Wednesday 1 July 2020

ADA TIGA MODEL WAKTU PERSEKOLAHAN

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin. - Foto BERNAMA
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memperkenal tiga model waktu persekolahan yang boleh dijadikan panduan oleh pentadbir, mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata model berkenaan ialah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.
Beliau berkata, Model Satu Sesi bagi sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial.
"Model kedua, iaitu Model Dua Sesi bagi sekolah sedia ada yang sudah beroperasi secara dua sesi atau pun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
"Model ketiga, iaitu Model Penggiliran untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid, walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.
"Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini ialah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media, di Putrajaya hari ini.

BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment