Tuesday 25 June 2019

BEKALAN ELETRIK SEKOLAH, SARAWAK TUNGGU KELULUSAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MENTERI Utiliti, Datuk Seri Stephen Rundi Utom.
KUCHING: Kementerian Pendidikan perlu mempercepat kelulusan melaksanakan bekalan elektrik kepada sekolah rendah di Sarawak.
Menteri Utiliti, Datuk Seri Stephen Rundi Utom, berkata kerajaan Sarawak sudah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk tujuan itu, yang akan dimanfaatkan 110 buah sekolah rendah menjelang 2020.
“Kami akan segera melaksanakan projek itu sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Rundi berkata, bagi fasa pertama yang dirancang tahun ini, kerajaan Sarawak sudah mengenal pasti 21 buah sekolah dengan kerja tinjauan dijalankan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) St Philip Bugu di Serian; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Bangkong, SK St Dunstan, SK St Leo Gayau, SK St Martin di Sri Aman; SK St Barnabas dan SK St John Nanga di Betong.
Selain itu SK St Michael Plassu di Roban; SK St Mark, SK St Matthew Sekuau di Selangau; SJKC Liang Hua, SJKC Ming Wok di Kanowit; SJKC San San, SK St Luke di Dalat; SK St Pius Long San di Baram; SK Ng Entuloh, SK Ng Mujong, SK Lubok Mawang, SK Ng Meluan, SK Ng Tiau, SK Sg Menuan di Kapit.
Rundi berkata, Kerajaan Persekutuan juga wajar menyediakan dana membolehkan kira-kira 200 lagi buah sekolah luar bandar terpencil disambungkan dengan grid elektrik bagi fasa seterusnya.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment