Pupuk budaya membaca
Agak membimbangkan apabila laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 menunjukkan aktiviti membaca bukan lagi hobi digemari. Laporan mewakili 388,638 pelajar berusia 15 tahun di negara ini, mendapati mereka hanya membaca apabila terpaksa atau untuk tujuan tertentu, bukannya kerana minat.
Apakah ini mencerminkan generasi muda kita semakin jauh dengan buku? Kita percaya dalam keadaan dalam keadaan bahan bacaan lebih mudah diperoleh termasuk dalam bentuk e-book, sepatutnya budaya membaca lebih meningkat. Apakah motto ‘membaca jambatan ilmu’ sudah tidak lagi relevan?
Membaca tidak semestinya banyak. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, membaca akhbar setiap hari pun sudah memadai untuk menambah ilmu, memperkukuh penguasaan kosa dan memastikan minda sentiasa aktif.
Kita percaya kerajaan perlu tampil dengan lebih banyak inisiatif untuk menarik minat rakyat membaca. Mungkin boleh diperkenal insentif khusus untuk bahan bacaan termasuk e-book atau akhbar digital. Sekurang-kurangnya ia membantu kerajaan merealisasikan sasaran tempoh 10 tahun bermula 2021 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan dan menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030.
No comments:
Post a Comment