Karnival tiga hari yang turut disertai 92 jurulatih pengiring bagi enam badan dan unit beruniform seperti Pengakap Malaysia, Pandu Puteri Malaysia, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Sulaiman Wak.
Manakala majlis penutup pula akan disempurnakan oleh Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPG Malaysia, Tengku Adli Raja Omar.
Sementara itu, Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana Kagum, Kapten Bersekutu (PA) Mohamad Abdul Latif berkata, peserta akan bergabung tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti induk seperti kebudayaan, permainan tradisi, kawad kaki, gajet, pertolongan cemas, larian komando dan berakit.
Katanya, beberapa aktiviti dalam unit turut diadakan seperti pameran, kraf perkhemahan, permainan tradisi serta kebudayaan yang mampu mengembangkan bakat serta potensi diri siswa guru.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE