Wednesday 12 June 2019

PERKONGSIAN PENCARIAN MAKLUMAT ATAS TALIAN

Sesi Taklimat Pencarian Maklumat Atas Talian untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) ambilan Jun 2019 telah berlangsung pada 12 Jun 2019 di Dewan Tun Hamdan.


Sesi ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Dariah bin Ibrahim (KU Perpustakaan), En. Huzairul Hezri bin Saidin dan dibantu oleh Pn. Siti Aisyah binti Abdullah.

Antara pengisian sesi kali ini adalah penerangan mengenai eLib IPG, u-Pustaka dan pengenalan kepada blog perkhidmatan kesedaran semasa Perpustakaan Za'ba, IPG Kampus Tuanku Bainun.

Para pelajar telah didedahkan dengan kaedah pencarian maklumat secara efektif dan menganalisa kesahihan maklumat bagi menentukan maklumat yang sesuai digunakan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelak.

Selain daripada memberi pendedahan kepada pangkalan data sesi ini juga bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan Za'ba.





























No comments:

Post a Comment