sitting for major examinations this year would be vaccinated starting next month.

It was reported that the Drug Control Authority had approved the use of the Pfizer-BioNTech vaccine for children aged 12 and above during its meeting on Tuesday.

Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had, on June 15, announced that schools would reopen in Phase Three of NRP, expected to be carried out in September and October.

To enter Phase Three, the country must meet three threshold indicators, including an average daily case log of fewer than 2,000, Intensive Care Unit bed usage at "sufficient" levels, and ensure 40 per cent of the population are fully vaccinated.

NEW STRAITS TIMES ONLINE

PILIH CALON GURU BERKUALITI DIDIK GENERASI BAHARU NEGARA

Gambar hiasan

Cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai peluang penempatan guru melalui pengambilan khas secara one-off seramai 18,702 orang wajar disokong semua.

Graduan pendidikan universiti awam (UA) sebenarnya ditapis masuk menggunakan Inventori Pemilihan Pendidikan Malaysia (MEdSI) yang mengukur minat dan kerjaya perguruan kepada calon program Pendidikan.

Calon program Pendidikan ini kemudian ditemu duga untuk menjadi calon Program Ijazah Pendidikan UA.

Maka ia bertepatan dengan saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menggesa KPM untuk mengambil calon guru KPM hanya mempunyai kualiti dan minat terhadap profesion mulia ini.

Graduan Ijazah Pendidikan UA ini melalui dan dilatih berdasarkan Objektif Pendidikan Program, Hasil Pembelajaran Program dan Hasil Pembelajaran Kursus berdasarkan Standard Pendidikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selama empat tahun.

Kemudian mereka melalui 30 kredit kursus Profesional Pendidikan; Kursus Umum Universiti (21); kursus major program (58-62); kursus minor (21); kursus elektif bebas (9) dan Latihan Mengajar merangkumi Program Perantis Guru dan Latihan Mengajar (10).

Walaupun terdapat sedikit perbezaan kurikulum antara UA awam, semua graduan pendidikan ini mempunyai minat, pengetahuan, kemahiran dan sikap profesionalisme sebagai pendidik selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

Bagaimanapun, perubahan kurikulum KPM khususnya apabila Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan pada 2017 menyebabkan wujud sedikit jurang program pendidikan di UA dan keperluan mata pelajaran di sekolah.

Ia bertujuan melahirkan murid mempunyai aspirasi sesuai dengan kemahiran abad ke-21 yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah, komunikasi dan pelbagai kemahiran untuk menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Justeru, pemadanan mata pelajaran di KPM sewajarnya dibincangkan dengan teliti bersama UA untuk manfaat bersama. Jika diambil kira kos melatih graduan bukan pendidikan untuk Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI), negara sebenarnya terpaksa membelanjakan kos tambahan untuk melatih semula graduan berkaitan.

Alangkah baik kalau kos itu dimanfaatkan melalui pemberian biasiswa guru, penambahbaikan peralatan, peningkatan teknologi kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan UA menawarkan program pendidikan.

Graduan pendidikan UA sebenarnya menguasai segala aspek Pembelajaran Abad Ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), KSSM dan semua elemen dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini.

Dengan semua pengetahuan, kemahiran dan sikap diperlukan sebagai pendidik, mereka juga mempunyai kompetensi teknologi, pedagogi, pengetahuan dan isi kandungan berkaitan mata pelajaran mereka di sekolah membabitkan major serta minor.

Norma perjawatan guru di sekolah menyebabkan ada guru opsyen tertentu, walaupun diambil mengikut opsyen, mereka tidak diberikan mata pelajaran major atau minor mereka apabila diberi penempatan.

Ini satu kerugian besar kepada kepakaran mereka walaupun masih berada pada tahap novis, iaitu guru masih baharu.

Walaupun kita diuji dengan pandemik COVID-19 dan IR4.0 memerlukan pengalaman industri bagi melahirkan murid mempunyai aspirasi dihasratkan dalam PPPM, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat graduan pendidikan UA dipercayai mampu terus ditingkatkan khususnya berkaitan praktik di industri.

Isu berkaitan pengalaman industri dibangkitkan sesetengah pihak boleh diatasi dengan mewajibkan guru setiap tiga tahun untuk diletakkan di industri bagi memastikan mereka berkongsi kemahiran dan pengalaman terkini industri dengan murid mereka khususnya subjek berkaitan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (​TVET).

Dengan kebijaksanaan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, bakat terbaik mempunyai kualiti dan minat tinggi sahaja dapat dipastikan menjadi pendidik kepada generasi baharu Malaysia.

Dengan segala kompetensi yang ada pada graduan pendidikan di negara ini, sesungguhnya akan membantu dalam membentuk generasi baharu yang bangkit semula menjadi Harimau Asia. Dengan itu, sistem pendidikan di negara ini, akan terus cemerlang membina negara tercinta ini.

Prof Madya Dr Ridzwan Che’ Rus
Pensyarah Kanan
Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris

BERITA HARIAN ONLINE

CABARAN IBU BAPA KELUAR BEKERJA HADAPI PdPR

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberi cabaran yang bukan sedikit kepada ibu bapa terutama mereka yang perlu keluar bekerja.

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberi cabaran yang bukan sedikit kepada ibu bapa terutama mereka yang perlu keluar bekerja.

Kaunselor Berdaftar, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mungkin akan berasa sedikit tertekan memandangkan anak-anak terutama pra sekolah atau sekolah rendah memerlukan bimbingan sepenuhnya daripada ibu bapa.

Namun begitu, ini adalah sebahagian norma baharu yang diharungi dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) untuk terus mendidik anak bangsa.

Katanya, perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menangani cabaran PdPR adalah kesediaan mental dan emosi ibu bapa, guru dan anak-anak sendiri .

"Kehidupan kita hari ini perlu membiasakan diri dengan norma baharu. Ia terpakai bukan saja di alam pekerjaan tetapi juga sistem pendidikan.

"Dalam hal ini ibu bapa perlu mencari solusi atau penyelesaian jika terdapat kekangan. Berbincanglah dengan baik, pasti ada solusi yang boleh diambil bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan pembelajaran mereka," katanya.

Beliau berkata, selain itu persediaan fizikal seperti peralatan alat bantu seperti peranti mencukupi selain perlunya sokongan sosial komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa.

"Kita memahami kekangan ibu bapa kini yang mempunyai bilangan anak lebih daripada seorang.

"Di sinilah pentingnya sokongan sosial emosi untuk ibu bapa. Berbincang sesama sendiri dengan membahagikan masa. Dalam situasi kini, kita tahu organisasi atau tempat ibu bapa bekerja ada yang mengehadkan empat jam tempoh bekerja.

"Dengan kaedah itu, ibu bapa boleh merancang aktiviti atau perjalanan PdPR anak masing-masing. Komunikasi bersama-sama pihak sekolah terutama guru kelas atau mata pelajaran juga penting supaya anak-anak tidak ketinggalan membuat tugasan yang diberikan sama ada melalui Google Classroom atau platform lain," katanya.


Beliau berkata, ibu bapa perlu menguruskan masa dengan baik bagi membolehkan agihan tugas untuk memantau atau menemani anak-anak.

"Pastikan ibu bapa membuat penggiliran untuk tujuan itu. Contohnya giliran bekerja di pejabat atau bekerja dari rumah. Ada juga kedua-dua ibu bapa perlu keluar bekerja sedangkan anak masih belum mampu berdikari, jadi perlulah berbincang secara baik dengan majikan serta guru untuk pengecualian mengikuti PdPR.

"Saya percaya, ada sedikit kelonggaran bagi yang tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran dalam talian yang mana guru memberikan tugasan di Google Classroom untuk disiapkan.

"Dengan syarat, ibu bapa perlu memaklumkan pihak guru supaya tidak timbul salah faham atau tanggapan yang negatif," katanya.

Tambahnya, disiplin diri antara ibu bapa dan anak-anak perlu dipupuk sebaik mungkin. Persediaan awal pada malam hari untuk kelas keesokan harinya adalah langkah terbaik. Pastikan jadual PdPR dan ingatkan anak untuk membuat persediaan awal.

"PdPR kali ini bukan yang pertama kali, jadi guru lebih bersedia dan sistem juga sudah sistematik. Apa yang penting adalah komunikasi," katanya.

Bagi kakitangan pengurusan, Nurulfarahshah Jamil,33, berkata beliau bimbang anak yang belajar di tahun satu ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak banyak peluang untuk memantau sesi PdPRnya.

Tegasnya, walaupun sudah cuba sedaya upaya, masih banyak tugasan yang diberikan guru tidak dapat diselesaikan.

"Saya perlu keluar bekerja, anak-anak yang lain dijaga mentua. Jadi sepanjang saya di pejabat, anak ikuti PdPR sendiri.

"Mujurnya, pihak sekolah dan guru memahami apatah lagi PdPR kali ini bukan yang pertama. Guru juga sangat bekerjasama dengan memaklumkan modul tugasan dan apa yang perlu ibu bapa lakukan," katanya.

Tambahnya, semua tugasan dan sesi pembelajaran dalam talian juga dimaklumkan beberapa hari lebih awal yang nyata sangat membantu ibu bapa sepertinya.

Sementara itu bagi eksekutif akaun, Izzati Alia Mohd Ashar,33, berkata PdPR yang dijalankan kali ini lebih tersusun berbanding sebelumnya.

Katanya, guru dan pihak sekolah mengambil kira pandangan serta kesusahan ibu bapa terutama mereka yang bekerja.

"Jika PdPR sebelum ini semua berlumba-lumba untuk buat pembelajaran secara dalam talian, tetapi kali ini jadual dan modul yang disusun nampak lebih teratur dengan pembahagian kerja secara 'offline'," katanya.

Katanya, berbanding dahulu beliau tidak sempat untuk memantau semua tugasan yang diberikan oleh guru mata pelajaran, tetapi kali ini ia lebih memudahkan ibu bapa yang bekerja.

BERITA HARIAN ONLINE

Thursday, 17 June 2021

KAPASITI, KEUPAYAAN PENYIMPANAN TENTUKAN KELANCARAN PdPR



KUALA LUMPUR: Kapasiti sesuatu peranti termasuk memori dan storan sangat penting dalam memastikan proses pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan lancar, dengan sekurang-kurangnya mempunyai memori tiga gigabait (3GB) dan storan bersaiz 16 GB ke atas.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan, Elektrik, Elektronik dan Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali, berkata pada ketika ini sudah ada beberapa model telefon pintar dengan kapasiti 3GB RAM dan storan 32GB yang berharga murah di bawah RM400.

"Secara umumnya PdPR dilakukan dengan menggunakan perisian Google Meet dan Google Classroom. Apabila pengajaran secara atas talian dilakukan, perisian Google Meet akan digunakan.

"Dalam mana-mana perisian persidangan video, prestasi perisian itu bergantung kepada bilangan video yang dipaparkan. Lebih banyak skrin video, maka perkakasan memerlukan saiz memori yang lebih besar," katanya kepada BH, hari ini.

Baru-baru ini kerajaan Perak mengakui telefon pintar yang diagihkan secara percuma menerusi inisiatif program Tuisyen Cikgu Saarani adalah peranti berkualiti rendah yang hanya sesuai digunakan bagi tujuan pembelajaran.

Dr Sawal Hamid berkata, walaupun pelajar tidak menggunakan perisian lain, bilangan skrin video itu akan memberi kesan kepada perkakasan.

"Oleh itu, di dalam kelas dalam talian, biasanya kita mempunyai 30 murid atau lebih. Jadi lebih banyak skrin video yang akan ada di paparan, walaupun fungsi video dimatikan. Ini akan memberi kesan kepada perkakasan yang mempunyai memori rendah dan seterusnya menjejaskan kelancaran sesi pembelajaran itu.

"Secara umumnya, untuk menggunakan Google meet, spesifikasi minimum untuk memori adalah 500MB (megabait). Tetapi sebenarnya ia tidak begitu lancar sekiranya bilangan skrin yang banyak. Kalau boleh, 3GB RAM dan ke atas," katanya sambil menjelaskan perisian operasi sistem dan 'browser' juga memerlukan memori.

Katanya, memori bersaiz lebih daripada 2GB adalah lebih diperlukan.

Selain itu katanya, dalam era pembelajaran zaman ini, sumber maklumat dan pengetahuan bukanlah semata-mata menerusi pembelajaran rasmi seperti PdPR tetapi juga meliputi pembelajaran di luar kelas.

"Sebagai contoh, pada kebiasaannya, pelajar akan mendapatkan pengetahuan tambahan menerusi video dalam talian seperti YouTube. Adakalanya pembelajaran dari YouTube ini amat membantu pemahaman pelajar.

"Apabila kita menggunakan perkakasan seperti telefon pintar, adalah penting untuk menggunakannya dengan lancar tanpa 'lagging' atau 'slow down' berlaku sekiranya memori terlalu rendah.

"Apabila penggunaan perkakasan tidak lancar, maka ia akan mengganggu dan proses pembelajaran akan menjadi bosan," katanya yang berpendapat sumbangan tablet adalah lebih sesuai untuk proses pembelajaran.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Komputer Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rizal Mohd Nor, berpendapat Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menyediakan garis panduan khusus kesesuaian peranti atau telefon pintar untuk kegunaan pelajar.

Katanya, adalah lebih baik jika sesuatu peranti itu dilengkapkan sistem operasi yang disesuaikan atau 'customized operating system' supaya daapat mengehadkan penggunaan aplikasi kepada perisian yang diluluskan KPM.

"Storan sesuatu peranti itu bergantung kepada keperluan aplikasi. Namun, ada maklumat daripada pembangun aplikasi XDA menyatakan Aplikasi Google, kebanyakan aplikasi yang digunakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) meletakkan had kepada dua gigabait (2GB).

"Justeru adalah lebih baik sekiranya storannya tidak kurang daripada 2GB untuk memastikan kegunaan PdPR berjalan lancar dan tanpa masalah di masa hadapan," katanya.

BERITA HARIAN ONLINE

Saturday, 12 June 2021

GURU KELAS PEPERIKSAAN DIBERI KEUTAMAAN VAKSIN

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

KUALA LUMPUR: Guru kelas peperiksaan akan diberi keutamaan menerima vaksin COVID-19 sekiranya situasi pandemik semakin pulih dan terdapat keperluan menghadiri pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata perkara itu sudah dibincangkan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

"Katakanlah kita nak buka sekolah dalam keadaan pandemik ini bertambah baik, kumpulan yang akan ke sekolah dahulu adalah pelajar kelas peperiksaan termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

"Dalam konteks ini selepas berbincang dengan menteri yang menguruskan PICK dan bersetuju supaya guru kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk menerima vaksin," katanya pada program Soal Rakyat Khas bertajuk 'Cabaran SPM Dalam Era Pandemik' yang disiarkan secara langsung hari ini.

BERITA HARIAN ONLINE