Thursday 24 June 2021

PERTANDINGAN BERCERITA "KENAPA SAYA SUKA BUKU INI?"

 


Perpustakaan Za'ba IPGK Tuanku Bainun & Majlis Bandaraya Seberang Perai dengan kerjasama PPD Seberang Perai Tengah akan menganjurkan Pertandingan Bercerita untuk pelajar tahun 1 hingga 6 di daerah Seberang Perai Tengah seperti berikut:

Tema/Tajuk : Kenapa Saya Suka Buku Ini?
Tarikh Penyertaan : 28 Jun hingga 9 Julai 2021

Majlis Perasmian & Taklimat Penyertaan akan dibuat di saluran fb Perpustakaan Za'ba IPGKTB pada 28 Jun 2021 (Isnin) jam 9.00 pagi.

Borang penyertaan dan rakaman video yang telah siap boleh dihantar di pautan berikut:

SYARAT- SYARAT PENYERTAAN:
• Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah tahun 1 hingga 6 di Daerah Seberang Perai Tengah.

• Peserta perlu menceritakan tentang apa yang menarik tentang buku yang dibaca sambil memegang buku berkenaan sepanjang rakaman.

• Peserta hanya layak menghantar SATU (1) video penyertaan sahaja dan belum pernah dipertandingkan di mana- mana pertandingan.

• Peserta bebas memilih buku dalam pelbagai bahasa dan penceritaan perlu dibuat menggunakan BAHASA MELAYU sahaja

• Isi cerita hendaklah tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.

• Rakaman video bercerita adalah secara melintang dan durasi rakaman minimum 2 minit dan maksimum 3 minit sahaja.

• Peserta perlu mengulas tentang kandungan buku tersebut dan menjelaskan apa menyebabkan peserta tertarik dengan buku berkenaan kepada penonton.

• Peserta perlu memuatnaik video rakaman di platform yang dirasakan sesuai (youtube, facebook dan google drive)

• Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan dan pautan video secara dalam talian (google form) di facebook : zabalibrary sebelum atau pada 9 Julai 2021.

• Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati peserta melanggar mana- mana terma di dalam syarat ini.


No comments:

Post a Comment