Wednesday 29 April 2020

COVID-19 : KEBENARAN OPERASI SEKTOR SOSIAL DAN PENDIDIKAN DITANGGUH

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
PUTRAJAYA: Kebenaran beroperasi bagi sektor sosial dan pendidikan akan ditangguhkan sedikit masa lagi bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau situasi penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan KKM mencadangkan kepada kerajaan supaya sektor ekonomi dibenarkan beroperasi terlebih dahulu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berbanding dua sektor berkenaan.
"Biar kita benarkan sektor ekonomi bermula dan memantau situasi selama dua atau empat minggu sebelum kita putuskan dan cadangkan sektor sosial dan pendidikan untuk dibuka semula," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau ditanya sama sekolah sudah boleh dibuka atau ia akan mengambil lebih masa, susulan sektor ekonomi sudah mula boleh beroperasi sepenuhnya bermula hari ini.
BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment