Saturday 29 August 2020

Wednesday 26 August 2020

KPM TIADA KAITAN PELAKSANAAN UPSR, PT3 DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan maklumat yang tular berkaitan pelaksanaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara dalam talian yang dikatakan akan diadakan pada September dan Oktober depan.
Melalui kenyataan media hari ini, KPM menegaskan kedua-dua peperiksaan itu bukan di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan dan tiada kaitan dengan pihaknya.
"Pada 15 April lalu, KPM mengumumkan bahawa UPSR dan PT3 bagi tahun ini dibatalkan. Bagaimanapun, KPM mendapati sebuah portal menawarkan kedua-dua peperiksaan itu yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020.
"KPM memandang serius perkara ini kerana melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Untuk makluman, KPM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit," katanya.
Sehubungan itu, KPM menasihatkan agar orang ramai, terutama ibu bapa kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 supaya merujuk portal rasmi KPM di http://www.moe.gov.my/ dan portal Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih mengenai peperiksaan dilaksanakan kementerian.
BERITA HARIAN ONLINE

EDUCATION MINISTRY: NO TRUTH IN CLAIMS OF UPSR, PT3 EXAMS THIS YEAR

The Education Ministry has taken actions against those involved in setting up a fake website offering Ujian Pencapaian Sekokah Rendah (UPSR) and Form 3 Assessment (PT3) examinations. - NSTP file pic
The Education Ministry has taken actions against those involved in setting up a fake website offering Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and Form 3 Assessment (PT3) examinations.

PUTRAJAYA: The Education Ministry has taken actions against those involved in setting up a fake website offering Ujian Pencapaian Sekokah Rendah (UPSR) and Form 3 Assessment (PT3) examinations.

The ministry in a statement today said the matter could not be taken lightly as such an act was in violation of the Education Act 1996 (Act 550).

"We (the ministry) have on April 15 announced that UPSR and PT3 for year 2020 have been officially cancelled.

"However, it appeared that an online portal has started offering special UPSR and PT3 exams that students can sit for virtually in September and October.

"These special exams are not under the supervision of the Examination Board and have no relation to the Education Ministry," it said.

The ministry advised the public to obtain verified information from official websites http://www.moe.gov.my/ and (Malaysian Examination Board) http://lp.moe.gov.my/

NEW STRAITS TIMES ONLINE

400,000 PELAJAR DIJANGKA MOHON DUDUKI PKSK

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim.
PUTRAJAYA: Kira-kira 400,000 pelajar dijangka memohon untuk menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan diadakan September hingga Oktober ini, bagi tujuan penempatan ke lima jenis sekolah khusus seluruh negara.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, berkata ia meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita anggarkan kira-kira 200,000 pelajar akan memohon mendapatkan tempat bagi tingkatan satu dan 200,000 lagi untuk tempat di tingkatan empat. Namun, hanya 44,653 tempat keseluruhan disediakan.
"PKSK bagaimanapun tidak akan membabitkan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana institusi itu mempunyai instrumen sendiri pemilihan murid iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)," katanya ketika taklimat media mengenai PKSK di sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk tidak mengelirukan ibu bapa dan orang awam, PKSK bukan bertujuan menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Sebaliknya, katanya PKSK adalah mekanisme saringan pemilihan murid bagi memastikan mereka mempunyai ciri-ciri selaras matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu mengenal pasti potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi kecerdasan intelek, emosi dan rohani.
Mengenai format PKSK, Habibah berkata pentaksiran dimulakan dua tahun lalu itu, kali ini diberi penambahbaikan dengan elemen artikulasi penulisan berbanding dua komponen sedia ada iaitu Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual.
Mengulas lanjut, beliau komponen Kecerdasan Insaniah mencakupi elemen Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Rohani (SQ) dan Kecerdasan Kemahiran Insaniah yang digunakan untuk mengenal pasti karakter murid, di mana murid perlu menjawab 30 item objektif bergred dengan wajaran skor 20 peratus.
Komponen Kecerdasan Intelek pula, katanya mencakupi elemen Kecerdasan Intelektual (IQ), Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah yang digunakan untuk mengukur tahap kognitif murid, dengan murid perlu menjawab 70 item objektif aneka pilihan dengan wajaran skor 70 peratus.
"Elemen baharu iaitu Artikulasi Penulisan digunakan untuk mengenal pasti kebolehan percambahan idea dan tahap kreativiti serta kecenderungan dalam sesuatu bidang.
"Melaluinya, murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk diberi. Panjang karangan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan sekurang-kurangnya 250 patah perkataan bagi kemasukan ke Tingkatan Empat dan murid diberi tempoh masa 45 minit dengan wajaran skor 10 peratus," katanya.
Mengulas komponen Artikulasi Penulisan, katanya ia perlu diselesaikan dalam fasa 1 pentaksiran itu, manakala dua lagi komponen dijawab pada fasa dua dalam satu sesi mengikut tarikh, tempat dan masa ditetapkan.
Habibah berkata, walaupun komponen Artikulasi Penulisan dijawab dalam bahasa Melayu, ujian dalam komponen Kecerdasan Intelek akan turut membabitkan elemen bahasa Inggeris dan sains.
"Murid yang melepasi pentaksiran akan dipilih mengikut jenis sekolah pilihan masing-masing, namun bagi sekolah aliran tertentu seperti SMKA, pelajar mungkin akan penilaian lain mengikut keperluan spesifik institusi terbabit," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

KOMENTAR : DIDIK GENERASI MUDA TAPIS MAKLUMAT MEDIA SOSIAL

- Foto hiasan
Foto hiasan
LEDAKAN teknologi maklumat dengan kelahiran internet dan perkembangan media sosial membentuk satu revolusi yang mengubah segalanya.
Dengan perkembangan teknologi dan telekomunikasi yang menjadikan akses internet lebih murah, laju, canggih dan mudah, menyebabkan sumber maklumat beralih daripada arus perdana iaitu radio, surat khabar dan televisyen kepada dapatan maklumat di hujung jari dengan kecanggihan komputer dan telefon pintar yang menjadi pilihan ramai mutakhir ini.
Orang ramai tidak perlu menunggu di hadapan televisyen dan radio untuk mendengar berita terkini. Majoriti memiliki telefon bimbit pintar yang boleh dibawa ke mana sahaja.
Revolusi maklumat berlaku membawa cabaran besar kepada semua.
Pada era maklumat diperoleh daripada media arus perdana, kerajaan masih boleh mengawal aliran maklumat dengan mudah.
Jika ada radio, televisyen atau surat khabar yang menyalurkan maklumat palsu atau informasi mendatangkan kesan buruk kepada negara, peringatan boleh diberikan dan lesen boleh dibatalkan jika perlu.
Berbeza media sosial dengan sumber maklumat yang datang bukan daripada organisasi dilesenkan. Sesiapa sahaja boleh menyebarkan maklumat, termasuk berita palsu.
Sesiapa sahaja boleh mewujudkan akaun media sosial dan mempunyai pembaca menjangkaui ke angka juta.
Seperti radio, televisyen dan surat khabar mahupun majalah, media sosial menyebarkan maklumat kepada orang awam. Perbezaannya cuma mereka tidak perlukan sebarang permit atau lesen untuk beroperasi.
Realiti terjadi adalah maklumat di media sosial lebih pantas disebar luas dan mempunyai jumlah pembaca yang jauh mengatasi media perdana.
Untuk memastikan diri mereka kekal relevan, media perdana lantas turut serta dalam media sosial.
Menidakkan realiti hanya akan menempah diri mereka untuk pupus daripada industri komunikasi dan maklumat yang semakin mencabar ini. Sama ada akan gulung tikar atau diambil pemilik baharu yang akan segera melakukan tindakan penting beradaptasi kepada dunia media sosial, itulah realitinya.
Realiti baharu dunia maklumat juga menyaksikan berita palsu tersebar lebih pantas daripada sebaran tipikal sebelumnya - perbualan orang ramai yang disampaikan daripada mulut ke mulut.
Dalam masa sejam, maklumat palsu boleh tersebar jauh merentasi radius jarak ratusan kilometer yang sampai kepada ratusan ribu orang.
Selain cabaran sebaran maklumat palsu, doktrin atau ideologi ekstrem kini jauh lebih mudah digerakkan sebagai satu propaganda cukup terancang.
Kita melihat hasil kepantasan dunia maklumat ini yang membentuk gerakan ekstrem Daesh yang sangat radikal, ganas dan kejam merekrut ahli mereka dari serata dunia, termasuk Malaysia yang kemudian menawan sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria.
Cabaran besar ini mendesak kita bertindak. Orang awam perlu dipimpin dan dididik sejak di sekolah rendah berkaitan dunia maklumat tanpa sempadan.
Pendidikan memproses dan menapis maklumat perlu diterapkan dengan pelbagai teknik mengenal pasti maklumat yang sahih atau palsu untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian.
Pelajar sekolah wajar didedahkan pautan laman web kerajaan pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan sebagai satu bentuk latihan membiasakan diri menjadikan sumber maklumat daripada kerajaan sebagai rujukan utama.
Rentetan itu, setiap laman web kerajaan perlu ditambah baik dalam mewujudkan seksyen khas untuk kanak-kanak dalam memberi ruang kepada mereka melayarinya secara santai dan menyeronokkan.
Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.
Mohd Nadzri Kamsin
Ketua Kluster Analitik Data di Institut Darul Ridzuan (badan pemikir kerajaan negeri Perak)

BERITA HARIAN ONLINE

KOMENTAR : PEMBELAJARAN PINTAR LONJAK AKTIVITI PELAJAR

Persekitaran pembelajaran pintar juga merujuk ekologi pembelajaran yang mengamalkan hubung jalin komunikasi menerusi pembelajaran mudah alih. - NSTP/Rohanis Shukri
Persekitaran pembelajaran pintar juga merujuk ekologi pembelajaran yang mengamalkan hubung jalin komunikasi menerusi pembelajaran mudah alih.
MALAYSIA mengalami defisit penghasilan kandungan tempatan, khususnya kerana lambakan kandungan digital luar negara, terutama dari Barat. Kandungan digital termasuklah video, permainan, aplikasi perisian dan animasi.
Menurut laman sesawang Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), penghasilan kandungan digital tempatan meraih RM7.9 bilion untuk pendapatan negara bagi 2017.
Jualan kandungan digital mencecah RM1.42 bilion dengan 11,590 peluang pekerjaan diwujudkan.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TV Pendidikan tidak mampu menampung pembelajaran dalam talian pelajar tempatan
sama ada subjek berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) atau sebaliknya.
Pelbagai rangka kerja kaedah pembelajaran dan adaptasi dilaksanakan. Salah satunya menerusi rangka pembelajaran mudah alih Reka Bentuk, Peluang dan Aplikasi (m-DOA).
Salah satu pendekatan pintar m-DOA ialah pembelajaran konstruktif berdasarkan pengalaman. Melaluinya, pensyarah dilihat sebagai fasilitator, manakala penghasilan kandungan pembelajaran diperkasakan pelajar sendiri sebagai pembangun kandungan digital.
Proses ini merangkumi pembelajaran konstruktif menerusi pengalaman aktif, refleksi terhadap tugasan, konseptualisasi abstrak tugasan mengaitnya dengan prinsip pembelajaran mahupun teori dan strategi baharu untuk diaplikasikan.
Persekitaran pembelajaran pintar juga merujuk ekologi pembelajaran yang mengamalkan hubung jalin komunikasi menerusi pembelajaran mudah alih, dengan penggunaan perkakasan dan peranti mudah alih; kesedaran sosial menerusi penggunaan media sosial untuk komunikasi dalam melestarikan kemampanan pembelajaran pintar dan sambungan rangkaian yang lancar menerusi hubung jalin rangkaian tanpa wayar.
Antara fungsi pembelajaran pintar ialah menyiapkan tugas dan aktiviti harian yang mempunyai nilai tambah untuk kehidupan. Ia dapat menyuntik nilai tambah bermanfaat untuk pekerjaan dan aktiviti seharian.
Pembelajaran pintar memupuk nilai kehidupan bermakna untuk aktiviti - sama ada untuk penggunaan masa lapang, peribadi, atau untuk melakukan tugas berkaitan aktiviti harian pengguna.
Sebagai contoh, pelajar dapat menggunakan telefon pintar untuk meningkatkan kemahiran peribadi seperti mempelajari kemahiran baharu dan menyusun jadual aktiviti peribadi harian. Seterusnya, ia dapat meningkatkan pengetahuan dan pengurusan tugas kerja harian.
Salah satu kelebihan penggunaan telefon pintar adalah kemampuan fungsi multimedia. Terdapat potensi besar untuk belajar kerana semua pelajar universiti di Malaysia memiliki telefon pintar.
Pelajar dapat menggunakan fungsi multimedia pada telefon pintar seperti membuat rakaman video, audio dan fotografi serta untuk penggunaan harian peribadi.
Banyak peluang pendidikan pintar secara pembelajaran mudah alih. Kebanyakan pelajar menggunakan telefon pintar untuk membuat rakaman digital multimedia dan menyelesaikan tugasan mereka seperti di ladang, makmal sains atau tapak arkeologi.
Salah satu penggunaan telefon pintar untuk tujuan pendidikan menerusi pendekatan 'membawa peranti sendiri' (BYOD) yang dapat mengurangkan kos pembelian perkakasan mudah alih untuk belajar.
Pendekatan pembelajaran pintar menerusi perkakasan dan peranti telefon pintar dapat memperkasakan aktiviti pelajar menerusi kepercayaan diberikan. Aktiviti pembelajaran secara kreatif dan inovatif memberi manfaat positif kepada pembangunan kandungan digital multimedia tempatan.
Pelajar dapat berkolaborasi, aktif dan bermotivasi serta lebih seronok membabitkan diri menerusi aktiviti membangunkan kandungan digital multimedia.
Menerusi kaedah pembelajaran pintar, pelajar lebih memahami subjek diajar. Ini ditunjukkan menerusi peningkatan prestasi pelajar menerusi pembangunan digital kandungan multimedia berkualiti.
Justeru, sokongan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penting untuk menyediakan prasarana ekologi pembelajaran pintar seperti penyediaan perkakasan, peranti, latihan, infrastruktur dan kandungan digital tempatan, yang boleh dimiliki rakyat tempatan.
Kesimpulannya, penjanaan aktiviti pelajar menerusi perkakasan mudah alih disyor terus diperkembangkan sebagai salah satu pendekatan mewujudkan pekerjaan baharu terutama bagi anak muda, selain mengurangkan masalah kekurangan kandungan digital tempatan.
Dr Shamsul Arrieya Ariffin
Profesor Madya
Jabatan Komputeran Fakulti Seni, Komputeran, dan Industri Kreatif, 
Universiti Pendidikan Sultan Idris
BERITA HARIAN ONLINE

Tuesday 25 August 2020

SEBUAH SEKOLAH DI KEDAH DITUTUP ANGKARA COVID-19

Dr Noor Hisham ketika sidang media harian di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Dr Noor Hisham ketika sidang media harian di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.
PUTRAJAYA: Sebuah lagi sekolah rendah di Kedah diarahkan tutup berikutan lima kes COVID-19 baharu dikesan membabitkan murid di sekolah berkenaan yang juga dari Kluster Tawar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata murid terbabit dikesan positif selepas membuat pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster berkenaan yang kini menjangkiti 70 individu.
Katanya, hasil siasatan mendapati murid terbabit ialah kontak rapat kepada kes ke 9,197 yang juga murid pra-sekolah yang dilaporkan positif pada 16 Ogos lalu dan berkemungkinan dijangkiti ketika di sekolah.
"Sekolah itu ditutup dan pihak kami sudah jalankan siasatan, berkemungkinan jangkitan itu daripada ibu kepada kanak-kanak terbabit dan kemudian anaknya pergi ke sekolah sebelum menjangkiti rakan lain.
"Pelajar ini dikesan daripada generasi ketiga dalam Kluster Tawar, bukannya dari generasi pertama atau kedua. Kami sedang jalankan saringan mereka yang terdedah dengan pelajar terbabit," katanya pada sidang media, hari ini.
Sehubungan dengan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan pihak sekolah terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pendidikan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu katanya, sehingga kini 3,547 individu sudah disaring dalam Kluster Tawar di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
BERITA HARIAN ONLINE

COVID-19 : KELUAR MASUK PINTU NEGARA


SUMBER : MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN),
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

COVID-19 : SOP SOLAT BERJEMAAH DI MASJID


SUMBER : MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN),
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

OUTBREAK AT KEDAH SCHOOL: ADMINISTRATORS REMINDED TO ADHERE TO SOPs


Health DG Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah addresses the media over the latest Covid-19 cases, during a press conference in Putrajaya. -BERNAMA pic
Health DG Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah addresses the media over the latest Covid-19 cases, during a press conference in Putrajaya.

PUTRAJAYA: School administrations are reminded to adhere to the Standard Operating Procedures (SOPs) set by the Health Ministry and the National Security Council (NSC) to prevent Covid-19 infection among students and staff.

Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said the SOPs cover pre-, ongoing and post-school sessions.

"Parents also play an important role in reminding and educating their children about taking preventive measures against Covid-19 in the school bus, classroom and during sports activities or co-curriculum," he said in a daily press conference on Covid-19, today.

Dr Noor Hisham was speaking following today's announcement that five primary school pupils in Kedah tested positive for Covid-19.

The children, who are linked to the Tawar cluster, were identified through active case detection and close contact screening. It was revealed that the children are close contacts of Case 9,197 – a pre-schooler at the same school.

Dr Noor Hisham said that the school has since been ordered to close.

"There is a possibility that one of the patients was infected by their parent, and later spread the virus to schoolmates. Nevertheless, the investigation is still ongoing."

He said of the nine local transmissions reported today, seven (including five from the Tawar cluster) were reported in Kedah.

One case was a pre-operation patient at Sultan Abdul Halim Hospital who was later transferred to Sultanah Bahiyah Hospital; one was a symptomatic case detected through screening; one was an asymptomatic case registered in Selangor (Person Under Investigation) who was admitted to the Sungai Buloh Hospital; and one in Perlis – a patient with Severe Acute Respiratory Infection (SARI) at Tuanku Fauziah Hospital.

Meanwhile, Dr Noor Hisham said that as of noon today, 3,547 people in the Tawar cluster have been screened. From the tests, 59 positive cases were detected, while 2,717 were negative and 242 are awaiting results.

"In Penang, 518 people were screened, with 11 positive cases detected and 507 turned out negative; (while) 11 people were screened in Perak, and all of them were negative.

"Close contact screening and activities on the ground will be continued.

"An update on the situation of this cluster and others will be provided from time to time," he added.



NEW STRAITS TIMES ONLINE

SEKOLAH VERNAKULAR TIDAK DIMANSUHKAN

Foto hiasan
Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengubah sistem pendidikan negara dengan memansuhkan sekolah vernakular, demi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique, ketika memberikan jaminan itu, berkata usaha memupuk perpaduan negara dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berupaya dirintis menerusi kaedah lain.

Katanya, kerajaan ketika ini menggiatkan inisiatif untuk menyuntik kesedaran berhubung kepentingan perpaduan dengan menghayati aspek rukun negara bermula di peringkat awal.
"Oleh itu, kita jalin kerjasama strategik dengan tiga kementerian lain, iaitu Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
"Ini kerana dalam usaha untuk kita kukuhkan perpaduan, ia harus bermula dari asas, justeru penghayatan rukun negara perlu dilaksanakan daripada pendidikan awal kanak-kanak.
"Kita sudah tubuhkan jawatankuasa teknikal, dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan (Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi) dan tiga kementerian lain.
"Selain itu, kita sudah gerakkan penubuhan Kelab Rukun Negara yang setakat ini ada 6,621 kelab di sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah jenis Tamil dan sekolah jenis Cina," katanya pada Waktu
Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Teo Nie Ching berhubung cadangan untuk mengubah sistem pendidikan negara, berikutan dakwaan sebelum ini bahawa bibit perpecahan mula meruncing di sekolah vernakular.
BERITA HARIAN ONLINE

Monday 24 August 2020

AJAR PERLEMBAGAAN DI SEKOLAH - PAKAR PERUNDANGAN

Ajar Perlembagaan di sekolah - Pakar perundangan - Media Adil
Prof Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi
KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan perlu diajarkan di peringkat sekolah memastikan pemahamannya dalam kalangan rakyat, selain mendidik rakyat Malaysia mengenai prinsip dan nilainya, kata pakar perundangan, Prof Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi.
Beliau berkata, pengetahuan asas undang-undang di negara ini masih lemah, disebabkan Perlembagaan tidak diajar di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah termasuk di universiti sebagai satu mata pelajaran wajib.

"Pada masa sama, di Malaysia seseorang itu boleh menjadi seorang peguam ataupun hakim, tanpa perlu belajar dan memahami Perlembagaan walaupun untuk sehari.
"Malah mereka ini mungkin boleh menjadi seorang graduan undang-undang dari luar negara seperti dari England," katanya dalam rancangan bicara bertajuk Rukun Negara dan Perlembagaan yang disiarkan Bernama TV, hari ini.
Shad Saleem turut menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara muda, pemahaman terhadap Perlembagaan masih rendah dalam kalangan penjawat awam dan orang awam.
"Jika tiada pemahaman Perlembagaan, patriotisme Perlembagaan akan menjadi lebih lemah dan beberapa kesulitan dalam beberapa dekad lalu menjadikan wujud kumpulan kecil cuba memperkecilkan Perlembagaan.
"Mereka membangkitkan isu agama dan cuma mengatakan Perlembagaan tidak boleh menjadi undang-undang utama dan perlu digantikan dengan suatu yang lain.
"Secara peribadinya saya katakan, tidak ada apa-apa dalam Perlembagaan yang menghalang kita daripada berakhlak mulia, beragama dan daripada melakukan perkara baik yang agama galakkan kita lakukan," katanya.
Pada rancangan itu juga Shad Saleem menyatakan Rukun Negara mempunyai nilai murni dan impiannya tersendiri dan saling melengkapi dengan Perlembagaan.
BERNAMA ONLINE

LAPORAN AKHIR KES HILANG ASET ALIH DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN LEWAT 4,087 HARI - AUDIT


Audit: Unsur penipuan perolehan Lembaga Pelabuhan Bintulu ...
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Penyediaan Laporan Akhir kehilangan aset alih mencecah RM400,000 di Kementerian Pendidikan, lewat dikemukakan sehingga 4,087 hari.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun (LKAN) 2019 Siri 1, ini berlaku kerana kelewatan pelantikan Jawatankuasa Siasatan selain Laporan Awal Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang tidak lengkap.

Audit mendapati, kelewatan laporan kehilangan aset alih itu membabitkan 13 negeri antaranya Melaka yang lewat antara 269 hingga 4,087 hari, Kuala Lumpur (160 hingga 4,015), dan Johor (2,272 hingga 2,529).

Dalam laporan audit yang dikeluarkan hari ini, turut menyebut bahawa penyediaan Laporan Awal bagi 13 kes kehilangan wang awam mencecah RM700,000 di kementerian yang sama, lewat dikemukakan sehingga mencecah 1,922 hari.

Audit mendapati, tempoh kelewatan PTJ kementerian tersebut menyediakan Laporan Awal itu adalah tidak munasabah berbanding masa yang ditetapkan iaitu lima hari bekerja.

“Pihak Audit mendapati, kelewatan menyediakan Laporan Awal kehilangan wang awam adalah disebabkan pegawai yang terlibat, kurang peka atau kurang pengetahuan terhadap prosedur kehilangan wang awam menyebabkan mereka gagal mengambil tindakan segera apabila berlaku kehilangan,” menurut laporan itu.

Penemuan laporan audit mendapati, Pahang antara negeri yang lewat menyediakan laporan sehingga     1,922 hari, selain Sabah (221 hingga 1,518), Kelantan (539), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (498) dan Sarawak (492).

Laporan itu turut menyebut bahawa Laporan Awal bagi 62 kes kehilangan aset alih berjumlah RM1.28 juta di 59 PTJ dan 14 negeri dan wilayah persekutuan, yang lewat dikemukakan sehingga mencecah 1,791 hari.

Laporan audit juga mendapati, punca kelewatan penyerahan Laporan Awal ini adalah kerana ia disemak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlebih dahulu yang kemudiannya disemak Jabatan Pendidikan Negeri sebelum dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan.

Audit kemudian mengesyorkan agar prosedur kehilangan wang awam dan aset alih di Kementerian Pendidikan perlu diperkemaskan dengan pematuhan kepada peraturan dan proses kerja yang ditetapkan selain mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Audit mendapati, terdapat kelewatan dalam penyediaan Laporan Awal empat kes kehilangan wang awam di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjumlah RM405,176, lewat dibuat sehingga mencecah 1,484 hari.

Audit mendapati, kelewatan PTJ itu membabitkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta (Perak), PKMD Alor Gajah (Melaka), Jabatan Kebajikan Masyakat Johor dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras (RKKTB) Kuala Lumpur.

“Pihak Audit mendapati, Laporan Awal lewat disediakan kerana pegawai dan kakitangan terlibat tidak merujuk kepada Arahan Perbendaharaan yang berkaitan prosedur yang sepatutnya dilaksanakan untuk mengurus kes kehilangan wang awam,” demikian menurut laporan audit.

Laporan audit turut mengesyorkan agar pegawai yang bertanggungjawab terhadap kehilangan wang awam, hendaklah membuat laporan polis dengan segera selain KPWKM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi kehendak atau arahan tertakhluk dalam peraturan kewangan.

Menurut pernyataan audit, kelewatan mengemukakan laporan akhir kepada Perbendaharaan menyebabkan  kutipan balik, hapus kira, tatatertib dan surcaj tidak dapat diambil tindakan segera dan keadaan menjadi lebih rumit sekiranya pegawai terbabit bertukar atau meletak jawatan.



BERNAMA ONLINE

TRIVIA JALUR GEMILANG


SUMBER : JABATAN PENERANGAN MALAYSIA & 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA PULIH


SUMBER : MENTERI KEWANGAN,
TENGKU DATUK ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2019 SIRI 1


SUMBER : KETUA AUDIT NEGARA,
DATUK NIK AZMAN NIK ABDUL MAJID

MORATORIUM BAYARAN BALIK PINJAMAN INSTITUSI KEWANGAN


SUMBER : MENTERI KEWANGAN,
TENGKU DATUK SERI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Sunday 23 August 2020

KAEDAH PENTAKSIRAN BAHARU MASUK SEKOLAH KHUSUS

KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus. - Foto hiasan
KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus.
Sekolah Khusus terbabit adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk sesi pengajian tahun depan.
KPM dalam kenyataan hari ini menyebut ia membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus menerusi saluran kemasukan berpusat.
Sistem ini membabitkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.
"Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ini membabitkan Sekolah Berasrama Penuh (Tingkat Satu dan Empat), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Tingkatan Satu dan Empat), Sekolah Menengah Teknik (Tingkat Empat), Kolej Vokasional (Tahun Satu Sijil Vokasional Malaysia (SVM)) dan Maktab Tentera Diraja (Tingkatan Empat," kata kenyataan itu.
KPM memaklumkan permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my dan permohonan ke Tingkatan Empat pula melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.
Sehubungan itu, semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.
KPM menetapkan permohonan dalam talian bermula 7 September hingga 2 Oktober depan, masing-masing membabitkan Tingkatan Satu, Tingkat Empat dan Tahun Satu SVM.
Semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu pula pada 7 hingga 23 Oktober depan. Bagi Tingkat Empat dan Tahun Satu SVM bermula 12 Oktober hingga 6 November depan.
Untuk pelaksanaan pentaksiran, ia bermula pada 12 hingga 23 Oktober depan bagi Tingkatan Satu dan 26 Oktober hingga 6 November membabitkan Tingkatan Empat serta Tahun Satu SVM.
"Untuk makluman, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20 peratus), Kecerdasan Intelektual (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).
"Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian, manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.
"Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020," kata kementerian itu.
BERITA HARIAN ONLINE

Saturday 22 August 2020

PERLIS SESUAI DIBANGUNKAN SEBAGAI HAB PENDIDIKAN - KSU



Datuk Yusran Shah Mohd Yusof

ARAU, 22 Ogos (Bernama) – Suasana negeri  Perlis yang aman, tenang dan tidak sibuk sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja akan memberi kesan positif dari segi pendidikan malah juga dari aspek ekonomi negeri.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini, hari ini. Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam perkembangan lain, Yusran berkata projek pembinaan Sekolah Sukan  Perlis di Padang Besar yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu dijangka siap akhir tahun ini.

“Selepas lantikan kontrator baharu, kerja-kerja pembaikan dan pembinaan telah siap sebanyak 92 peratus  walaupun tertangguh hampir tiga bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini,” katanya.


BERNAMA ONLINE

KREATIVITI PELAJAR ISTIMEWA SK GEMEREH SEMARAKKAN MERDEKA

Guru Besar SK Gemereh, Abdul Rahman Ibas (baju melayu tengah) bersama pelajar orang kurang upaya (OKU) menghasilkan pelbagai kreativiti dari Jalur Gemilang di kelas Pendidikan Khas. - Foto Ahmad Ismail
Guru Besar SK Gemereh, Abdul Rahman Ibas (baju melayu tengah) bersama pelajar orang kurang upaya (OKU) menghasilkan pelbagai kreativiti dari Jalur Gemilang di kelas Pendidikan Khas.
SEGAMAT: Pelajar istimewa kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh, di sini, menunjukkan daya kreativiti masing-masing dengan menghasilkan pelbagai gubahan berasaskan warna Jalur Gemilang.
Antara gubahan hasil yang dihasilkan termasuk skaf rambut, tanjak, sampin, jaket dan pakaian.
Guru Besar SK Gemereh, Abdul Rahman Ibas berkata, pihak sekolah kagum dengan hasil kreativiti dan bakar pelajar istimewa berkenaan.
"Guru pembimbing hanya memaklumkan garis panduan kasar kepada pelajar projek gubahan Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan kemerdekaan tahun ini," katanya, di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, seramai 12 pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan berumur antara tujuh sehingga 14 tahun itu adalah pelajar di bawah kategori masalah pembelajaran, autism, down sindrom, terencat akal ringan dan hiper aktif.
"Projek ini antara usaha pihak sekolah untuk memupuk kesedaran pelajar dan mengajak mereka menzahirkan rasa cinta terhadap negara melalui hasil seni tangan.
"Sempena sambutan hari kemerdekaan, setiap pelajar melaksanakan pelbagai kreativiti bebas menzahirkan semangat patriotik,"katanya.
Beliau juga berkata, bagi tujuan itu, pihak sekolah turut memberi kebebasan dan kelainan serta idea menghasilkan kraftangan seni menggunakan Jalur Gemilang kepada pelajar.
"Sebahagian Jalur Gemilang itu daripada sumbangan, guru, pelajar dan ibu bapa pelajar selain Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).
"Walaupun projek ini membabitkan anak istimewa, semua yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah di sebalik pelajar yang bukan istimewa belum tentu mampu melakukannya.
"Pelajar terbabit memberi kerjasama baik tanpa perlu dibantu sepanjang masa.
"Pelajar mampu menyiapkan semua hasil seni berkenaan tidak sampai 24 jam. Walaupun mereka tidak dapat meluahkan rasa sayang dan cinta kepada negara menerusi tutur kata tetapi mampu menzahirkan dengan kreativiti idea.
Kelas Pendidikan Khas SK Gemereh Segamat mula ditubuhkan pada tahun 2013 dan kini mempunyai empat orang guru pembimbing dan pembantu pelajar.
BERITA HARIAN ONLINE

TEKNOLOGI DIGITAL AKSES PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Pandemik COVID-19 mengakibatkan gangguan terhebat yang pernah diperhatikan terhadap dunia pendidikan.
Pada kemuncak serangan virus itu, anggaran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melaporkan bahawa 90 peratus pelajar seluruh dunia terkesan akibat penutupan sekolah.
Pada Mac tahun ini sahaja, penggunaan Google Classroom meningkat dua kali ganda daripada 50 juta kepada 100 juta secara global.
Di Malaysia, penutupan sekolah turut dilaksanakan. Namun, COVID-19 juga mencipta peluang untuk menilai kembali di samping meneroka bagaimana kita boleh menggunakan teknologi untuk menjadikan sistem pendidikan kita lebih mudah diakses, adil, fleksibel dan kukuh.
Hampir dalam sekelip mata, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar di Malaysia terpaksa menyesuaikan diri terhadap cara pembelajaran dan kebergantungan teknologi pada sesuatu tahap tertentu yang sebelum ini tidak pernah kita alami.
Namun, Malaysia menyahut dengan kebingkasan dan keazaman. Jika berpandangan jauh, kita seharusnya mengambil peluang ini untuk belajar daripada pengalaman terbabit dan menangani cabaran pendidikan yang akan kita hadapi walaupun selepas tamat pandemik ini, terutama cabaran untuk memastikan lebih ramai belia kita mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia.
Pada 12 Ogos lalu, Google menganjurkan acara maya global - The Anywhere School - dengan guru, pemimpin sekolah, jabatan pendidikan, perniagaan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan membincangkan peranan teknologi dalam masa hadapan pendidikan.
Kami berbesar hati atas peluang berkongsi kisah negara ini dengan kerjasama rakan kami daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia mampu membentuk perbahasan global ini. Untuk berbuat demikian dan membantu menjadi pemandu sistem pendidikan pasca COVID-19, kita harus menumpukan perhatian kepada tiga keutamaan kritikal dalam sistem pendidikan kita.
Pertama, pihak kerajaan dan syarikat teknologi boleh dan seharusnya bekerjasama dalam menyampaikan teknologi kepada lebih ramai pelajar daripada golongan yang amat memerlukannya.
Pada peringkat tempatan pula, kami menyediakan lima juta tempat buat Google Classroom dan G Suite for Education untuk 10,000 buah sekolah awam di Malaysia, manakala pihak Kementerian Pendidikan serta rakan industri bekerjasama untuk memastikan ketersambungan untuk semua itu menjadi satu kenyataan.
Kedua, kita harus menjadikan kemahiran teknologi dan digital sebagai asas bagi sokongan serta latihan yang diberikan kepada guru.
Kumpulan Google Educators Group kami sangat aktif di Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kami teruja untuk meraikan 5,000 penerima pertama daripada program pensijilan guru Google yang akan dianjurkan pada minggu-minggu akan datang.
Ketiga, semua sekolah harus dilengkapi dengan sistem teknologi yang cukup kuat untuk disesuaikan ketika krisis seperti sebuah pandemik, tetapi masih mampu memberikan faedah kepada guru dan pelajar secara lebih meluas melalui latihan dan tunjuk ajar yang sepatutnya.
Inisiatif pembelajaran hibrid DELIMa diterajui Kementerian Pendidikan - yang disertai Google dengan bangganya -- membuktikan kesediaan seluruh Malaysia untuk memikirkan semula sistem pendidikan awam demi norma baharu.
Kita mungkin tidak akan melihat lagi bagaimana hampir semua pelajar Malaysia terpaksa belajar di rumah sebagaimana ketika sekatan pergerakan COVID-19.
Tetapi, kita kini tahu bahawa fleksibiliti yang ditawarkan pendidikan jarak jauh adalah berguna buat banyak keluarga dan pelajar yang sebelum ini tidak mempunyai pilihan dalam menggunakannya, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman mahupun yang tidak selalunya mempunyai pengangkutan ke sekolah.
Mungkin masih terlalu awal untuk mengetahui realiti masa hadapan pendidikan, namun ia jelas integrasi teknologi dan pembelajaran digital yang lebih mendalam mampu membantu menjadikan pendidikan lebih mudah diakses dan lebih saksama walaupun lama selepas berakhirnya COVID-19 nanti.
Usaha sama diperlukan untuk mencapai semua ini. Salah satu iktibar sekatan pergerakan COVID-19 adalah bagaimana tekanan pendidikan tidak boleh digalas hanya oleh pihak sekolah dan barisan guru Malaysia sahaja.
Cara pendidikan disediakan sangat mempengaruhi cara hidup, cara kerja dan cara kita membesarkan anak-anak.
Kita semua memainkan peranan dalam menyokong tugas adiwira barisan guru kita baik daripada pihak ibu bapa, ahli politik, peneraju perniagaan hinggalah ke syarikat teknologi.
Tiada tujuan yang lebih penting selain memastikan generasi seterusnya memperoleh pendidikan yang terbaik.
Teknologi tidak akan 'menyelesaikan' semua cabaran yang dihadapi sistem pendidikan kita, namun ia mampu menyediakan alat yang diperlukan guru, pelajar dan ibu bapa untuk terus maju dan membantu pembentukan masa hadapan pembelajaran yang lebih baik.
Dalam dunia pasca virus COVID-19 ini, Malaysia boleh dan seharusnya menjadi sebahagian daripada perubahan itu.
Marc Woo
Google Malaysia

BERITA HARIAN ONLINE