Monday 30 December 2019

APA YANG PERLU ANDA TAHU BILA MASUK TAHUN 2020

Gambar hiasan

Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula.
Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan

Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.
Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang

RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu.
Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. *Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal*

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan
Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)

Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso
Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama
Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama

Sistem cukai petak di Kuala Lumpur
Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal

Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing
Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital

Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4)
Pelajar Tingkatan Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka

Rakyat Sarawak nikmati air percuma
Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti

RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka
Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1

Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir
Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir

Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan
Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan

Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis
Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan

Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai
Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras

Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan
Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00

Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta

Program Subisidi Petrol (PSP) bersasar
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal

Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso
Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka

Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor
Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan

Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor
Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.

ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment