Sunday, 31 May 2020

TAK SEMUA KENA UJIAN CALITAN BILA SEKOLAH BUKA

BAGAN SERAI: Tidak semua guru dan murid perlu jalani ujian calitan COVID-19 apabila sesi persekolahan dibuka nanti, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Noor Azmi berkata, ujian calitan itu tidak diwajibkan ke atas semua dan hanya dikhususkan kepada kumpulan sasar sekiranya mereka iaitu guru atau murid, tersenarai dalam kontak rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai gejala atau disahkan positif wabak COVID-19.
"Swab test ini tidak semestinya dilakukan ke atas semua orang.
"Di Malaysia kita ada kira-kira 30 juta orang dan jika bekalan tak cukup, lagilah rakyat panik," katanya ditemui media selepas meninjau keadaan Masjid Jamek Kedai Dua, Kuala Kurau, di sini malam tadi.
Dalam kunjungan itu Noor Azmi meluluskan peruntukkan berjumlah RM25,000 untuk tujuan membaikpulih siling masjid berkenaan yang bermasalah.
Hadir sama, Pengerusi Masjid, Burhanuddin Salleh.
Tambahnya lagi pihak KKM tidak merangka sebarang SOP kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sekiranya sesi persekolahan dibuka sebaliknya SOP dirangka dan ditentukan sendiri oleh pihak kementerian berkenaan.

BERITA HARIAN ONLINE

Saturday, 30 May 2020

COVID-19: TEMUDUGA DALAM TALIAN KAEDAH TERBAIK UA KENAL PASTI CALON PELAJAR

Temuduga dalam talian antara pendekatan terbaik universiti awam untuk kenal pasti calon pelajar yang layak diterima melanjutkan pengajian
Temuduga dalam talian antara pendekatan terbaik universiti awam untuk kenal pasti calon pelajar yang layak diterima melanjutkan pengajian
KUALA LUMPUR: Temuduga dalam talian adalah antara kaedah terbaik dilaksanakan universiti awam (UA) ketika wabak COVID-19 ini, bagi mengenal pasti calon pelajar yang layak diterima melanjutkan pelajaran.
Presiden Persatuan Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Raja Shah Erman Raja Ariffin, berkata temuduga itu dibuat terhadap calon yang memenuhi kriteria minimum dan disenarai pendek Jawatankuasa Pemilihan Universiti.
Beliau menjelaskan, tidak semua universiti menjalankan temuduga bagi kemasukan pelajar, selain hanya membabitkan kursus tertentu saja.
"Berdasarkan maklumat diterima, tidak sampai 50 peratus UA yang melaksanakan sesi pengambilan secara temuduga dan ia juga membabitkan kurang 25 peratus daripada program pengajian yang ditawarkan.
"Antara kursus yang memerlukan sesi temuduga adalah seni bina, sains kemanusiaan, sains sukan dan program pengajian teknikal seperti teknologi maklumat (IT).
"Jika ada keperluan untuk melihat fizikal calon bagi program pengajian tertentu, maka ia boleh dinilai melalui rakaman video atau sidang video yang diadakan," katanya kepada BH, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pelaksanaan temuduga secara atas talian yang akan dilaksanakan UA ke atas calon pelajarnya, susulan penularan COVID-19 ketika ini.
Raja Shah Erman memaklumkan, kebanyakan UA akan mula melaksanakan temuduga dalam talian itu minggu depan, justeru pihaknya belum menerima maklum balas berhubung hasil kaedah berkenaan.
Mengenai masalah capaian internet dalam kalangan calon, beliau berkata, isu itu tidak timbul kerana berdasarkan panduan temuduga berkenaan, calon perlu menyediakan rakaman video resume bagi latar belakang diri, portfolio dan tugasan ringkas yang mengambil masa kurang 15 minit.
"Video berkenaan perlu dimuat naik dan ada juga pelaksanaan ujian dalam talian menggunakan Google Meet serta kaedah lain.
"Walau apa pun, UA sudah mengambil kira semua aspek untuk tidak menyukarkan pelajar melalui kaedah ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, mengakui akan wujud perbezaan antara temuduga dalam talian berbanding secara bersemuka, antaranya panel kemungkinan kurang dapat menilai bahasa tubuh dan emosi calon.
"Selain itu, ia juga mungkin akan menghadkan peluang panel bertanyakan banyak soalan secara spontan, yang mampu menilai kualiti calon, contohnya pengetahuan mengenai isu semasa yang berkaitan dengan pengajian dan keperluan masa depan," katanya.
Justeru katanya, pihak UA perlu memastikan kualiti calon yang dipilih melalui temuduga dalam talian adalah sama dengan yang dijalankan secara bersemuka.
"Universiti boleh menumpukan kepada strategi seperti mengemukakan soalan atau kaedah temubual yang lebih efektif bagi mencungkil potensi dan kemampuan sebenar calon.
"Kaedah temuduga sedia ada perlu ditambah baik kerana dalam talian ini adalah pendekatan baharu yang perlu dilaksanakan dan kita jangkakan, lebih banyak urusan universiti akan dilaksanakan menggunakan kaedah itu terutama ketika PKPB masih berjalan," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

SUKAN, PENDIDIKAN BERPELUANG KEMBALI 'BEROPERASI'

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
PUTRAJAYA: Sektor sosial seperti sukan dan pendidikan, berpotensi 'dibenarkan' beroperasi semula, sekiranya kadar kes baharu penularan tempatan COVID-19 kekal mencatatkan dua atau satu angka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertimbangan untuk memberikan lebih banyak kelonggaran itu dapat dibuat memandangkan penularan jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan dapat dikawal.
"Selepas lebih 24 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, kita nampak disiplin sosial dalam kalangan masyarakat semakin meningkat dan kekal utuh.
"Memasuki tempoh seminggu selepas raya juga kita lihat kes membabitkan rakyat Malaysia yang positif jangkitan COVID-19 adalah hanya 10 kes.
"Ia petanda positif. Kita harap untuk minggu berikutnya dalam musim perayaan Aidilfitri ini, kes baharu COVID-19 kekal pada satu atau dua angka.
"Jika ia dapat dicapai, pada 9 Jun nanti, kita akan lihat pendekatan menyeluruh untuk buka lebih banyak sektor dan berikan kelonggaran bersesuaian," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

BERITA HARIAN ONLINE

KEPUTUSAN UPU DIUMUM RABU INI

KEMASUKAN pelajar baru UPU diumumkan, Rabu ini. Gambar hiasan
KEMASUKAN pelajar baru UPU diumumkan, Rabu ini. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda akan diketahui Rabu ini.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataannya memaklumkan ia membabitkan kemasukan ke universiti awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Individu yang memohon boleh menyemak status bermula jam 12 tengah hari, pada hari berkenaan melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.
"Sebanyak 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM diterima dan calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA," kata kenyataan itu.
Selain menerusi UPUPocket 2.0, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my dan http://jpt.uum.edu.my.
"Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.
"Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan," katanya.
Katanya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.
"Bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.
"Bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan," katanya.
Kenyataan itu menjelaskan, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.
"Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan 'Hotline' mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
"Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan," katanya.
Berdasarkan lampiran disediakan, pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober depan sementara kategori lain bermula pada 5 Julai hingga 4 Januari tahun depan.
BERITA HARIAN ONLINE

Friday, 29 May 2020

PELBAGAI PERKARA DIPERHALUSI SEBELUM SEKOLAH DIBUKA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.
"Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?"
"Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana," katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan membabitkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.
Semua perkara itu, katanya antara hal yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.
Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu bertujuan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.
"Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan... inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa," katanya.
Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa.
"Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan ... yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya," katanya
BERNAMA ONLINE

HANYA 19 PERATUS PILIH ALIRAN SAINS

PENGERUSI National STEM Movement, Prof Datuk Dr Noraini Idris.
PENGERUSI National STEM Movement, Prof Datuk Dr Noraini Idris.
KUALA LUMPUR: Kaedah pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) perlu dikendalikan secara menarik bagi memastikan lebih ramai pelajar meminati serta memilih bidang itu sebagai aliran ke universiti.
Pengerusi National STEM Movement, Prof Datuk Dr Noraini Idris, berkata pendekatan itu penting bagi meningkatkan jumlah pelajar yang mengikuti STEM memandangkan berdasarkan statistik, hanya 19 peratus daripada kira-kira 447,000 calon yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) memasuki aliran sains apabila menjejakkan kaki ke Tingkatan Empat.
Disebabkan keadaan itu, katanya, banyak kuota pengajian membabitkan STEM di universiti tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan calon dari aliran terbabit, sekali gus tidak mampu menghasilkan lebih ramai tenaga pakar bidang.
"Malaysia perlu melaksanakan lebih banyak usaha bagi memastikan pembudayaan STEM mampu bergerak setanding kemajuan negara luar dalam bidang itu, antaranya dimulakan dengan menggalakkan minat generasi muda.
"Usaha ini turut mampu memacu Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara dengan lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara sempena Hari Cahaya Malaysia yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasmi Apadilangit, semalam.
Program itu diadakan bagi meraikan Hari Cahaya Malaysia dan Hari Cahaya Antarabangsa bertujuan meningkatkan kesedaran global mengenai pencapaian sains cahaya dan aplikasinya, selain kepentingan aspek berkenaan kepada manusia.
Noraini berkata, tenaga pengajar perlu menjadi lebih kreatif dengan mempratikkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar kelas melalui lawatan, penerangan berdasarkan sumber alam sekeliling yang berkait rapat dengan STEM dan mengaplikasikan pendidikan interaksif.
Tenaga pengajar, katanya, harus memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan eksperimen, terutama ketika di rumah bagi mendalami ilmu STEM agar berupaya mencipta sesuatu.
Mengulas lanjut, katanya, ibu bapa perlu memberikan sokongan dan galakkan penuh kepada anak-anak untuk menceburi STEM kerana bidang itu memberi masa depan cerah daripada aspek ilmu pengetahuan, peluang kerjaya dan pulangan pendapatan menguntungkan.
"Ibu bapa boleh mengambil peluang meningkatkan minat anak-anak kepada STEM ketika situasi sekolah ditutup akibat COVID-19 kini dengan mengadaptasikan penggunaan teknologi di rumah untuk mengakses input.
"Kita mahukan anak-anak ini bagus dalam menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif dan kritis, malah mencari penyelesaian menerusi eksperimen, ini juga ciri diperlukan apabila mereka menceburi bidang pekerjaan kelak," katanya.
Sementara itu, Noraini berkata, National STEM Movement sebagai penggerak bidang terbabit turut melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memupuk minat generasi muda, terutama pelajar sekolah.
Katanya, antara pendekatan itu adalah menjalankan projek mentor mentee yang menyaksikan pembabitan penuntut universiti turun padang ke sekolah untuk mempromosi tarikan STEM dan membantu penguasaan pelajar dalam bidang itu.
National STEM Movement, katanya, turut menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dengan melantik duta STEM dalam kalangan penuntut universiti bagi berkempen mengenai tarikan dan kepentingan bidang itu.
"Saya juga sentiasa memohon kepada semua universiti, sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakan STEM supaya melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan anak-anak kita meminati bidang ini," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

LAKSANA SISTEM PENGGILIRAN DI SEKOLAH

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock.NSTP/AIZUDDIN SAAD
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan sistem penggiliran dilaksanakan jika sekolah dibuka semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock, berkata antara yang boleh dilaksanakan Kementerian Pendidikan adalah penggiliran tiga hari pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah dan bakinya secara dalam talian di rumah.
"Pecahan pelajar bagi satu kelas pula adalah antara 10 hingga 15 orang mengikut saiz kelas dan melaksanakan kelas secara penggiliran.
"Sebagai contoh, sebuah kelas yang mempunyai 30 pelajar, 15 pelajar boleh hadir ke kelas manakala bakinya secara dalam talian di rumah dan ia dilaksanakan secara bergilir.
"Bagi mengatasi masalah nisbah guru dan pelajar, guru boleh mengaplikasikan gaya interaksi yang berbeza supaya supaya proses PdP berjalan dengan berkesan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Mengulas mengenai mata pelajaran pula, Harry berkata, semuanya perlu diteruskan seperti biasa namun jumlah jam interaktifnya perlu diubah mengikut kesesuaian dengan subjek teras dan elektif.
Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Sukimin Juki, berkata sekolah hanya boleh dibuka semula jika isu COVID-19 selesai sepenuhnya.
"Difahamkan, sekolah dibuka secara berperingkat dengan keutamaan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
"Jika bagi hanya yang akan menduduki peperiksaan utama, jumlah pelajar di dalam kelas tidak menjadi isu besar kerana mereka boleh dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian bilik darjah dengan mematuhi penjarakan sosial yang dibenarkan.
"Mereka mungkin boleh menggunakan kelas pelajar lain yang masih belum dibenarkan ke sekolah. Justeru, guru perlu kreatif melaksanakan PdP dan menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada proses PdP," katanya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan kerajaan akan memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama untuk ke sekolah apabila sesi persekolahan dibuka nanti.
Ia membabitkan mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.
Sambil memberi jaminan pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua minggu lebih awal, Muhyiddin berkata, ini untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi.
BERITA HARIAN ONLINE

TRAIN TEACHERS AND PROVIDE ADEQUATE RESOURCES


Students and teachers have no choice but to stick to online learning for the time being. 

LETTER: With the uncertainty of when schools will reopen, students and teachers have no choice but to stick to online learning for the time being.

I have three daughters learning online at the secondary and university levels.I notice that some teachers are putting a lot of preparation on the learning materials while some are adapting and moving the physical classroom to the online platform.

Children need a high level of self-discipline while attending online sessions. Many students switch off their video and no one knows if they are paying attention.

Some lessons are less interactive with little or no participation from students even though the teacher tries to ask questions.

Teachers can creatively use technology and multiple media such as online quizzes, video and chat rooms to interact with them.

Students are also encouraged to contribute to the learning process.

It is understandable the struggle that teachers need to go through as many have not had adequate training for online teaching.

The government should provide training to teachers to achieve its effectiveness. Emphasis should be given to improving the teachers' pedagogy skills so that students stay engaged virtually.

A model teacher can demonstrate on YouTube on how to deliver lessons for different subjects. Supporting lesson materials should be developed as they are different from classroom learning

The government should also invest in hardware and software to enhance the learning process.

A software portal should be created to manage the homework and online tutoring.

The Education Department must assign senior teachers to help monitor the quality of teaching. Feedback should then be given to teachers on ways to improve.

While school is suspended, the learning should continue. I hope the Education Ministry and industry players will continue to develop content and syllabus that fit the Malaysian context. After all, online learning is the new normal.

STALWART MALAYSIAN
SELANGOR


NEW STRAITS TIMES ONLINE

Sunday, 24 May 2020

ONLINE WAY TO BOOST STEM EDUCATION



THE coronavirus may have forced Malaysia's schools to temporarily close, but when they reopen, science and technology learning will be firmly back on the government's education agenda with the nation's future set to be defined by STEM learning (Science, Technology, Engineering and Mathematics).

The National Council for Scientific and Research Development reported in 2018 that Malaysia would need 500,000 scientists and engineers by this year to cope with the challenges of the Fourth Industrial Revolution. However, at that point, it had only 70,000 registered engineers.

Exacerbating that problem is a shortage of students taking up STEM subjects at university. The government is trying to boost STEM education through its Malaysia Education Blueprint 2013-2025 that seeks an enhanced curriculum, the testing and training of teachers, and the use of blended learning models.

However, as a young country in which the average age is around 30, and with Internet penetration now as high as 82 per cent, Malaysia may have an ace up its sleeve as it seeks to bolster STEM learning in schools.

Of course, there's no substitute for face-to-face teaching, but where schools, whether through lack of staff or resources, struggle to teach a full range of subjects such as Computer Science or Advanced Mathematics, they can look to online learning platforms to connect students to teachers around the world offering these subjects in virtual classrooms.

By leveraging cloud-based classrooms, supported by staff on the ground in schools, it is possible for Malaysia to move quickly to widen access to internationally recognised, high-quality education.

Online tools can also provide the opportunity for Malaysian schools to introduce blended learning.

These platforms, which provide teachers with entire subject courses broken down into individual lessons they can plan out, allow them to set tasks and track pupils' progress online.

Even when a school has fully- trained teachers across all STEM subjects, using online tools to flip classrooms greatly reduces the time teachers need to spend on course preparation, marking and reporting, freeing them up to focus on teaching in the classroom and guiding the learning experience for students.

For students, this means more face-to-face time with their teachers in class, and with many learning activities done online, it means more time in school to collaborate with their peers, all of which helps increase engagement by bringing complex STEM subjects to life.

While Internet access is still not even throughout the country and with schools turning to online learning during the Covid-19 pandemic, this will only further underscore the need to close the digital divide.

The capacity of online learning to boost STEM education from an early age can play a key role in preparing the next generation of Malaysians for the rapidly-changing job market they will face.

Students who can access online learning platforms will not only have a new window into STEM learning, but also gain practical experience of collaborative, digital technologies that promote self-direction and independence in learning.

All around the world, artificial intelligence and automation are transforming the job market and rendering many of the jobs we know obsolete, while creating new jobs that could not have been imagined before.

If Malaysia's students are to gain the skills to not only survive, but thrive in tomorrow's world of work, they cannot afford to lose another minute.

Every day they are not receiving STEM education is a day they will never get back.

Online learning can be a powerful ally for Malaysia's brilliant young minds as they stand ready to face a world that has just been turned upside down right at the beginning of what could have been, and still can be, a brave new decade.

Darren Jensen
Regional Director Asia,
Pamoja Education,
an education technology company based in Oxford, the United Kingdom

NEW STRAITS TIMES ONLINE

Friday, 22 May 2020

50 GURU KALI PERTAMA NYANYI KOIR SECARA ALAM MAYA

Buat kali pertama, seramai 50 orang guru termasuk pensyarah dan pesara guru bekas penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur mendendangkan lagu keramat 'Kami Guru Malaysia' secara alam maya
JERANTUT: Seramai 50 guru termasuk pensyarah dan pesara guru dan bekas penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur mendendangkan lagu keramat 'Kami Guru Malaysia', buat kali pertamanya, secara alam maya.
Lebih menarik, ia dinyanyikan secara koir dan diiringi piano yang dimainkan oleh Pengarah Muzik Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail.
Ketua Jabatan Pendidikan Muzik, IPGKIK, Nik Rozalind Nik Hassan, berkata cadangan itu tercetus menjelang beberapa hari sambutan Hari Guru Tahun 2020, memandangkan sambutan tahun ini tidak diadakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, rakaman itu dilakukan dalam tempoh tiga hari secara dalam talian oleh 50 guru bekas penuntut kursus muzik diI PGKIK, Cheras, Kuala Lumpur.
Alumni IPGKIK, Raja Nadiah Raja Zaharuddin Shah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Penchala, Kualu Lumpur, berkata bagi memeriahkan sambutan hari guru tahun ini, cetusan cadangan koir secara alam maya itu mendapat sokongan penuh daripada rakan alumni IPGKIK yang berada di merata tanah air.
"Kami berhubung dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan berbincang untuk mewujudkan koir hari guru secara alam maya itu.
"Idea itu tercetus dari cadangan seorang guru di Ipoh, Perak dan disokong penuh oleh Ketua Jabatan Muzik, IPGKIK, Nik Rozalind Nik Hassan," katanya.
Katanya, cadangan ini turut mendapat sokongan, Mokhzani yang sudi memainkan piano lagu 'Kami Guru Malaysia' kerana beliau juga adalah alumni IPGKIK dan bekas guru sebelum ke RTM.
Seorang pesara guru, alumni IPGKIK, Amir Hamzah Nordin dari Jerantut, Pahang yang turut dipelawa untuk menyertai kumpulan koir itu menyifatkan idea itu sungguh menarik.
"Saya begitu seronok dan teruja apabila diundang oleh rakan lama untuk bersama-sama menyanyi secara koir dalam alam maya buat kali pertamanya.
"Kebetulan, Mokhzani yang mengiringi kami, memainkan piano itu adalah rakan sekursus semasa di IPGKIK pada tahun 1980-1981," katanya.
Amir Hamzah berkata, apabila siap tidak sangka hasilnya menakjubkan kerana dalam masa begitu singkat dapat mewujudkan koir alam maya yang pertama di Malaysia menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia' sempena hari guru," katanya.

BERITA HARIAN ONLINE

Thursday, 21 May 2020

PARENTS WORRY ABOUT DISRUPTIONS IN THEIR KIDS' EDUCATION

The announcement that schools across the nation will reopen soon for Form 5 and Form 6 students drew mixed reaction from parents with children in non-exam classes.

While some think the move is in line with health guidelines, others worry about the long-term disruptions to their kids' education.

As a mother of three, Malini Eaganthan is worried about how the pandemic has affected her children's education.

"My kids have never failed to complete their online work, but without physical classes, I'm worried about the development of skills such as experimentation, exploration and creativity."

"I'm also concerned about how the Year 6 and Form 3 students will be evaluated. I don't think the work submitted online should be counted because it's done with the parents' guidance so it's not 100 per cent their effort.

"Sometimes, I feel like I'm working 24/7. Many mothers are currently struggling to balance their career and children's education."

Teachers have done an exemplary job in the situation, she said but the result is not the same as face-to-face learning.

"I'm unsure of how well the kids understand the lessons. I noticed that the teachers and the children would grow restless after an hour of lessons."

Malini feels that the Education Ministry should consider enhancing the online teaching methods.

"Online classes should be reorganised and held frequently. Since they can be recorded, the kids who are unable to join the lessons can view the videos at another time.

"For standardisation, the ministry can create a special system for teachers to upload their lessons and students to submit their work. This way, students who fail to do so can be traced.

"The ministry should also consider giving computers to students from the B40 group," said the founder of four kindergartens.

For Dr Roslinda Alias who has three school-going children, the announcement that schools will only reopen to exam classes came as a relief as it can minimise the risk of infections.

"Dealing with hundreds or thousands of youngsters at one time will put a huge burden on teachers and administrative staff to follow the Health Ministry's guidelines.

"On the other hand, not reopening the schools entirely may pose problems to working parents. Who will take care of their children, especially the younger ones?"

During the MCO, open and distance learning (ODL) has become a big part of parents' lives, she said.

"My husband and I regularly track our kids' learning progress, so that they will not be left behind. We are fortunate to have good equipment and internet connectivity. The real concerns here are families without laptops or internet connection which may impede the children's learning."

According to Roslinda, educators must understand that remote learning can be conducted via various platforms.

"For instance, the Education Ministry used TV Pendidikan to cater for the disadvantaged students in this pandemic.

"Not everything has to be done online. An increased exposure to electronic gadgets may lead to health issues including eyes strain and stress. Educators may also face similar situations which can lead to inefficient learning processes."

Moving forward, schools must involve parents in the learning elements and provide socio-emotional support for students, she added.

"Teachers can work together with counsellors in identifying students who are in need via a close relationship with parents."

Another mother, Wan Lydiana Wan Abdul Aziz welcomed the decision for other students to continue learning from home. She is a housewife with children aged 4, 10 and 15.

"The current distance learning methods are good enough to keep the students occupied and up-to-date with their lessons, but it still lacks interaction and personal touch to ensure that the child truly understands the lessons taught."

She noted that children are prone to various distractions at home.

"I'm concerned they might be left behind as learning from home has a very different environment.

"Tending to numerous chores at home, parents cannot fully focus on the children's online classes. With a small child, I find it challenging to juggle homeschooling with housework and other tasks at hand. Not everyone can handle it well."

Schools need to be more engaging with parents and students via all learning platforms, said Wan Lydiana.

"I think video calls are effective as they can see teachers and other students face to face and there are immediate interactions. Teachers have to be more consistent in conducting the classes.

"Meanwhile, the ministry should take all the necessary measures to ensure the education of the students are not greatly affected, and at the same time, ensure that students' health are taken care of."

According to a father to two children, Raymus Yu Wing Fatt, allowing students from non-exam classes to continue to learn remotely is the right move from the health aspect.

"I would feel extremely nervous and anxious for my child's safety and health at school and also the risk that my child might bring the virus to the family and infect everyone."

However, online education has its pros and cons, he said.

"While it is a safer option and prevents the risk of transmission, there are also flaws namely poor internet access or the issue of lazy students that do not have the motivation to complete their assigned school work. I think these would definitely affect students' knowledge and grades," said Raymus.

NEW STRAITS TIMES ONLINE

P. PINANG TUBUH TASK FORCE BANGUNKAN SISTEM PENDIDIKAN DALAM NORMAL BAHARU


Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan sebuah Task Force Program Komputer e-Pembelajaran bagi membangunkan sektor pendidikan dalam normal baharu sekali gus memastikan pendidikan anak di negeri ini tidak terjejas.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata menerusi task force itu, sebanyak enam inisiatif diperkenalkan iaitu skim pinjaman peranti komputer, skim pemberian komputer terpakai, sokongan teknikal dan penyelenggaraan, program latihan literasi komputer, pemerkasaan komuniti melalui e-dialog dan e-forum serta pembelian peranti komputer pada harga diskaun dan pembayaran ansuran tanpa faedah.

"Dalam normal baharu, sebahagian aktiviti pendidikan terpaksa dikendalikan dalam talian. Namun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi antaranya kemudahan internet, kekurangan perantian serta perkakasan yang sesuai, literasi komputer dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru.

"Di bawah task force ini, pelbagai inisiatif bakal dilaksanakan bagi menangani cabaran itu. Kesemua ini adalah untuk memastikan anak Pulau Pinang boleh membuat peralihan kepada sistem e-pembelajaran dengan lancar. Task Force ini terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang berdedikasi," katanya dalam siaran langsung laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, di bawah skim pinjaman peranti komputer, syarikat Intel Malaysia menyumbang RM250,000 untuk pembelian 120 komputer riba, SNS Network (15 komputer riba) dan Lenovo, PITH serta Acer masing-masing menyumbangkan 10 komputer riba bagi tujuan skim itu

"Perkhidmatan penyelenggaraan dan latihan dalam talian juga ditawarkan secara percuma kepada mereka yang mengalami masalah teknikal. Semua butiran selanjutnya boleh rujuk dalam laman Facebook Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh negeri Pulau Pinang," tambahnya.

Mengenai aplikasi PGCare yang dilancarkan pada 15 Mei lepas, Chow berkata, 8,400 premis perniagaan telah didaftarkan sehingga 10 pagi hari ini dengan merekodkan hampir 302,000 'check-in' dan mencapai hampir 170,000 pengguna.

"Saya berharap anda semua akan terus mempraktikkan penggunaan PGCare demi keselamatan kita dan komuniti. Sistem ini bertujuan mengesan kontak dengan pantas jika terdapatnya kes COVID-19 yang baharu. Jika kita dapat mengesan kontak dengan pantas, maka kita boleh mengasingkan kes-kes positif dengan cepat dan seterusnya mengekang perebakan," katanya.


BERNAMA ONLINE

RAKAMAN LIVE BERSAMA YBRS. PENGARAH IPGKTB


Klik pautan di bawah untuk menonton rakaman video


Tuesday, 19 May 2020

LIVE BERSAMA YBRS PENGARAH IPGKTB



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera warga IPG Kampus Tuanku Bainun.

Buat kali kedua, kami bawakan kepada anda live FB istimewa bersama Ybrs. Encik Mohd Saat bin Abas, Tuan Pengarah IPGKTB 

Maklumat lanjut seperti di bawah:

Tarikh: 21 Mei 2020 (Khamis)

Masa: 10 pagi

Laman FB: Ipg Kampus Tuanku Bainun (Pautan: https://www.facebook.com/ipgktuankubainun)

Oleh itu, semua warga IPGKTB iaitu pensyarah, staf dan pelajar dimohon untuk menyertai live FB ini beramai-ramai. Terdapat perkara penting yang ingin dikongsi oleh tuan pengarah. Terima kasih.