Wednesday, 3 June 2020

TIADA ARAHAN MINTA GURU SEKOLAH MULAKAN TUGAS

KUALA LUMPUR: Tiada arahan untuk guru sekolah memulakan tugas setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak mengeluarkan arahan untuk guru kembali bertugas.

"Sekolah masih bercuti, oleh itu Kementerian Pendidikan masih belum mengeluarkan arahan untuk mereka kembali bertugas.
"Tetapi sekiranya, mereka kembali secara sukarela untuk membantu guru besar menyediakan sekolah, ia bukan arahan Kementerian Pendidikan," katanya.
Beliau menjelaskan, arahan sebelum ini adalah kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang termasuk dalam perkhidmatan pengurusan.
"Setakat ini, arahan untuk guru belum lagi," katanya.



BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment