Sunday 19 April 2020

PKP: MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR PERTANDINGAN CIPTA PUISI


KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan mempelawa murid sekolah rendah dan menengah seluruh negara memanfaatkan masa terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menulis puisi mengenai amalan membaca.
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) yang bernaung di bawah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) menerusi Facebooknya, memaklumkan aktiviti itu diadakan sempena Kempen Galakan Membaca Kebangsaan 2020 bermula 16 April lalu hingga hujung bulan ini.
“Murid hanya perlu mencipta puisi berkaitan aktiviti membaca dengan penuh kreatif, menarik dan sarat dengan mesej bermakna untuk dinilai penganjur. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan digital.
“Mereka perlu memuat naik puisi dan butiran diri di Facebook sendiri bersama ‘tag’ puisi ke Facebook MBKM serta meletakkan tanda #PuisiMembacaMBKM. Puisi yang terpilih akan diterbitkan dalam antalogi khas terbitan MBKM tidak lama lagi,” kata kenyataan berkenaan.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, layari Facebook MBKM.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment