PARIT BUNTAR, 9 Julai (Bernama) --
Kementerian Pendidikan disaran memperluas meneruskan program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) ke sekolah menengah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan
menikmati sarapan pagi.
Exco Komunikasi, Multimedia, Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata
langkah itu dapat memastikan pelajar terbabit belajar dengan selesa.
“Kita perlu memberikan perhatian kepada
mereka supaya pelajaran mereka tidak akan terjejas kerana di peringkat ini
mereka memerlukan makanan untuk fokus semasa pembelajaran," katanya.
Hasnul Zulkarnain yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Titi Serong bercakap kepada pemberita selepas merasmikan
Pelancaran Program Seuntai Kasih Seberkas Harapan Daerah Kerian di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist di sini, hari ini.
Mengenai program hari ini, beliau berkata
syarikat korporat dan NGO telah membantu memberikan kupon RM3 kepada 57 pelajar
di DUN Titi Serong yang layak untuk membeli makanan di kantin sekolah.
"Sebanyak lapan buah sekolah menengah
di kawasan DUN Titi Serong mendapat manfaat ini sejak awal Januari dan akan
berakhir November ini.
“Pelajar yang diberikan kupon ini akan
membeli sarapan pagi di kantin sekolah pada waktu rehat dan mereka tidak boleh
menukar kupon itu," katanya sambil berharap program sama dapat
dilaksanakan di seluruh negeri ini.
BERNAMA ONLINE
No comments:
Post a Comment