Saturday 10 August 2019

TAUFAN LEKIMA : KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEDIA PERUNTUKAN KECEMASAN

KUALA LUMPUR: Kerosakan yang berlaku pada 329 sekolah dan institut pengajian yang dilaporkan dianggarkan bernilai RM20 juta berikutan tempias Taufan Lekima melanda sebahagian Semenanjung malam tadi.
Susulan itu, Kementerian Pendidikan menyalurkan peruntukan kecemasan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, daerah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta agensi berkaitan bagi memastikan kerja pembaikan dapat dilaksanakan segera.
“Secara keseluruhan sebanyak 314 sekolah mengalami kerosakan termasuk tujuh kompleks kuarters, lima buah institut latihan dan empat institut pendidikan tinggi awam (IPTA),” kata kementerian itu dalam kenyataan media, hari ini.
Negeri yang paling banyak mengalami kerosakan sekolah dan premis institut pendidikan ialah Kedah (115 sekolah), tiga kompleks kuarters, sebuah institut latihan dan dua IPTA.
Ia disusuli Pulau Pinang (101 sekolah), kompleks kuarters (empat) dan dua buah institut latihan manakala di Perlis membabitkan 58 sekolah, Selangor (32 sekolah) dan sebuah IPTA, Terengganu (tujuh sekolah) dan sebuah institut latihan.
Sementara itu, sebuah IPTA dilaporkan mengalami kerosakan di Perak manakala di Pahan pula hanya sebuah sekolah rosak akibat ribut berkenaan.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment