Saturday 16 May 2020

PM HARGAI GURU CAPAI KEJAYAAN KEBANGSAAN, ANTARABANGSA

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada empat guru yang mencapai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi inovasi yang mereka hasilkan.
Perdana Menteri berkata, guru terbabit ialah Abd Rahman Ali, Lee Saw Im, Norhailmi Abdul Mutalib dan Samuel Isaiah.
"Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Abd Rahman dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom, Selangor.
"Beliau adalah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017, Ikon STEM Kebangsaan 2018, MIE Expert Malaysia, Global Minecraft Mentor dan peserta Global Education Exchange Microsoft Sydney Australia 2020.
"Beliau mencapai kedudukan kelima teratas Cikgu Juara Digital Mydigitalmaker Kebangsaan 2020," katanya sempena sambutan Hari Guru 2020, hari ini.
Perdana Menteri berkata, Saw Im yang juga guru mata pelajaran Kimia dari SMK Seri Bintang Utara menerima Global Teacher Award 2019 dan pernah dinobatkan sebagai pemenang 'Best Science Teacher in South East Asia'.
Katanya, Norhailmi dari SMK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah pula adalah finalis untuk 'Global Teacher Prize 2020'.
"Cikgu Norhailmi adalah seorang guru yang inovatif dalam menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan platform digital," katanya.
Beliau turut mengucapkan tahinah kepada Samuel dari Sekolah Kebangsan (SK) Runchang, Muadzam Shah, Pahang yang disenarai pendek untuk Global Teacher Prize 2020.
"Saya diberitahu pendekatan pengajaran Cikgu Samuel berjaya meningkatkan pencapaian murid di sekolah beliau yang terletak di luar bandar," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment