Wednesday 15 April 2020

COVID-19: GURU MAMPU CARI KAEDAH PdP TERBAIK, KREATIF


Guru mampu cari kaedah terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP).

KUALA LUMPUR: Kerajaan peka kekangan dihadapi guru dan murid di luar bandar dan pedalaman Sabah serta Sarawak untuk mengadakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata dengan kekangan semasa, beliau percaya guru mampu mencari kaedah PdP terbaik.
Beliau juga yakin dengan daya kreatif guru untuk mencari kaedah bersesuaian bagi memenuhi keadaan semasa.
“Di luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak, kita ambil kira semua kekangan dihadapi dan telah maklum kepada guru supaya mereka cari kaedah terbaik.
“Kita tidak ingin melihat pelajar ketinggalan sewaktu PKP. Kita percaya bahawa guru mampu cari kaedah terbaik.
“Guru juga kreatif ambil pendekatan melalui telefon dan pelbagai lagi boleh lakukan. Kita yakin, usaha guru boleh jalankan PdP dengan baik,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya dekat sini, hari ini.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment