Thursday 4 June 2020

GURU PERLU BERADA DI KAWASAN BERTUGAS HUJUNG MINGGU INI

GURU diminta berada di kawasan bertugas masing-masing mulai Ahad ini. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
GURU diminta berada di kawasan bertugas masing-masing mulai Ahad ini

KUALA LUMPUR: Semua guru dikehendaki berada di kawasan bertugas masing-masing dan bersedia untuk ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan tahun, awal bulan ini.

Berdasarkan surat pemakluman mengenai arahan berkenaan, guru di sekolah dalam negeri Kumpulan A perlu berada di tempat bertugas pada Ahad ini, manakala bagi sekolah dalam Kumpulan B pada 8 Jun ini.

Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa surat arahan bertarikh 4 Jun yang tular di media sosial itu adalah benar.

BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment