Saturday 10 August 2019

70 SEKOLAH DI KEDAH ALAMI KEROSAKAN


Foto BERNAMA

Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Sebanyak 70 sekolah dan kuarters guru di sembilan daerah di negeri ini terjejas dalam kejadian ribut dan angin kencang, malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Dr Salmee Said, berkata kebanyakan kerosakan adalah membabitkan bumbung dan siling bangunan yang tercabut.
“Sekolah di daerah Kota Setar paling banyak mengalami kerosakan iaitu sebanyak 20 sekolah, diikuti Yan (16) dan Bandar Baharu (12).
“Selain itu terdapat sekolah di Kubang Pasu, Baling, Padang Terap dan Pendang turut mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Salmee berkata di Langkawi pula, terdapat laporan bumbung kuarters guru di Kuah turut tercabut selain berlaku pokok tumbang.
Anggaran kerugian kerosakan di semua sekolah yang terjejas masih dalam penilaian.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment