Saturday 4 April 2020

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi melanjutkan tempoh tarikh tutup permohonan kemasukan pelajar ke 20 universiti awam (UA) dan beberapa institusi pendidikan tinggi lain di bawah kementerian itu.
Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata kementerian itu bersetuju melanjutkan tarikh tutup permohonan kepada 17 April daripada 7 April sebelum ini.
Beliau berkata, pihaknya memahami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) sukar mendapatkan akses internet.
Beliau berkata, lanjutan tarikh tutup permohonan itu turut membabitkan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
"Hari terakhir bagi pemohon membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan permohonan adalah pada 16 April ini," katanya melalui kenyataan akhbar hari ini.
Noraini juga berkat, hebahan keputusan permohonan matrikulasi, politeknik, kolej komuniti dan ILKA dijangka akan diumumkan pada 3 Jun ini, manakala keputusan permohonan calon STPM/setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA akan diumumkan pada 18 Ogos ini," katanya.
Sebarang maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon boleh melayari laman rasmi Facebook UPU dihttps://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau Facebook Live yang diadakan setiap hari sehingga 14 April 2020, pada jam 10 hingga 11 pagi dan 3 hingga 4 petang.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment