Saturday 16 May 2020

COVID-19 UBAH AMALAN PENDIDIKAN - PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui penularan wabak COVID-19 banyak mengubah amalan pendidikan.
Perdana Menteri berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka.
"Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan pelajar.
"Ramai yang menggunakan aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, cikgooTUBE dan Zoom untuk melaksanakan pembelajaran di rumah atau homebased learning.
"Tidak kurang juga cikgu yang menggunakan Whatsapp dan Telegram. Saya diberitahu, ada juga cikgu yang menyampaikan latihan sukan secara online," katanya dalam perutusan Hari Guru yang disampaikan secara langsung di televisyen, hari ini.

BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment