LEE Lam Thye bersama Zulkefli Hamzah (tiga dari kiri) dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Yaakob Latif, Noraizah Shaharudin (kiri) menyerahkan plak tajaan kepada Wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam sewaktu Majlis Penyerahan Tajaan Akaun Tutor A+ kepada 10 buah sekolah di Jalan Peel, Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR 2 Julai - Bagi meningkatkan akses pelajar kurang berkemampuan kepada pendidikan berkualiti, 500 pelajar dari 10 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor hari ini menerima tajaan akaun Tutor A+ SPM daripada Yayasan Eco World.
Memperuntukkan RM22,000 untuk tajaan tersebut bersama dengan sumbangan buku, Yayasan Eco World melakukannya demi memajukan pendidikan rakyat Malaysia.
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kaedah pembelajaran Tutor A+ SPM yang menggunakan platform digital sesuai dengan perkembangan teknologi pendidikan kini yang sudah bergerak ke arah pembelajaran abad ke-21 (PAK21).
"Yayasan Eco World sejak penubuhannya memang prihatin tentang pendidikan.
"Kita harus terima hakikat tentang perkembangan teknologi kini. Dahulu kita tiada peranti-peranti seperti kini, tapi sekarang sudah ada," katanya dalam Majlis Penyerahan Tutor A+ SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yaacob Latif di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
No comments:
Post a Comment