Wednesday, 29 April 2020

PASUKAN KHAS NUTP KAJI KAEDAH PENDIDIKAN PASCA COVID-19

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menubuhkan pasukan khas untuk membantu merumus kaedah pendidikan pasca COVID-19.
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata pasukan khas itu akan dianggotai beberapa guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Johor, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang.


Langkah itu dibuat bagi menyelaras bidang pendidikan dengan normal baharu kehidupan pasca COVID-19 terutama aspek penjarakan sosial di sekolah.
"NUTP juga sudah melakukan soal selidik perkara berkaitan pada 27 April lalu di laman web rasmi NUTP yang mengandungi beberapa bahagian demografi, persekolahan pasca COVID-19, isu dan cabaran pedagogi penjarakan sosial.
"NUTP juga membuat kajian berasaskan Pedagogi Penjarakan Sosial sebagai agenda utama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pasca COVID-19," katanya dalam kenyataan.
NUTP turut mengalu-alukan pendapat dan pandangan tokoh dan ahli akademik, institusi pendidikan tinggi, sektor kerajaan dan swasta dan ibu bapa berhubung normal baharu bidang pendidikan pasca COVID-19.
BERITA HARIAN ONLINE

COVID-19 : MENYESUAIKAN DIRI DENGAN NORMAL BAHARU

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

PKP: PELANTAR ILMU DALAM TALIAN PERKASA PEMBELAJARAN DI RUMAH

Guru menggunakan E- Pelantar Ilmu PPDJ, untuk berhubung antara guru dan sebagai tempat menyumbang bahan pembelajaran dalam talian bagi memperkasakan pembelajaran di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
JERANTUT: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut mengambil langkah mewujudkan E- Pelantar Ilmu PPDJ, sebagai pelantar pembelajaran digital sekolah rendah dan menengah dalam talian bagi memperkasakan lagi inisiatif pembelajaran di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pegawai Pendidikan Daerah, Dr Azman Uzair, berkata matlamat utama pelantar itu adalah untuk memudahkan lagi proses pembelajaran di rumah secara interaktif daripada pelbagai sumber.
"Melalui E- Pelantar Ilmu PPDJ, guru di daerah ini dapat menghasilkan bahan pengajaran sendiri yang kemudian dapat dikongsi oleh 48 sekolah rendah dan 17 sekolah menengah di daerah ini.
"Setakat ini, sambutan yang diberikan oleh guru di daerah ini amat menggalakkan di mana lebih 100 bahan pembelajaran meliputi pelbagai subjek disumbangkan oleh lebih 50 guru," katanya.
–– ADVERTISEMENT ––

Dr Azman berkata, PPD tidak menetapkan bentuk persembahan pengajaran, terpulang kepada kemahiran dan kreativiti guru mencipta bentuk pengajaran mereka, sepertikuiz, permainandan sebagainya, bagi menarik minat murid.
Beliau berkata, tempoh PKP ini mengubah cara pengurusan sekolah dan pembelajaran murid melalui secara dalam talian adalah untuk memastikan anak-anak sentiasa belajar walaupun berada di rumah dengan panduan guru dan tunjuk ajar ibu bapa.
"E- Pelantar Ilmu PPDJ juga menyokong bahan pembelajaran yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga portal pendidikan lain dengan mengintegrasikannya dalam laman berkenaan," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

COVID-19 : KEBENARAN OPERASI SEKTOR SOSIAL DAN PENDIDIKAN DITANGGUH

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
PUTRAJAYA: Kebenaran beroperasi bagi sektor sosial dan pendidikan akan ditangguhkan sedikit masa lagi bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau situasi penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan KKM mencadangkan kepada kerajaan supaya sektor ekonomi dibenarkan beroperasi terlebih dahulu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berbanding dua sektor berkenaan.
"Biar kita benarkan sektor ekonomi bermula dan memantau situasi selama dua atau empat minggu sebelum kita putuskan dan cadangkan sektor sosial dan pendidikan untuk dibuka semula," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau ditanya sama sekolah sudah boleh dibuka atau ia akan mengambil lebih masa, susulan sektor ekonomi sudah mula boleh beroperasi sepenuhnya bermula hari ini.
BERITA HARIAN ONLINE

Tuesday, 28 April 2020

1,128 PELAJAR IPT PULANG KAMPUNG


Seramai 1,128 pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta telah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing mulai semalam.

Proses penghantaran pulang melibatkan sembilan universiti yang terlibat dan 49 buah bas ke 17 destinasi.

Para pelajar dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan pulang yang telah dikeluarkan sebagai langkah-langkah keselamatan menangani wabak COVID19.


Sumber : Majlis Keselamatan Negara

PKP: KEBAJIKAN PENUNTUT YANG MASIH DI IPT TERJAMIN - NORAINI

Noraini (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar IPT Zon Tengah yang pulang ke kampung halaman masing-masing di Dewan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi
BANGI: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, memberi jaminan kebajikan semua penuntut yang masih berada di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ketika ini sentiasa terpelihara dan dijaga.
"Jangan risau, anak-anak tuan dan puan yang masih berada di kampus ini, Insya-Allah akan berada di bawah jagaan kampus masing-masing.
"Pihak universiti sentiasa mengambil tahu mengenai keadaan, keselamatan dan kesihatan mereka.
"Kementerian dan IPT serta anggota terlibat juga berusaha sepenuhnya dalam memastikan semua pelajar dapat pulang ke kampung halaman. Mereka (pelajar) ini akan bergerak secara berperingkat," katanya.
Beliau memberitahu media selepas meninjau persiapan dan prosedur pergerakan pulang penuntut ke rumah masing-masing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini malam tadi.
Beliau juga meminta penuntut yang masih berada di IPT agar bersabar menunggu giliran untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Makan dan minum pelajar akan disediakan seperti biasa kepada mereka yang masih berada di kampus," katanya.
Malam tadi, sejumlah 790 penuntut IPT berlepas dari sembilan pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk pulang ke kampung halaman.
Mengenai proses pergerakan pulang pelajar ke Sabah dan Sarawak pada 1 Mei ini, Noraini berkata mereka akan berdepan proses lebih kurang sama dengan pergerakan kumpulan pertama malam tadi.
"Pelajar akan dikumpulkan sebelum memulakan pergerakan melalui 'penerbangan sewa khas' yang diusahakan kerajaan.
"Insya-Allah kerajaan menanggung semua bayaran pengangkutan balik pelajar," katanya.
BERNAMA ONLINE

Monday, 27 April 2020

PUSAT PANGGILAN COVID-19 KPM (29 APRIL - 12 MEI 2020)


Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

PELAJAR IPT MULAKAN PERGERAKAN PULANG KE KAMPUNG HARI INI

Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Muhammad Izam Abd Aziz, 22, (kiri) bersama rakannya Muhammad Hafis Ahmad Sani, 21, (kanan) dan Ahmad Huraiah Mohd Noor, 23, (tengah) membuat persiapan mengemas pakaian untuk pulang ke kampung halaman selepas tinggal di asrama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran COVID-19.
KUALA LUMPUR: Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar, hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan tersayang.
Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas.
Bagaimanapun, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan semalam, berkata pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau.
Persiapan rapi dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi dan Kementerian Pengajian Tinggi turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang telah dikenal pasti.
Memetik kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dianggarkan kira-kira 100,000 pelajar yang terbabit.
Sementara itu, bagi mereka yang terperangkap di kampung (bukan pelajar) atau tempat lain yang ingin pulang ke destinasi masing-masing, perlu terus bersabar.
Ismail Sabri menjelaskan, tarikh pergerakan mereka yang berada di kampung untuk pulang ke destinasi masing-masing bukan bermula pada 1 Mei ini.
Katanya, terdapat kekeliruan mengenai tarikh pergerakan itu apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa 1 sehingga 3 Mei adalah tarikh perjalanan dibenarkan bermula.
Ismail Sabri berkata, tarikh yang ditetapkan sehingga 1 Mei itu adalah pendaftaran melalui temu janji di balai polis, selain pendaftaran melalui aplikasi Gerak Malaysia.
Setakat ini, sebanyak 300,000 sudah mendaftar dengan aplikasi itu termasuk 100,000 yang memohon untuk mendapatkan permit pergerakan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing susulan PKP.
Katanya, selepas mendapat data dan maklumat daripada permohonan orang ramai itu, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia akan membincangkan Prosedur Operasi Standard termasuk menetapkan tarikh pergerakan itu.
Setakat jam 12 tengah hari semalam, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 5,780 kes, dengan 98 kes kematian.
Jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia pula ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
BERITA HARIAN ONLINE

Saturday, 25 April 2020

TEACHER GOES THE EXTRA MILE TO SEND LEARNING MATERIALS TO RURAL STUDENTS

Dedication: Nazmi handing over printed lessons to a student at Long Lidung village, Sarawak.
KUCHING: His rural students lacked Internet access for online classes, so Muhammad Nazmi Rosli would deliver learning materials to them to ensure they don’t fall behind in their schoolwork during the movement control order.
Nazmi teaches English and Art at SK Long Sukang, located in a village about three hours by timber road from Lawas town in northern Sarawak.
Despite the “terrible” road conditions, he has no qualms going the extra mile for his pupils.
“I’m the only teacher who lives in Lawas; the other teachers have gone back to the Peninsula, Sabah or their home villages. They will forward their learning materials to me and I will print them out, ” he said.
As the teachers were unable to conduct online classes, they decided to distribute learning materials to the students instead.
(The 111 students, who come from Long Sukang and the surrounding villages, lacked Internet access and mobile phone coverage.)
To deliver the materials, Nazmi liaised with a villager who comes to Lawas once a week to bring food supplies to the villages.
“The district education office helped me get permission to visit the villages. One or two teachers stay in the villages and helped me to distribute the materials.
“We are strictly supervised by a health clinic representative. The kids need to wash their hands before and after receiving the materials. “We don’t gather them in one place to distribute the materials but go house to house. We also try to minimise the number of people involved.”
Nazmi managed to distribute materials to all SK Long Sukang students in 13 villages in three trips so far, starting on April 1.
“Every week, we give them two subjects. One week was English and Maths and the following week was Bahasa Malaysia and Science. I also collect the work they have done so their teachers can assess their progress.”
For Nazmi, 27, doing this was no hardship as it meant the pupils would not be left out.
“We want them to be able to compete like their urban counterparts, who have so many platforms to do online classes.
“Here in the rural area, we don’t have many options, so we do what we can.
“No children left behind -- that’s our school’s motivation, ” he said.
He said the students were happy to receive the materials and eager to go back to school.
“They love going to school because it offers them many activities.
“I gave my students a project to complete and I just received a message that one of them can’t wait to show his work, ” he said.
THE STAR ONLINE

DISTANCE LEARNING MUST LEARN FROM FACE-TO-FACE APPROACH

In the midst of the Covid-19 pandemic, online learning has taken centre stage.

IN the midst of the Covid-19 pandemic, online learning has taken centre stage. It is seen as the best alternative for emergency remote learning, given the massive global lockdown. However, with the rush to embrace online learning to ensure education goes on, several important concerns have been overlooked.
Real learning has been missed out; learner readiness for independent and self-learning, as well as teachers' wellbeing and readiness for online learning have been ignored by many.
We need to learn from countries such as Australia where children in the great outback have no other alternative but remote learning. Their educators recognise that remote learning is no easy task and it requires careful planning and extensive support.
Personal interaction through phone calls is mandatory to keep motivation high, as well as ensure students feel supported and get the help they need. It also requires tremendous effort on the part of the learners, their parents and the community. This is not something that can be done overnight.
Keeping this in mind, it is unfortunate that teachers who are treading the online waters with great caution and trepidation, cognizant of their lack of readiness to effectively deliver lessons and to ensure that their students can cope with the "new normal", are labelled as laggards, who need to change their mindset.
We have to be careful in chastising them, as well as expecting them to turn their F2F (face-to-face) instructional contents and assessments ready for online delivery, overnight.
To make education equitable for all, every learner should be ensured access to instructional materials, feedback and support they need to succeed.
How do we ensure equity if we use a delivery mode that is accessible only to some and not others, even if they make up a small minority? Sensitivity to the needs of all must be considered. We cannot leave behind those who are out of reach and financially challenged, expecting them to catch up once things return to normal. We must give our learners time to adjust to independent self-learning and for our teachers to cope with the new expectations.
To some extent, these concerns have been voiced out. However, one important matter that has not received due justice is the place of F2F instruction in education. Never has F2F instruction received such a bashing, blamed for almost everything done wrong, from the focus on teacher-centred teaching, the lack of experiential learning, not accommodating learner differences and learning styles, to backwardness.
Nothing seems to be good about F2F instruction, although it facilitates close meaningful interaction among students in collaborative or cooperative learning, instant feedback for all, as well as integration of technology in the teaching and learning process. Just by glancing at the confused faces, teachers know how their students are doing and the help they need. More importantly is how F2F interaction helps build confidence, motivation to learn, and develops good desirable human characteristics and values.
This happens more readily through F2F interactions than any other way. Higher education has been talking about future-ready graduates and sustainable education for some time.
It has been rallied to prepare tertiary students to expect uncertainties and be able to adjust and adapt. Covid-19 is one of those uncertainties and it requires more than what online learning can deliver. It is learning to be and to live together, which F2F interactions bring with them. Inclusivity in the same learning space, as well as learning about respect and compassion. Learning not only to know and to do, but also how to live together. Covid-19 is a time for us to learn about living together, sharing and helping others in need while we are in the same precarious position, clamouring for the same yet limited resources. Learn to care for humanity, the purpose of our existence, realities of life, building resilience and brotherhood.
Our conception of education has to be broader and more meaningful than what it is today. Its primary purpose should not be about human capital for the industry. It is to teach us the meaning of humanity, its purpose and preservation. Without this, humanity cannot survive. And I don't think online learning can take on that. However, meaningful F2F instruction stands a very good chance at humanising education.
Dr. Noor Lide Abu Kassim 
Professor of Kulliyyah of Education, 
International Islamic University Malaysia

NEW STRAITS TIMES ONLINE

PENDIGITALAN MASYARAKAT PERLU DIPERCEPATKAN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Rancangan Temubual Khas bersama RTM dan Astro Awani.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, masalah dihadapi negara akan kembali pulih seperti dahulu, tetapi dalam bentuk baharu dengan penekanan kepada soal pendigitalan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mempercepatkan proses pendigitalan masyarakat sebagai langkah adaptasi kepada normal baharu pada masa depan, pasca penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, proses pendigitalan akan membabitkan pelbagai aspek, termasuk pendidikan, urusan perniagaan atau e-dagang, e-kerajaan dan dalam kehidupan harian.
"Ekonomi digital adalah kesan positif daripada tekanan semasa. Saya melihat dalam media mengenai cerita tidak boleh menjual hasil kebun, laut dan sebagainya, tetapi mereka kata tak apa, boleh berurus niaga secara dalam talian, menerusi sistem e-perdagangan, tetapi tidak dibentuk dengan keadaan yang kukuh, tak meluas.
"Ini contoh normal baharu yang kita fikir disebabkan keadaan. Soal pendigitalan, saya sudah mengambil ini sebagai satu daripada cabaran baharu," katanya dalam temubual khas bersama RTM dan Astro Awani yang disiarkan, malam tadi.
Perdana Menteri berkata, untuk menjayakan aspirasi itu, beliau sudah mengarahkan pelaksanaan sistem kerajaan elektronik atau e-kerajaan, sebagai penanda aras buat rakyat.
Beliau berkata, jika kerajaan mendahului, rakyat akan segera menyesuaikan diri terhadap keadaan itu.
"Dalam bidang pendidikan, kita melancarkan sistem pendidikan menggunakan (platform) dalam talian atau pembelajaran maya dengan segala kemudahan internet. Sebab itu, empat lima tahun dulu, waktu kita berdepan masalah begini, tidak menjadi masalah, tetapi kita belum berjaya sampai ke situ dan sekarang perlu kita percepatkan lagi.
"E-kerajaan pula, saya dengar dulu sudah dirancang, mungkin 30 hingga 40 peratus dan saya sudah arahkan supaya kita segerakan proses itu... pendigitalan baik soal pentadbiran, kehidupan, makan, urusan perniagaan akan menjadi satu 'trend' masa hadapan kita.
"Kalau mereka yang terbabit dalam sektor perniagaan, sudah mula menceburi bidang e-dagang, maka ini mesti dipercepatkan lagi. Jadi ini satu perkembangan yang bagi saya menggalakkan, satu trend baharu, " katanya.
Muhyiddin mahu proses pendigitalan masyarakat dalam semua bidang itu dapat dilaksanakan dalam tempoh tidak terlalu lama, kerana rakyat tidak boleh menunggu sehingga tempoh empat hingga lima tahun lagi untuk melalui transformasi itu.
Beliau berkata, dalam memastikan proses pendigitalan masyarakat berlaku dengan teratur, infrastruktur yang lengkap perlu disediakan, selain galakan melalui sistem pendidikan untuk generasi muda di sekolah dan perniagaan bagi masyarakat.
Katanya, dalam menjayakan proses itu, ia perlu membabitkan perancangan, peruntukan, pelaksanaan, dan soal adanya kemudahan dalam masyarakat yang membolehkan mereka menggunakan apa saja sebagai data untuk manfaat diri.
"Akses teknologi khususnya capaian di seluruh negara bagi menjayakan pendigitalan harus diberi perhatian kerana sebelum ini tidak menembusi segenap tempat atau sektor utama," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

PKP: GURU DI PEDALAMAN BERDEPAN CABARAN MENGAJAR DALAM TALIAN


SEMPORNA: Warga pendidik khususnya yang mengajar di sekolah luar bandar dan pedalaman berhampiran daerah ini, berdepan cabaran untuk memastikan sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian berjalan lancar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini kerana terdapat beberapa pelajar terutama yang tinggal di kawasan pulau dan ladang tidak mempunyai capaian internet yang efisien selain kekangan kemudahan teknologi seperti komputer, telefon pintar atau peranti mudah alih lain yang digunakan dalam proses penyampaian sesi PdPc dalam talian.

Seorang guru Aslina Ali, 33, yang mengajar mata pelajaran Geografi di sebuah sekolah menengah kira-kira 10 kilometer dari pekan daerah ini berkata, ada dalam kalangan pelajarnya yang tinggal di ladang terpaksa mengambil masa tiga ke empat hari bagi menghantar tugasan.
Menyesuaikan pembelajaran dengan kekangan itu, Aslina memberi masa selama seminggu untuk pelajar menyiapkan tugasan sebelum beliau membuat semakan pada Sabtu dan Ahad.
"Saya juga meminta pertolongan daripada pelajar dalam kumpulan WhatsApp kelas untuk memaklumkan tugasan sekolah kepada rakan yang tinggal berhampiran, yang tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau tidak dapat mengakses internet," katanya.
Selain kekangan dari pihak pelajar, Aslina turut mengalami masalah capaian internet rendah ketika memuat naik pautan tugasan untuk lebih 200 pelajar yang dikendalikannya dalam sesi PdPc.
Meskipun begitu, Aslina terus komited menjalankan sesi PdPc dalam talian menggunakan pelbagai aplikasi dalam sesi PdPC termasuk WhatsApp, Telegram dan Google Classroom.
Pengalaman sama turut dikongsikan oleh Nur Faraheka Abdullah, 28, seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah dalam ladang di Lahad Datu, kira-kira 89 kilometer dari Bandar Lahad Datu.
"Jadi, saya menelefon murid terbabit untuk memaklumkan tugasan sekolah berdasarkan buku teks. Bagi murid sebegini, saya akan menyemak tugasan mereka selepas sesi persekolahan dibuka nanti.
Seorang lagi guru, Siti Aminah Amir, 28, yang mengajar mata pelajar Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah terletak di pedalaman Kunak berkata, pembabitan murid dalam sesi PdPC dikendalikannya amat terhad berikutan tidak semua mereka mempunyai akses internet.
Siti Aminah berkata beliau menggunakan sistem pesanan ringkas untuk memberi tugasan kepada murid-muridnya menggunakan buku latihan serta buku teks sebagai rujukan.
BERNAMA ONLINE

Friday, 24 April 2020

COVID-19 : PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PERGERAKAN PULANG PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)


Sumber : Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob

UNIVERSITY STUDENTS STRANDED ON CAMPUSES CAN GO HOME

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob addresses the media during a press conference in Putrajaya.

KUALA LUMPUR: The government will allow university students stranded on campuses nationwide to return to their hometowns, following the extension of the Movement Control Order (MCO) to May 12.
The standard operating procedure (SOP) for the students' movement home was tabled by Higher Education Minister Datuk Dr Noraini Ahmad in a special meeting today, and announced this afternoon by Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri.
He said the students can begin their journeys home this Monday (April 27), between 9pm and 9am, and the exodus will be done gradually.
This, Ismail Sabri said, is to ensure a smooth journey back and to avoid mass movement.
"The movement will be done gradually and it will only involve journeys to green zones," he said at a press conference here today.
Ismail Sabri said those travelling home via bus will have to go through Covid-19 screening before boarding the vehicles, and will be provided with facemasks and food.
To ensure social distancing, he said the capacity of the bus will be limited.
"So, if the bus has two seats in a row, only one person can sit there, and if the bus is for 40 passengers, only 20 can be allowed on the bus," he said.
He said buses will pick up the students from their campuses and they will be brought straight to the police station or district office nearest their homes, before they are sent right to their doorstep by government agencies.
Ismail Sabri said the process is to ensure that the students go straight home and do not make any stops.
He said those who have their own transport can return home, but approval is needed for that.
"And no other passenger is allowed in the vehicle, and they cannot travel across states," he said.
As for students who wish to return to Sabah or Sarawak, Ismail Sabri said their flights will be paid for by the government, with cooperation from state governments.
He said the students will be flown to airports nearest their hometowns and then undergo a mandatory 14-day quarantine, as required by both Sabah and Sarawak state governments.
Ismail Sabri said some 53,000 students, or 85 per cent, are expected to return to their hometowns, while the remaining 15 per cent have decided to stay put at their universities, polytechnics and community colleges.
"For those who have decided to stay on, the Higher Education Ministry (KPT) will continue to provide meals for them."
Ismail Sabri said more detailed announcements on the lifting of travel restrictions will be made by the KPT.
Meanwhile, for higher learning institutions under the supervision of other ministries, Ismail Sabri said each respective ministry will handle the matter, according to the same SOPs as stipulated by KPT.
Citing Universiti Kuala Lumpur (UniKL) as an example, Ismail Sabri said the process for that institution will be handled by the Rural Development Ministry.
NEW STRAITS TIMES ONLINE

53,000 PELAJAR IPT MULA PULANG ISNIN INI


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak bermula Isnin ini secara berperingkat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu dijangka membabitkan kira-kira 85 peratus atau 53,000 pelajar dan hanya membabitkan kepulangan ke kawasan zon hijau dengan perjalanan dibuat dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan besar pada waktu siang.
Penghantaran pulang itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa, membabitkan penuntut yang tinggal di kolej dan kampus kediaman serta yang duduk menyewa di luar kampus dengan kos penghantaran ditanggung oleh kerajaan.
Pelajar ini juga akan menjalani saringan gejala COVID-19 walaupun sudah lebih sebulan berada di kampus sebelum menaiki bas walaupun tiada gejala dan mereka akan dibekalkan dengan makanan dan topeng muka.
"Mereka yang gunakan bas akan dihadkan dan dipastikan dari segi penjarakan sosial. Kalau tempat duduk untuk dua orang hanya boleh digunakan seorang, bermakna kalau bas itu untuk 40 penumpang, hanya 20 penumpang dibenarkan," katanya pada sidang media harian PKP, di sini hari ini.
Susulan pengumuman perlanjutan tempoh PKP fasa ketiga hingga 28 April pada 10 April lalu, gabungan beberapa persatuan mahasiswa menggesa kerajaan membenarkan penuntut yang masih berada di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat.
Kerajaan bagaimanapun pada 13 April lalu memutuskan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang masih berada di kampus tidak dibenarkan pulang ke rumah atau kampung masing-masing sepanjang PKP berkuat kuasa.
Namun pada Selasa lalu, kerajaan sedia membenarkan kira-kira 100,000 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara yang berada di kampus, seolah-olah mereka sedang di kuarantin untuk pulang ke rumah masing-masing.
Ismail Sabri berkata, pelajar akan diambil dari kampus dengan bas dan terus dibawa ke daerah masing-masing serta dihantar ke balai polis atau pejabat daerah sebelum barisan hadapan di sana menghantar mereka terus ke rumah.
Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri juga dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan mereka hanya memandu seorang sahaja.
"Bagi pelajar yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak, penerbangan akan diseliakan dan pendaratan akan dibuat ke lapangan terbang terdekat dengan kawasan tempat tinggal mereka.
"Berdasarkan SOP ditetapkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, pelajar dari Semenanjung akan dikuarantin wajib selama 14 hari sebelum boleh pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Sementara itu, institusi pendidikan bukan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kementerian itu bagi penghantaran pulang pelajar mereka ke rumah masing-masing.
Ismail Sabri berkata, pihaknya turut membenarkan kementerian lain yang mempunyai institusi pendidikan contohnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tetapi SOP perlu mengikut ketetapan KPT.
"Contohnya UniKL adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah jadi kita membenarkan kementerian lain menguruskan untuk membawa pelajar pulang mengikut kementerian masing-masing dengan SOP KPT.
"KPT akan memaklumkan secara lebih lanjut dari segi pergerakan, zon mana dahulu, ...kita tunggu pengumuman KPT yang lebih terperinci, " katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan akan tetap menanggung bekalan makanan kepada 15 peratus penuntut IPT yang memilih untuk tidak pulang ke rumah masing-masing.
"Kita dapat maklumat, ada penuntut yang tak berminat pulang kerana mungkin akan menduduki peperiksaan. Ada juga pelajar yang belajar dalam talian di universiti ketika ini.
"Mereka tidak mahu pulang kerana mungkin di kampung tidak ada internet untuk mengulang kaji. Yang tinggal di kolej ini, kita akan tanggung makan dan minum mereka seperti biasa," katanya.
BERITA HARIAN ONLINE

PROGRAM JOM BACA BERSAMA

Program JOM baca bersama bagi tahun 2020 telah berlangsung pada 23 April. Warga IPG Kampus Tuanku Bainun turut sama membaca di tempat masing-masing bagi menyokong program peringkat nasional ini.

Terima kasih warga IPGKTB. 

Warga Proaktif, Organisasi Inovatif