Saturday 16 May 2020

SULTAN JOHOR ZAHIR UCAPAN 'TERIMA KASIH CIKGU'

Poster menarik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru bersempena Hari Guru, yang disambut hari ini.

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sutan Ibrahim Sutan Iskandar menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru bersempena Hari Guru yang disambut hari ini.
Ucapan berkenaan dizahirkan menerusi catatan dan poster yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda.


"Selamat Hari Guru."
"Terima Kasih Cikgu dan Guru. Jasa Anda Sekalian Akan Tetap Dikenang Selamanya," demikian ucapan dan poster yang dimuat naik berserta gambar Sultan Ibrahim.
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menzahirkan Selamat Hari Guru menerusi catatan di laman Facebook baginda dengan menyifatkan tugas seorang guru tidak mudah malah memerlukan kesabaran dan pengorbanan amat besar.
"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai ibu bapa dapat merasa sendiri beratnya tanggungjawab profesion ini apabila menjadi guru ganti buat anak-anak bagi memastikan kelangsungan pendidikan.
"Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik – guru, cikgu, ustaz, ustazah, doktor dan profesor! Jasa anda sebagai pelita anak bangsa akan sentiasa saya kenang dan hargai," titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan.
BERNAMA ONLINE

No comments:

Post a Comment