Saturday, 31 August 2019
Friday, 30 August 2019
PESTA BUKU IPG 2019
Pada 27 hingga 29 Ogos 2019 telah berlangsung Pesta Buku IPG 2019 bertempat di IPG Kampus Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik (Menteri Pendidikan Malaysia).
Antara aktiviti sepanjang program ini adalah Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK), Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CIC), Pertandingan Kumpulan Inovasi & Kreatif serta Pesta Buku IPG (PBI).
Warga Perpustakaan Za'ba turut sama menyertai aktiviti pameran yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
Thursday, 29 August 2019
KEMENTERIAN PENDIDIKAN SASARKAN SEORANG KAUNSELOR SETIAP 250 ORANG MURID
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
NILAI: Kementerian Pendidikan berhasrat menyasarkan nisbah seorang kaunselor bagi setiap 250 murid serta pelajar di sekolah rendah dan menengah.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata ketika ini nisbah seorang kaunselor bagi sekolah rendah adalah 350 murid, manakala sekolah menengah pula 500 pelajar.
Beliau mengakui seramai 9,445 kaunselor sedia ada, termasuk 5,780 kaunselor di sekolah menengah dianggap masih tidak mencukupi.
“Ketika ini kementerian sedang jalankan kajian terperinci mengenai isu ini dan diharap dapat mencapai cadangan nisbah seorang kaunselor kepada 250 murid dan pelajar.
“Usaha ini perlu mendapat persetujuan daripada pelbagai agensi lain kerana membabitkan isu bajet dan kakitangan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Guru Bimbingan dan Kaunseling (India) Malaysia di Universiti Antarabangsa Manipal Malaysia di sini, hari ini.
Terdahulu ketika berucap, Nie Ching berkata, kementerian sedar akan keperluan menambah kaunselor dan memberi perhatian lebih serius isu itu demi manfaat lebih lima juta murid dan pelajar sekolah seluruh negara.
Katanya, pelbagai insiden yang berlaku dalam kalangan murid dan pelajar sekolah ketika ini, termasuk masalah pencemaran kimia, kes bunuh diri dan kemurungan menunjukkan kementerian perlu lebih berusaha memperkasa kaunselor.
“Insiden sedemikian membuka mata masyarakat tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam menjalankan intervensi krisis kepada mangsa dan keluarga.
“Oleh itu, wajarlah kaunselor dari semasa ke semasa mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran baharu,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan juga sedang berusaha memperbaiki sistem sokongan sedia ada itu secara berterusan.
Katanya, usaha berterusan yang dijalankan ketika ini termasuk menjalankan saringan muda sihat membabitkan 20 peratus murid di setiap tingkatan selain mempromosikan program minda sihat.
BERITA HARIAN ONLINE
Tuesday, 27 August 2019
KEMENTERIAN PENDIDIKAN PERLU KAJI BEBAN PELAJAR SEKOLAH
KUALA TERENGGANU 27 Ogos - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) hari ini menggesa Kementerian Pendidikan memberi perhatian serius terhadap dakwaan bahawa para pelajar semakin dibebani lambakan kerja sekolah dan kerja rumah sehingga mereka mengalami tekanan jiwa dan kemurungan.
Datuk Syed Anuar |
Beliau turut tidak menafikan ketika ini para pelajar sekolah menanggung bebanan kerja sekolah dan juga aktiviti kokurikulum sehingga mereka tidak mempunyai masa rehat secukupnya.
"Kita akui sekarang ini para pelajar sekolah terbeban dengan banyak kerja sekolah, kerja rumah dan kokurikulum. Dari pagi lagi sudah ke sekolah dan pulang rumah antara pukul 4 hingga 5 petang, jadual terlalu padat dan itupun belum masuk kelas tambahan subjek agama lagi.
"Maknanya, mereka (pelajar) hanya ada masa rehat yang amat sedikit dalam sehari selain cuti hari minggu, sedangkan pada hari-hari lain mereka berada di sekolah sepanjang hari di samping dibebankan dengan kelas tambahan dan sebagainya," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas insiden seorang pelajar tingkatan satu di Pulau Pinang yang ditemukan mati tergantung di dalam bilik air rumahnya kelmarin dan mangsa sebelum itu pernah mengadu dibebani terlalu banyak kerja rumah melibatkan lima subjek.
Syed Anuar seterusnya berkata, walaupun tidak ada maklumat lengkap dan sahih mengenai dakwaan punca pelajar itu membunuh diri di sebabkan bebanan kerja rumah, Kementerian Pendidikan sewajarnya memberi perhatian terhadap perkara itu.
"Kita harap Kementerian Pendidikan kena lihat dan kaji betul-betul apakah benar bebanan kerja sekolah dan kerja rumah yang ditanggung pelajar sekarang turut menyumbang kepada insiden bunuh diri kalangan pelajar.
"Sekiranya benar, ia mesti ditangani dengan serius bagi memastikan masalah serupa tidak terus berlaku pada masa-masa akan datang," ujarnya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Monday, 26 August 2019
Wednesday, 21 August 2019
CARA PENGIBARAN YANG BETUL JALUR GEMILANG
Tuesday, 20 August 2019
Wednesday, 14 August 2019
EDUCATIONAL DILEMMAS REST ON SOCIAL DILEMMAS
Education success in plural societies should address the issues which drive social disintegration and enflame social distrust
IN plural and ethnically diverse societies, the success of educational reform depends upon the extent to which the broader society can address the problems of communalism, social division and fragmentation.
A sense of inclusivity, what some may call much needed social integration or social cohesion, is needed to overcome the constant pull of sectional division in ethnically divided societies.
Given the seemingly interminable way in which racial and religious divisions impact on educational debates and the best efforts of reformers, social reintegration and cohesion are both laudable and necessary objectives if much needed educational reform in societies such as Malaysia is to succeed.
J.S. Furnivall, who is well known to historians and political scientists for his critique ‘Plural Society’, is arguably not as well known for his observations in regard to education.
Yet Furnivall’s observations with respect to education are worth pointing out since they point to an essential characteristic of the educational dilemma in plural societies that stares at us plainly and uncomfortably.
According to Furnivall, “Education, then, is the sum of all those processes which fit the youth for social life.”
Note that education here is not defined simply as instruction nor is it limited to what goes on in educational institutions such as schools and universities.
Furnivall argues in fact that there is “a tendency to confuse education with instruction”.
Education in Furnivall’s opinion is wider and more complex than the narrow confines of formal instruction in universities and schools although it obviously includes that.
In this observation, Furnivall appears to be in good company. Educational thinkers such as John Dewey, to cite just one example, point out that education properly understood is a broad process of growth and social development.
As Furnivall points out, if a society is utterly fragmented, lacking in social integration and cohesion, then this begs the question to what extent such societies can achieve their educational aims.
What does it mean to say one is educated in circumstances where social division distrust and animus crowd out efforts at understanding and social integration?
In extreme cases of communally divided societies where any reform or positive step is torn apart by sectional interests and division, it can be tempting to ask if a society understood in any normative and integrated sense exists at all.
Furnivall argues much the same when he points out regarding the legacy of colonialism that: “Everywhere in the Tropical Far East there has come into existence a Plural Society, held together not by tradition or religion but by little more than the steel framework of the law in a society in which distinct social orders live side by side but separately within the same political unit.
“In circumstances such as these, the social life within each community tends to be disintegrated, and there is, moreover, no all-embracing social life. In the strict sense of the word, there is no society. If, then, education is the sum of all the processes which fit the child as a member of society, how can he be educated where society does not exist?”
The problem of education in plural societies is thus according to Furnivall a problem closely connected to the way in which society is integrated and made cohesive.
Wider cultural social, political and economic dynamics inform what it is to be educated. These wider dynamics impact on the discourse of educational reform and instructional practices in diverse ways.
Some people may think that if only politics, social issues, economics and culture could be kept out of education, then educators could focus on the practical problems of instruction free from outside influence. This, however, is a pipe dream.
The problems of education have always been deeply cultural, economic and political. In plural societies, the problems of social division, distrust conflict and competition are never far from educational debate.
Rather than viewing such forces as somehow extraneous to education, as if we could somehow ignore them, we need to view them as a critical part of our educational problem.
Societies divided by sectional interests, ripped apart by racial and religious division, will necessarily view all educational reform and proposals through the prism of conflict and social competition.
In such societies the problem of education and the success of educational reform will ultimately rest on addressing the wider inequalities and divisions which result from the colonial inheritance of plural society.
Educational success in such societies is therefore not simply limited to how we advance practical instruction within schools, universities and other educational institutions. Rather, success in educational reform rests ultimately upon addressing the issues which drive social disintegration and enflame social distrust. These issues incessantly pose basic dilemmas for policy makers, educators and citizens alike and their resolution would greatly add to the success of educational reform.
Furnivall’s observations on these matters is still provocative and if his critique of the problems of plural society is still relevant to contemporary Malaysia, his thoughts on the problems of education in plural societies may also be of continued interest.
The writer is an independent writer and researcher based in Melbourne, Australia.
Email him at jameskennedycampbell@gmail.com
NEW STRAITS TIMES ONLINE
PENDIDIKAN SIVIK HARAP TUMPU PADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, KONTRAK SOSIAL - MBM
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Majlis
Belia Malaysia (MBM) berharap konsep Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak
Sosial yang menjadi asas kepada kenegaraan Malaysia diberi keutamaan dalam
Pendidikan Sivik yang mula dilaksanakan di sekolah sejak Jun lepas.
Naib Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul
Hamid berkata pelaksanaan itu juga diharap dapat memaparkan toleransi yang
diamalkan oleh pengasas negara ini khusus dalam menggubal Perlembagaan
Persekutuan yang menjadi asas kepada kenegaraan Malaysia.
"MBM melihat pengenalan semula
Pendidikan Sivik adalah tepat pada masanya, khususnya apabila kerajaan telah
menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.
"Pendidikan kewarganegaraan sudah
tentunya antara aspek yang akan diterapkan pada Pendidikan Sivik yang baru
dilaksanakan ini dan diharap penerangan berkenaan demokrasi berparlimen dan
raja berperlembagaan diberi penekanan," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Izzat Afifi yang juga Pengerusi Biro
Pendidikan MBM berkata Pendidikan Sivik pernah dijadikan satu subjek khusus
bermula 2005 dan kemudiannya dimansuhkan pada 2013 bagi Sekolah Rendah dan
tahun 2017 bagi Sekolah Menengah.
Selain itu, beliau berkata Pendidikan Sivik
yang diserapkan dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama
Islam dan Pendidikan Moral adalah amat baik kerana tidak akan membebankan murid
dengan subjek baharu selain tidak akan meningkatkan kos bagi Kementerian Pendidikan.
"Penekanan kepada nilai murni
sepertimana yang dinyatakan dalam teras Pendidikan Sivik juga amat tepat dan
kena pada masanya.
"Ini juga bertepatan dengan nasihat
yang sering diutarakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan
nilai murni yang harus ditekan dalam pendidikan, berbanding hanya berteraskan
peperiksaan dan markah semata mata selain intipati Dasar Pandang Ke Timur yang
sering dilaung-laungkan oleh perdana menteri," katanya.
Sementara itu, Mohd Izzat Afifi berkata MBM
juga sedia membantu memastikan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan ini dapat
mencapai matlamat dan hasratnya khusus di sektor pendidikan tidak formal.
Dr Mahathir semalam melancarkan Pendidikan
Sivik peringkat kebangsaan 2019 dengan ia dilaksanakan selama satu jam pada
minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah selain turut dilaksanakan dalam perhimpunan
dan aktiviti kokurikulum.
BERNAMA ONLINE
Tuesday, 13 August 2019
PENDIDIKAN SIVIK BENTUK MASYARAKAT, INDIVIDU BERTANGGUNGJAWAB - DR MAHATHIR
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pendidikan Sivik yang mula
dilaksanakan di sekolah sejak Jun lepas akan membentuk masyarakat dan individu
yang bertanggungjawab, prihatin dan bertimbang rasa kepada pihak lain.
Dalam hidup bermasyarakat, katanya
sifat-sifat itu amat penting bagi memastikan setiap individu tidak melakukan
sesuatu yang memburukkan keadaan di sekeliling mereka.
"Saya percaya bukan sahaja anak-anak
kita akan menjadi orang yang civic minded, tetapi guru-guru semasa mereka
mendidik, tentulah akan sematkan nilai-nilai sivik yang sama.
"Dengan itu, percayalah negara kita
akan menjadi negara yang maju, bersih dan dipandang tinggi oleh masyarakat
dunia," katanya semasa melancarkan Pendidikan Sivik peringkat kebangsaan
2019, di sini hari ini.
Pendidikan Sivik dilaksanakan selama satu
jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah selain
turut dilaksanakan dalam perhimpunan dan aktiviti kokurikulum.
Dr Mahathir berkata amat penting bagi bagi
masyarakat untuk memahami bahawa yang menentukan jaya atau tidak seseorang
mahupun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada nilai hidup, contohnya sifat
amanah.
"Umpamanya, kita mengambil hak orang
lain kerana tiada siapa melihat kerana kita berpendapat, tidak ada siapa yang
akan bertindak terhadap kita.
"Kalau kita mempunyai sifat semacam
itu dan anggota-anggota lain dalam masyarakat juga begitu, maka masyarakat
sudah tentu akan jadi kucar-kacir, tidak tersusun, tidak tenteram tidak aman
dan tidak stabil," katanya.
Merujuk kepada pihak-pihak yang terlibat
dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland, Nora Anne
Quoirin,15, yang hilang di sebuah resort di Pantai, Seremban sejak 4 Ogos
lepas, Dr Mahathir berkata ia adalah contoh pegangan nilai sivik yang tinggi
dalam masyarakat.
"Ada orang sanggup ketepikan Hari Raya
Haji untuk cari wanita hilang itu. Ini menunjukkan pegangan nilai sivik yang
tinggi dalam kalangan kita, kalau kita mempunyai nilai sivik tinggi maka
keadaan sekeliling kita akan menjadi amat baik," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau
yakin Pendidikan Sivik tidak akan menambahkan beban kepada guru dan murid.
"Setakat ini belum ada demonstrasi
seperti demonstrasi terhadap (isu tulisan) khat," katanya secara
berseloroh.
Beliau berkata tugas mendidik nilai sivik
perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara memandangkan tanggungjawab itu
tidak lagi boleh diletakkan kepada ibu bapa semata-mata.
"Sekarang ini ibu bapa berkerja dan
tidak ada masa untuk ajar anak berkenaan sivik, tanggungjawab, nilai hidup dan
sebagainya, maka kita perlu pindahkan usaha mendidik ini kepada sistem
pendidikan," katanya.
BERNAMA ONLINE
PENDIDIKAN SIVIK DILAKSANAKAN SECARA BERSEPADU DAN HOLISTIK - MASZLEE
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Pelaksanaan
Pendidikan Sivik di sekolah yang bermula sejak Jun lepas (2019) dilakukan
secara bersepadu dan holistik dengan penekanan terhadap literasi sivik dan
amali sivik, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
“Pelaksanaannya dilakukan di dalam dan di
luar bilik darjah yang melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan
kementerian,” katanya pada majlis pelancaran Pendidikan Sivik oleh Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini hari ini.
Pendidikan Sivik dilaksanakan selama sejam
pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.
Anak-anak di pra-sekolah pula akan diajar
pendidikan sivik selama 30 minit, dan dalam masa yang sama, pendidikan sivik
turut dilaksanakan dalam perhimpunan dan aktiviti kurikulum, katanya.
Menurut Maszlee, modul, konsep dan pendekatan
baharu dalam Pendidikan Sivik di semua sekolah peringkat pra-sekolah, sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara dilaksanakan atas impian dan nasihat Dr
Mahathir.
“Anak-anak kita akan mengenal nilai-nilai
murni dan etika. Mereka juga akan diajarkan apakah itu pengetahuan
kewarganegaraan,” katanya.
Menurut Maszlee, pihaknya telah menyediakan
perincian pemetaan pendidikan sivik dan membangunkan modul exemplar pendidikan
sivik, manual perhimpunan sekolah dan amalan nilai murni serta manual amalan
pendidikan sivik dalam kurikulum untuk membantu guru melaksanakan pendidikan
sivik.
Katanya beberapa pihak swasta turut tampil
membantu mempromosi nilai-nilai sivik yang diajar di sekolah agar dapat juga
dipromosikan di luar sekolah.
Maszlee berkata pendidikan sivik adalah
untuk membentuk seorang warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan
berakhlak mulia untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara.
"Anak-anak kita akan belajar
integriti, amanah, rajin bekerja, berdisiplin, membenci rasuah dan salah guna
kuasa, bahayanya buli, pentingnya menghargai golongan kurang upaya, pentingnya
saling hormat-menghormati perbezaan satu sama lain, perpaduan serta cintakan
tanah air," katanya.
Ditanya mengenai hasrat pemimpin DAP yang
akan membangkitkan lagi isu pelaksanaan seni khat dalam mesyuarat Kabinet esok,
Maszlee yang ditemui selepas majlis pelancaran itu berkata beliau bukan anggota
DAP dan meminta soalan itu diajukan kepada anggota DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga
Menteri Kewangan dilaporkan sekali lagi akan membawa usul untuk menilai kembali
pelaksanaan seni khat atau tulisan jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun
Empat dalam mesyuarat Kabinet esok.
Kali pertama membangkitkan isu sama pada 7
Ogos lalu, Lim memaklumkan Kabinet hanya bersetuju pelaksanaannya bukanlah
wajib tetapi pilihan.
BERNAMA ONLINE
PENDIDIKAN SIVIK FOKUS EMPAT NILAI TERAS
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) --
Pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah yang bermula sejak Jun lepas akan
menumpukan kepada empat nilai teras iaitu kasih sayang, kegembiraan, hormat-menghormati
dan tanggungjawab.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dr Mohamed Abu Bakar berkata, berteraskan
empat nilai itu juga, KPM dapat menyediakan topik bersesuaian untuk dimasukkan
dalam mata pelajaran berkaitan.
“Empat nilai teras ini sebenarnya
diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sendiri dengan perbincangan
dengan pakar-pakar yang terlibat.
“Nilai-nilai ini dipecahkan kepada beberapa
topik kecil dengan penumpuan kepada isu berkaitan cabaran masa kini contohnya
masalah sosial, kesihatan, pendidikan seksual, keselamatan jalan raya, hak
asasi sebagai warganegara dan isu perpaduan,” katanya selepas menjadi tetamu
dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, hari ini.
Pendidikan Sivik dilaksanakan selama sejam pada
minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.
Anak-anak di prasekolah pula akan diajar
pendidikan sivik selama 30 minit, dan dalam masa yang sama, pendidikan sivik
turut dilaksanakan dalam perhimpunan dan aktiviti kurikulum.
Dalam pada itu Mohamed menekankan peranan
guru dan ibu bapa dalam menjayakan pelaksanaan pendidikan sivik bagi memastikan
hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat masyarakat
Malaysia yang bertanggungjawab, prihatin dan bertimbang rasa dapat
direalisasikan.
“Peranan paling penting ialah guru kerana
mereka yang akan mengajar di bilik darjah dan kita sudah berikan latihan tetapi
mereka perlu ada semangat kepunyaan serta yakin dengan pendidikan sivik supaya
mereka seronok mengajar, tidak hanya sambil lewa sehingga menyebabkan murid
bosan.
“Ibu bapa pula perlu memainkan peranan
lebih di rumah untuk sama-sama menerapkan nilai sivik ini kerana pencapaian
pendidikan sivik lebih berdasarkan amali dengan bantuan masyarakat sekeliling,”
katanya.
Selain itu Mohamed juga menggalakkan pihak
swasta menyokong hasrat kementerian dengan membantu mempromosikan nilai-nilai
sivik di luar sekolah dengan mengadakan aktiviti berkaitan nilai murni itu.
BERNAMA ONLINE
DISLEKSIA : FAHAMI DAN KESAN DARI AWAL
KUALA TERENGGANU: Usahkan ingin membaca suku kata, ada kalanya memandang huruf ‘b’ bagaikan ‘d’ dan ‘p’ umpama ‘q’.
Ciri-ciri demikian sering dihadapi mereka dengan masalah disleksia namun ia lebih mencabar apabila masalah itu tidak difahami oleh keluarga terdekat malah tidak dikesan oleh guru di sekolah.
Pakar kanak-kanak di sebuah hospital swasta di sini, Dr Salehuddin Sulaiman, berkata pengesanan atau diagnosis awal mampu membantu kanak-kanak itu mengatasi masalah yang dihadapi mereka.
Ibu bapa adalah mereka yang perlu memainkan peranan utama dalam mengesan kelewatan penguasaan pelajaran anak-anak manakala guru boleh melaporkan perkembangan mereka dari semasa ke semasa untuk dinilai sebelum dihantar ke kelas khas dengan kaedah pembelajaran sepatutnya.
“Apa yang paling ketara pada kanak-kanak disleksia adalah pembacaan dan sekiranya pelajar normal membaca secara automatik, mereka (disleksia) pula membaca secara perlahan kerana mereka mengeja di dalam minda.
“Ini kerana otak mereka menumpukan banyak tenaga untuk mengeja, maka aspek pembacaan yang lebih penting, iaitu kefahaman akan terjejas,” katanya kepada Bernama.
Menurut Dr Salehuddin, mereka dilihat seolah-olah boleh membaca, tetapi sebenarnya tahap kefahaman mereka rendah dan apabila otak banyak menghabiskan tenaga untuk mengeja, mereka akan cepat penat dan bosan untuk membaca.
Jadi, mereka akan mula membuat benda lain, seperti mengganggu kawan, atau berbuat bising untuk menarik perhatian.
Dr Salehuddin berkata, disebabkan masalah membaca, pelajar disleksia juga selalunya dilabel sebagai murid bermasalah atau nakal oleh guru yang tidak faham masalah mereka sedangkan mereka sebenarnya boleh dibentuk dengan cara tersendiri.
Dalam menghuraikan secara ringkas keadaan kanak-kanak disleksia itu, beliau berkata bagi kanak-kanak normal, otak mereka mungkin mengambil masa setengah saat untuk menutur ‘baca’ tetapi kanak-kanak disleksia mungkin memerlukan dua saat untuk menghasilkan bunyi ‘ba’ dan dua saat lagi untuk ‘ca’.
Pada masa sama otak disleksia yang berjaya menghasilkan bunyi ‘ca’, mungkin sudah lupa bunyi ‘ba’ dan ini menyebabkan mereka tidak memahami apa yang dibaca.
“Mereka bagaikan perlu ‘berjuang’ untuk membaca dan biasanya dalam tulisan mereka, akan ada huruf yang tertinggal atau salah. Contohnya, ‘mengayuh’ jadi ‘megayuh’ dan ‘ cacat’ jadi ‘cacak’.
“Bagaimanapun, lama kelamaan, dengan adanya latihan khas dan tunjuk ajar, lebih mudah untuk mereka membaca dua suku kata,” katanya.
Ditanya bilakah masalah disleksia akan berakhir, Dr Salehuddin berkata, ia akan kekal sampai hujung hayat namun mereka boleh belajar cara dan strategi untuk mengatasi masalah disleksia mengikut tahap atau pembelajaran yang mereka hadapi.
Tambahnya, disleksia adalah masalah neurobiologi atau berkaitan fungsi saraf otak, bukan struktur otak.
“Masalah kanak-kanak disleksia ialah dalam fonetik (berkaitan pertuturan). Bahagian otak yang mengawal sistem fonetik, neuronnya tak berfungsi,” katanya.
Selain itu, mereka juga mengalami kesukaran dengan konsep dimensi, contohnya tentang dalam, atas, bawah, luar, kiri dan kanan.
Ada sesetengah penghidap disleksia, katanya, yang melihat huruf bergerak-gerak dan ada juga huruf yang seolah-olah ‘berlari’ di sekeliling kertas, menyebabkan kanak-kanak itu mengambil masa yang lama untuk membaca.
“Dan atas sebab itu juga, mereka lambat menyalin tulisan guru atau menyalin nota. Terdapat satu mitos bahawa pelajar disleksia adalah genius. Sebenarnya, tahap kecerdikan mereka adalah sama dengan populasi murid yang normal. Maknanya, kalau dalam populasi pelajar normal, ada 10 hingga 15 peratus yang genius, maka dalam populasi pelajar disleksia juga begitu. Ada yang genius, ada yang sederhana, dan ada yang kurang cerdik,” katanya.
Susulan itu, beliau menasihatkan ibu bapa yang mengesyaki anak-anak mempunyai ciri-ciri disleksia supaya segera membawa mereka berjumpa doktor terutama untuk diagnosis mereka supaya boleh diletakkan dalam program khas disleksia yang disediakan di beberapa sekolah.
BERITA HARIAN ONLINE
Sunday, 11 August 2019
RUKUN NEGARA - KESOPANAN DAN KESUSILAAN : MASIHKAN RELEVAN?
Kalau di zaman penulis membesar di awal 70-an dahulu, rukun negara ini akan terpampang di belakang buku dengan satu tujuan agar anak-anak mengenali dan menghayatinya. Bukan itu sahaja, malah ia dijadikan lagu dan dinyanyikan oleh anak-anak sekolah.
Penulis sendiri masih boleh menghafal Rukun Negara melalui lagu tersebut kerana sering menyanyikannya di sekolah.
Dalam artikel ini, penulis hendak memfokuskan penghayatan muda mudi hari ini terhadap rukun negara yang kelima ini. Banyak kes yang kita baca dan dengar berkenaan sikap generasi muda hari ini yang kurang sedap mata membaca dan melihat dan kurang sedap telinga mendengar.
Antaranya kes pukul emak, pukul guru, tidak memberikan keutamaan kepada penumpang wanita dan ibu mengandung ketika berada di tempat awam dan penggunaan bahasa yang kasar ketika berkomunikasi dengan orang tua.
Namun, dari satu sudut lain, kita puji sikap berani dan lantang generasi muda hari ini. Tetapi yang menyedihkan ialah dek lantaran kelantangan dan keberanian itulah nilai-nilai murni, kesopanan dan kesusilaan telah makin pudar dalam kalangan generasi ini.
Siapakah yang perlu di pertanggungjawabkan? ibu bapa, guru, masyarakat, teknologi atau sistem pendidikan kita. Seolah-olah ramai daripada generasi hari ini sudah tidak tahu jalan menundukkan dan membongkokkan badan ketika melalui orang tua, sudah tidak tahu memberikan salam, sudah tidak tahu bersalam dan berjabat tangan dengan orang tua dan sudah tidak tahu menggunakan kata yang sopan ketika berbicara dengan orang tua.
Pernahkah kita bayangkan generasi apa yang mereka akan hadapi dan pimpin di masa hadapan jika sekiranya pada zaman mereka inipun kita telah dapat melihat susut nilainya kesopanan dan kesusilaan itu sendiri.
Tidak ada lagi generasi muda perempuan yang kalau bergaul dijaga tatetertibnya. Pada zaman 70-an dan 80-an, anak gadis dipesan bila berbicara jangan sampai suara boleh didengari, ketawa jangan sampai didengari dan mengganggu, bila duduk mesti bersimpuh bukan bersila kerana bersila itu hanya untuk anak lelaki.
Bila ayah dan ibu berbicara, wajib dengar dan jangan buat kerja lain. Perkara yang ditegur untuk diperbaiki pasti tidak akan diulangi di kemudian hari kerana generasi ini diajar orang tua itu patut di hormati, guru patut di hormati, ketua patut disegani. Makanya zaman dahulu guru dan ketua kampung itu adalah profesion yang sangat di segani dan dihormati apa lagi sekiranya kita menjadi ketua jabatan.
Di suatu ketika dulu sekiranya kita berbaris menunggu giliran untuk membayar makanan, atau giliran berjumpa doktor atau giliran, akan ada sahaja orang yang muda akan mendahulukan yang tua, pasti yang terkeluar dari mulut si muda “Pakcik / makcik tak apa pakcik / makcik dulu”.
Maka yang tua pun dengan rasa gembira dapat menyelesaikan urusannya dengan cepat dan merasa di hormati. Hari ini generasi muda sudah tidak kisah semua itu, malah sanggup hanya menutup mata melihat orang tua berdiri tanpa tempat duduk dan berbaris lama menunggu gilirannya.
Dimanakah perginya sifat ihsan, adab dan sopan generasi kita? Hilangkah jati diri bangsa Melayu, bangsa Malaysia yang terkenal dengan kekayaan adab dan budinya?
Zaman dahulu apabila anak gadis mencecah 9 tahun sudah mula masuk ke dapur, bila mencecah usia remaja emak-emak sudah boleh mencuci tangan, menyerahkan semua tugas rumah kepada anak gadisnya.
Zaman kini anak gadis sibuk bermain telefon bimbit, menonton tv atau tidur dibilik sedangkan si ibu diusia tua masih sibuk dan penat menguruskan hal-hal rumah. Dimanakah nilai seorang ibu dimata generasi hari ini?
Apakah ibu itu hanya untuk melahirkan mereka ke dunia? menyediakan makanan dan mereka menjadi tuan menunggu semua disediakan untuk mereka. Apakah kemahiran menguruskan rumah tangga ini sudah tidak diperlukan oleh generasi muda hari ini lantaran perkembangan teknologi dan peningkatan tahap pendidikan di kalangan anak anak perempuan?
Hasilnya kita akan dapat melihat bila si ibu sakit atau meninggal dunia, maka rumah menjadi tidak teratur, busuk dan hilang serinya.
Dahulu kala sekiranya kita memandu dan dihadapan kita majikan kita yang memandu, atau guru kita yang memandu, sekiranya kita dalam keadaan ingin cepat, dan perlu memotong keretanya pasti kita akan membunyikan hon dan mengangkat tangan sebagai tanda dan pemberitahuan kita perlu pergi dulu.
Kini pekerja selamba membawa kereta laju mendahului majikannya tanpa memberikan hormat. Malahan ada pelajar yang selamba memotong kereta gurunya dengan laju. Dahulu subjek sivik di adakan di sekolah-sekolah dan banyak kempen kempen yang dijalankan untuk menanam semangat kesopanan seperti ‘kempen Berbudi Bahasa’.
Kita boleh melihat iklan-iklan di televisyen yang mengajak masyarakat mengamalkan kesopanan, kita boleh mendengar ceramah yang mengingatkan pentingnya berbudi dan berbahasa.
Mungkin perkara ini kita nampak remeh berbanding masalah negara yang lain tetapi adab, kesopanan dan kesusilaan inilah yang akan menentukan sama ada generasi hadapan generasi yang menghormati undang-undang, generasi yang menghormati rakannya, masyarakatnya, majikannya, generasi yang berintegriti dan di segani sudut adabnya dan sopannya.
Moga satu hari nanti generasi yang kita tinggalkan bukan generasi yang lupa adat, lupa adab dan lupa kesopanan dan kesusilaan dan yang lupa bahasanya. Haruskah kita mengajak mereka menghayati dan jatuh cinta dengan rukun negara yang kelima ini?
Masih relevankah rukun negara kelima ini untuk generasi muda?
Kalau bertanak dengan menggulai
Mengacau gulai pecah isinya
Kalau gelak nak jangan mengilai
Kalau mengilai rendah budinya
Jangan suka nak merapah pagar
Merapah pagar kaki terpuruk
Jangan suka nak berkata kasar
Berkata kasar budinya buruk
Biar orang mencabut cendawan
Kita mencabut padi kan mati
Biar orang berebut bangsawan
Kita berebut budi pekerti
Jennifah Nordin
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)