Sunday, 19 May 2019

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2018

Pada 17 Mei 2019 bertempat di Dewan Hamdan telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru ke 48 & Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saat bin Abas, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun.

Pn. Zaharah binti Abdullah, warga Perpustakaan Za'ba IPGKTB turut menerima APC 2018 pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada Puan Zaharah binti Abdullah diatas penganugerahan ini dan semoga prestasi yang cemerlang ini dapat diteruskan dalam meningkatkan lagi mutu kerja.




Saturday, 18 May 2019

NST LEADERS : DO NOT LOSE FOCUS

Now is the time to motivate and not dispirit the teachers. It does not bode well for the education system if teachers feel unappreciated

ENGLISH language teachers have been up in arms about the Education Ministry’s directive for them to sit the Malaysian University English Test (MUET).
The aim is to review the teachers’ English proficiency level in line with the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 requirements for them to have at least C1 proficiency level, according to the Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
The National Union of the Teaching Profession’s (NUTP) contention is that MUET will not benefit anyone as English option teachers already have English language teaching qualifications such as Teaching English as a Second Language (TESL), while the non-option teachers will most likely fail to attain the set level.
The fact that the 20,000 non-option teachers had to be roped in to teach English shows that we have been facing a dearth of trained and qualified English teachers for quite a while.
If what NUTP said is true and most of the non-option teachers could not meet the set level of proficiency, the shortage that they helped cover will reappear. The difference is that non-option teachers will likely be less motivated to plug the gaps the next time around.
The elephant in the room is the shortage of English teachers. Shortlisting, or selection processes, are employed when the candidates number more than the available positions. Doing so when we have a shortage will only exacerbate the situation.
Perhaps, a training programme to enable the non-option teachers who want to continue teaching English attain the required proficiency would be more helpful.
MUET, as the name suggests, is a test to gauge English proficiency according to the set guidelines. It is not a training programme.
Sitting for MUET time and again will not improve one’s proficiency level. A bigger part of the equation is the students. If the wrangling over MUET is allowed to fester, ultimately the students will lose out.
The focus should be on enabling students to have a better command of English. Relabelling the goal post to MUET or CEFR-compliant will not help.
Another concern is the RM100 self-funding for MUET — many feel that it is better to skip MUET and quit teaching altogether.
Over a mere RM100? Is it not for the teacher’s own career advancement and common good? It is an investment for self-improvement, plain and simple.
There are other more important things at hand. NUTP may be right to highlight the rather “draconian” approach — a new policy is announced, but it is to be paid for by the teachers. Then again, nothing in life is free.
So, perhaps, a unilateral decision needs to be made so that others too will pay. Now is the time to motivate and not dispirit the teachers. It does not bode well for the education system if teachers feel unappreciated.
Language, English especially, is a big component of communications. For any endeavour to be successful, one has to communicate effectively. Being able to converse in a language that is not one’s mother’s tongue is a privilege, therefore, instead of quibbling over issues, it would do well for both the ministry and NUTP to come up with a compromise and open all communication channels between them.
After all, it is the future of our students and how well they communicate that is of utmost concern.
NST ONLINE

Friday, 17 May 2019

16 MEI RAIKAN HARI GURU

TAN SRI ZAINON MUNSHI SULAIMAN atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain (kanan) menerima sijil penghargaan dan pingat emas Tokoh Guru Wanita dari Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 1975 di Kuala Lumpur pada 16 Mei 1975

KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 1972 bertajuk Perayaan Hari Guru seluruh Negara 16 Mei. Kementerian Pelajaran mengumumkan 16 Mei 1972 sebagai tarikh Sambutan Hari Guru di seluruh negara.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 1972 memuatkan berita “Perayaan Hari Guru seluruh negara 16 Mei” melaporkan buat pertama kalinya guru-guru di seluruh negara merayakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei 1972.
Laporan itu memetik, ketika mengisytiharkan tarikh itu, Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Fe­deral Legislative Council) telah me­nerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran baharu di Malaysia.
Dokumen itu dikenali sebagai Laporan Razak yang menjadi Dasar Pelajar­an Kebangsaan maka tarikh keramat ini besar maknanya kepada institusi pendidik­an dan perguruan negara.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan itu mengingatkan supaya penganjuran sambutan Hari Guru tidak melibatkan urusan pentadbiran sekolah.
Terdapat enam matlamat penganjuran sambutan Hari Guru diadakan ialah: Menegaskan peranan guru dalam usaha pembinaan kebangsaan, pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat; Menarik perhatian ibu bapa, murid-murid dan orang ramai kepada peranan penting guru dalam masyarakat Malaysia; Mewujudkan perasaan perpaduan dan muhibah antara guru-guru.
Selain itu, Meningkatkan taraf guru dalam masyarakat; Memberi satu saluran untuk memajukan kecekapan mereka melalui seminar, persidangan dan akhir sekali, Mengkaji dengan objektifnya peranan guru-guru dalam negara Malaysia dan mengambil langkah-langkah untuk membaiki peranan itu.
Utusan Malaysia turut memuatkan berita utama di muka satu “Jangan Kecam Guru-Guru” bertarikh 16 Mei 1972 me­laporkan, Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Hussein Onn dalam ucapannya melalui TV dan Radio sempena Hari Guru, mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa bertimbang rasa terhadap guru-guru yang bersusah payah ‘berikhtiar’ memajukan anak bangsa dan bukan mengecam mereka semata-mata.
Katanya, tugas guru bukan saja berat tetapi guru terpaksa berada dalam kawalan masyarakat yang mempunyai sekatan.
“Saya juga berharap semua pelajar sentiasa mengenang budi dan jasa guru yang sentiasa memberi pelajaran kepada mereka. Pelajar hendaklah sentiasa berusaha untuk membina masyarakat yang teguh dan maju dengan bekerjasama dengan guru-guru mereka setiap masa,”(Utusan Malaysia 16 Mei 1972).
Tokoh Guru, Tan Sri Datuk Dr. Awang Had Salleh dalam buku tulisannya “Warna-warna pengalaman seorang guru” terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. pada 1993 menyatakan, aspirasi paling tinggi yang ada pada dirinya untuk menjadi seorang guru, tidak ada jawatan lebih tinggi daripada itu yang diimpikan oleh mereka bercita-cita untuk menjadi guru pada era 1950-an.
Jawatan lain yang dipegang Melayu pada era itu ialah kerani, rekrut polis dan tentera. Selain daripada itu ialah posmen, kakitangan rendah dalam Jabatan Pertanian, Perhutanan, Bomba atau menjadi buruh kasar bekerja sendiri menjadi petani atau nelayan
Dalam masyarakat Melayu pada waktu itu, menurut Dr. Awang Had, mereka yang berjawatan guru mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat.
Biasanya guru-guru berpakaian kemas berseluar panjang warna putih, berkemeja lengan pendek berwarna putih, berkasut putih dan ada bersongkok dan ada yang tidak.
“Basikal yang guru guna pada ketika itu kebanyakannya jenis Raleigh yang dijaga bersih. Rambut mereka bergunting rapi. Keluar dari sekolah mereka kelihatan pulang ke rumah membimbit buku ringkasan mengajar dengan kemas.
“Jika ke pekan kecil atau ke kampung, perawakan seorang guru jelas berbeza daripada perwatakan orang lain,”katanya.
Dr. Awang Had berkata, guru disegani dan dihormati di majlis kenduri, guru diletakkan di kepala hidang. Dalam kehidupan sehari guru dirujuk bagi mendapatkan nasihat dan pandangan. Di majlis-majlis keagamaan pula, guru mendapat penghormatan yang tinggi. Itulah kehebatan seorang guru atas pengorbanan mendidik anak bangsa.
“Usaha guru memberi kesan positif apabila pelajar tahu untuk menghargai dan berterima kasih kepada guru kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat membaca dan mengira,”jelasnya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE

GURU LANJUT PELAJARAN DI PERINGKAT MA, PhD. AKAN DIBERI INSENTIF

PERDANA Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad sambil diperhatikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kiri) menyampaikan hadiah kepada Tokoh Kepimpinan Pendidik Kebangsaan, Datuk Asariah Mior Shaharuddin pada majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke - 48 di Setia Spice Conventoon Centre dekat Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN ONLINE/Sazali Che Din

PULAU PINANG 16 Mei - Para guru yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) akan diberikan insentif khas sebagai antara galakan kepada kelompok berkenaan.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan itu.
“Untuk jangka masa panjang, kita sedang merangka dan berbincang dengan pihak JPA.
“Insya-Allah saya juga akan minta pertolongan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung cadangan ini,” katanya.
Beliau berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru di sini hari ini yang disempurnakan Dr. Mahathir.
Dalam pada itu, Maszlee berkata, kementerian telah menggariskan beberapa inisiatif jangka masa sederhana dan panjang bagi menambah baik tugas para guru di sekolah.
Antaranya, tambah beliau, pemberhentian pelaksanaan audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang mana pihak sekolah kini hanya perlu melaksanakan audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Bagi isu pengawasan peperiksaan pada waktu cuti sekolah pula, jelasnya, bermula tahun ini pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan secara dua fasa pada bulan Oktober dan November semasa waktu persekolahan.
“Bagi memenuhi keperluan penggantian guru bercuti, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari, sebanyak RM35.2 juta peruntukan guru ganti telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya sekolah boleh menggunakan khidmat guru ganti,” katanya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE

LIMA MATA PELAJARAN KEKURANGAN GURU

AMINOLHUDA (empat dari kanan) marakam kenangan bersama-sama guru dan petugas selepas menyempurnakan Majlis Ziarah dan Penyampaian Hadiah sempena Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, sebentar tadi.

J
OHOR BAHRU 16 Mei - Sekolah-sekolah di Johor mengalami kekurangan guru yang kritikal dalam lima mata pelajaran termasuk subjek teras.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, lima mata pelajaran itu ialah Sejarah, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama dan Bahasa Cina.
Menurutnya, masalah kekurangan guru bagi lima subjek berkenaan perlu diatasi segera memandangkannya antara mata pelajaran yang penting.
“Subjek yang kritikal sekarang ini dan perlukan guru adalah Sejarah, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Malah, Pendidikan Islam juga kita turut mengalami kekurangan guru.
“Ini satu perkara yang agak sukar dihadapi Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan kita harapkan kemasukan atau pengambilan mahasiswa untuk menjadi guru boleh diatur supaya boleh dilebihkan untuk anak-anak Johor, jadi mereka boleh kembali ke negeri ini untuk berkhidmat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Ziarah dan Penyampaian Hadiah sempena Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti, Skudai di sini sebentar tadi.
Aminolhuda berkata, secara keseluruhan guru di Johor hampir 50,000 orang, namun masih kekurangan dua peratus dalam mata pelajaran tertentu.
Masalah kata beliau, adalah tiada kemasukan guru dari luar dan sesetengah guru tidak mahu pindah ke negeri ini. 
UTUSAN MALAYSIA ONLINE

PM UCAP SELAMAT HARI GURU DALAM NADA SEBAK

TUN Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN ONLINE

PULAU PINANG 16 Mei - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam nada sebak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik sempena Sambutan Hari Guru yang diraikan hari ini.
Ucapan itu dizahirkan beliau di hadapan kira-kira 5,000 guru ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 bertemakan Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi di Spice Arena, Bayan Baru di sini.
“Kepada semua guru-guru di Malaysia, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Guru. Teruskan usaha-usaha murni tersebut dan yakinlah ianya satu amanah dan tugas yang mulia.
“Semoga para guru akan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik itu.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir mengakui beliau berasa sangat tersentuh setiap kali saya dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Guru.
Ini kerana, katanya, seperti orang lain kehidupan beliau pada hari ini adalah hasil acuan dari setiap orang guru yang pernah mendidiknya.
“Jika saya dianggap berjaya, ia adalah hasil dari didikan baik yang saya terima dari guru-guru saya di samping ibu bapa.
“Jika ada kekurangan pada diri saya ianya bukanlah kerana ajaran yang tidak cukup dari guru-guru saya tetapi adalah kekurangan dari diri saya yang gagal menerima sepenuhnya ajaran dari guru-guru tersebut,” katanya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE

TOKOH GURU KEBANGSAAN 2019 TERKENANG PEMBERIAN RM50 DARIPADA PELAJAR


PENERIMA Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail dan Tokoh Kepemimpinan Pendidikan Kebangsaan 2019, Datuk Asariah Mior Shaharuddin menunjukkan loket emas dan plak yang diterimanya sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Pulau Pinang hari ini.

PULAU PINANG 16 Mei - Pemberian RM50 daripada seorang pelajar yang berubah hasil ceramah yang disampaikannya di sebuah sekolah merupakan antara pengalaman paling mengesankan dilalui penerima Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail, 62.
Menceritakan lebih lanjut, Nawi yang mempunyai pengalaman mengajar selama 37 tahun itu berkata, pelajar berkenaan yang diketahuinya tidak berminat untuk belajar bagaimanapun berjaya memperoleh 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Katanya, perubahan ketara pelajar itu berlaku selepas dia dijemput menyampaikan ceramah di sekolah pelajar berkenaan dan sebagai mahu membalas budi, pelajar itu menerusi seorang guru menyerahkan wang RM50 kepadanya.
“Saya sebenarnya sudah lupa apa yang saya sampaikan dalam ceramah itu sehingga boleh merubah pelajar berkenaan yang lemah dan tidak minat belajar mencatatkan keputusan cemerlang dalam STPM.
“Malah, saya sehingga kini masih menyimpan wang kertas RM50 yang diberikan pelajar itu sebagai kenangan manis sepanjang saya bergelar guru dan sehingga kini juga, saya tidak tahu siapa pelajar berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi yang juga bekas Guru Cemerlang Gred Khas C dan berpengalaman mengajar subjek bahasa Melayu menerima wang tunai RM50,000, loket emas bernilai RM10,000 dan plak sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Hadiah itu disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Pada majlis sama, Datuk Asariah Mior Shaharuddin pula dipilih penerima anugerah Tokoh Kepemimpinan Pendidikan Kebangsaan 2019 sekali gus membawa pulang hadiah yang sama.
Sementara itu, Asariah berkata, pencapaian terbaik beliau sepanjang bertugas di Kementerian Pendidikan adalah berjaya menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Tambah beliau, usaha itu sangat bermakna ke arah melahirkan guru yang berkualiti dan berkebolehan sekali gus memperbaiki standard pendidikan negara.
“Kewujudan IPG juga membolehkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih institut berkenaan bagi tujuan latihan dalam persediaan sebagai seorang guru,” katanya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE