Sunday 19 April 2020

CARIAN 'GOOGLE CLASSROOM' TERTINGGI, BUKTI GURU KITA RAJIN


LANGKAWI: Malaysia merekodkan carian frasa ‘Google Classroom’ tertinggi di dunia membuktikan guru di negara ini berdedikasi dan komited dalam tugas.
Fakta itu mampu menangkis tohmahan negatif terhadap warga pendidik kononnya kurang berfungsi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Anuar Hussin, berkata rekod itu menunjukkan ramai guru menyahut saranan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menggalakkan guru menggunakan pembelajaran maya.
“Ini menyangkal dakwaan dan tohmahan segelintir masyarakat mengatakan ‘cikgu makan gaji buta’ sepanjang tempoh sukar PKP ini.
“Malah, ia petunjuk guru prihatin dan sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik membantu pelajar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan KPM menerusi Facebook dan Twitter, Jumaat lalu, menghargai guru kerana berjaya meletak nama negara di peringkat global.
Google Classroom di Malaysia menjadi carian tertinggi di dunia.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment