Keputusan kerajaan membenarkan pembukaan semula IPT dibuat atas keprihatinan memastikan pengajian pelajar tidak terjejas.
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT), dibuat atas keprihatinan memastikan pengajian pelajar tidak terjejas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata aspek pendidikan dan kesejahteraan pelajar IPT sebagai aset penting dalam memastikan kelangsungan serta kegemilangan negara pada masa depan, sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya.
"Justeru, saya berharap keputusan ini dapat diterima baik oleh semua pihak," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.
"Justeru, saya berharap keputusan ini dapat diterima baik oleh semua pihak," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.
Noraini berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua IPT telah diarah menangguhkan operasi pentadbiran dan aktiviti akademik masing-masing.
Katanya, IPT juga telah diminta membuat penjadualan semula Kalendar Akademik 2020, selain meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
Bagaimanapun dengan mengambil kira keperluan beberapa kategori pelajar yang perlu pulang ke kampus bagi menyempurnakan pengajian mereka, beliau berkata, kerajaan telah bersetuju membenarkan lima kategori penuntut berkenaan untuk berbuat demikian mulai Mei lalu.
"Negara kini berada dalam fasa pemulihan seiring situasi COVID-19 yang semakin terkawal. Fasa ini menyaksikan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi dan perkhidmatan kerajaan secara lebih meluas.
"Terkini, kerajaan turut membenarkan sektor pendidikan untuk beroperasi semula dengan pembukaan sekolah, tadika dan prasekolah.
"Selaras perkembangan ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengkaji semula kesediaan IPT untuk kembali memulakan operasi sepenuhnya berikutan situasi semasa COVID-19 di Malaysia yang semakin terkawal dan beransur pulih," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment