Wednesday 1 July 2020

YUSRAN SHAH DILANTIK KSU PENDIDIKAN

Datuk Yusran Shah Mohd Yusof
Datuk Yusran Shah Mohd Yusof
PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan Yusran adalah bagi menggantikan Datuk Dr Mohd Ghazali Abas yang bersara wajib.


"Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Dr Mohd Gazali Abas atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 34 tahun.
"Diharapkan dengan pelantikan KSU Pendidikan yang baharu ini beliau dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya bagi memastikan sistem pendidikan yang bermutu dan membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dapat dilestarikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yusran, 51, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari Universiti Antarabangsa Jepun dan sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun.
Jawatan pertama beliau dalam perkhidmatan awam ialah sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Januari 1995.
Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, pembangunan sumber manusia dan keselamatan termasuk pernah menjawat Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) di KDN.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment