Wednesday, 22 May 2019

NUTP DEDAH KOD ETIKA IBU BAPA KEPADA BAKAL GURU

SEBAHAGIAN peserta Seminar Etika dan Profesionalisme Keguruan anjuran pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Universiti Malaya (UM) Kursus Etika, Akhlak dan Perundangan dalam Pendidikan di UM, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) giat memberi pendedahan kepada guru dan bakal pendidik berhubung pelaksanaan 23 Kod Etika Ibu Bapa dan Penjaga sebagai panduan ketika berurusan dengan institusi pendidikan.
Setiausahanya, Harry Tan Huat Hock, berkata kod etika itu diguna pakai sebagai panduan kepada ibu bapa dan penjaga ketika berurusan dengan institusi pendidikan meliputi sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
Katanya, kod Etika Ibu Bapa dilihat membawa kebaikan kepada hak dan kebajikan guru dan pihak sekolah, selain mewujudkan keharmonian dan hubungan baik antara guru dan ibu bapa.
“Kita mahu guru dan bakal pendidik memahami kod etika diusahakan NUTP ini, mencakupi 15 perkara yang perlu dipatuhi manakala bakinya adalah perkara yang perlu dihindari ibu bapa dan penjaga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Seminar Etika dan Profesionalisme Keguruan anjuran pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Universiti Malaya (UM) bagi Kursus Etika, Akhlak dan Perundangan dalam Pendidikan di UM, di sini.
Seminar itu dirasmikan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Seminar itu turut diisi dengan forum ‘Kami Guru Malaysia’, `Tatasusila dan Kod Etika Keguruan’ dan menandatangani kad ucapan ‘Selamat Hari Guru’ sebagai simbolik perasmian majlis penutupan serta penghargaan kepada guru yang hadir.
BH ONLINE

No comments:

Post a Comment