Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan tidak mahu pelajar cemerlang SPM hanya memfokuskan memasuki jurusan profesional seperti perubatan dan pergigian berbanding menjadi seorang guru.
“Seperti baru-baru ini, kita dapati tidak ramai yang minta mohon ke IPG, sedangkan sebanyak 6,000 tempat ditawarkan.
“Negara memerlukan bakal guru terdiri dalam kalangan pelajar cemerlang bagi membentuk sistem pendidikan berkualiti tinggi,” Majlis Permuakatan Ramadan Menteri Pendidikan Bersama Media di sini hari ini.
Menurut Maszlee lagi, pihaknya juga mendapati kurangnya permohonan ke IPG bagi jurusan Bahasa Mandarin dan Tamil untuk ditempatkan di sekolah jenis kebangsaan (SJK).
“Sebab semua hendak masuk matrikulasi dan akhirnya IPG mengalami kemorosotan pelajar.
“Jadi kita mengalakan pelajar cemerlang yang berminat untuk mengajar agar memohon ke IPG terutamanya dalam Bahasa Mandarin dan Tamil,” katanya.
Pada masa sama, Maszlee menjelaskan, sikap pelajar yang ingin memfokuskan untuk mengambil jurusan tradisional seperti perubatan, perakaunan dan farmasi menyebabkan kekosongan kursus sains yang lain.
Tambahnya, pada tahun lalu, terdapat 5,000 tempat bagi bidang sains seperti kimia, kejuruteraan dan teknologi nano tidak mendapat permintaan pelajar.
“Sedangkan kursus ini menawarkan kerjaya lebih menarik padamasa depan mereka, tiada orang yang ambil.
“Dalam soal ini, bagi pihak kementerian masih belum berjaya mendidik rakyat untuk melihat masa depan lebih mencabar,” katanya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE