PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama padu kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam melaksanakan inisiatif meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Kementerian itu berkata, Dr Mahathir yang memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan, adalah seorang negarawan yang berpengalaman luas dalam transformasi pendidikan negara.
“Semoga dengan Tun (Dr Mahathir) memangku jawatan ini, akan meningkatkan kecemerlangan KPM dan pendidikan negara,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
KPM sekali gus merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan, berkuat kuasa 3 Januari lalu.
BERNAMA ONLINE
No comments:
Post a Comment