KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta peperiksaan di sekolah rendah dan menengah supaya tidak berlaku pertindihan.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata berikutan ketidaktentuan yang sedang dan bakal berlaku kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kementerian akan memperincikan perkara itu kemudian untuk mendapatkan pilihan. Beliau berkata, perkara itu kemudiannya akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan nanti.
"Kita teliti apabila kita lambatkan satu penggal akan berlaku pertindihan kerana akan banyak ketidaktentuan (berlaku). Hal itu kita akan perincikan kemudiannya supaya akan ada option (pilihan).
"KPM (Kementerian Pendidikan) menegaskan, kita akan pastikan pelajar akan hadapi peperiksaan akan dapat ruang secukupnya dan persediaan sebaiknya untuk menduduki peperiksaan.
"Kita akan pastikan ada ruang dan peluang bagi memenuhi apa saja diperlukan supaya pelajar ini mempunyai ruang sebelum menduduki peperiksaan," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.
BERITA HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment