Wednesday 15 April 2020

COVID-19: PdP DARI RUMAH SATU CABARAN BESAR

Alya Solehah, 11, bersama adiknya Adi Talib, 6, melakukan latihan pembelajaran menerusi dalam talian yang disediakan oleh guru.
KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Pendidikan mendapati sekitar 36.9 peratus daripada hampir 900,000 murid tidak mempunyai sebarang peranti dan akses kepada internet di rumah.
Sebanyak 46 peratus lagi pula hanya sekadar mempunyai telefon pintar.
Justeru, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata faktor peranti dan akses kepada internet adalah elemen penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru sebelum menetapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah.
Beliau berkata sembilan peratus lagi murid mempunyai komputer riba, manakala tablet (5.67 peratus) dan komputer peribadi (enam peratus).
Selain itu katanya, prinsip asas perlu diambil kira ialah kekangan dihadapi guru dan pelajar dalam menetapkan kaedah sesuai bagi proses PdP di rumah.
"Kalau kita campur semua peratusan ini akan lebih sebab sesetengah pelajar ini mempunyai lebih daripada satu peranti. Kalau kita lihat dalam konteks ini PdP di rumah adalah cabaran.
"Kalau mereka (murid) buka Cikgootube dalam platform disediakan kementerian, untuk dalam konteks internet terlalu perlahan, maka ini akan mengambil masa cukup panjang.
"Dari awal kita tekankan kepada guru dalam garis panduan diberi supaya ambil kira kekangan dihadapi pelajar di rumah dalam menetapkan kaedah bersesuaian untuk melaksanakan PdP di rumah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment