Monday 1 July 2019

UNIT PRESTARIANG DAPAT KONTRAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KUALA LUMPUR: Prestariang Systems Sdn Bhd, unit Prestariang Bhd akan membekalkan lesen perisian, produk dan perkhidmatan Microsoft kepada Kementerian Pendidikan selama setahun bernilai RM22.94 juta.
Unit itu menerima surat tawaran di bawah Perjanjian Perlesenan Induk 3.0 daripada Kementerian Kewangan pada 28 Jun lalu.
Menerusi surat itu secara rasminya Prestariang Systems dilantik untuk membekalkan produk dan perkhidmatan menerusi dua program, kata kumpulan itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.
Di bawah Perjanjian Persekutuan Pendidikan, unit itu akan membekalkan perisian, produk dan perkhidmatan Microsoft ke semua sekolah berkuat kuasa 10 Mac hingga 9 Mac 2020 pada harga RM11.22 juta.
Ia juga akan membekalkan kepada kemudahan yang sama kepada semua agensi di bawah Kementerian Pendidikan menerusi program pendaftaran untuk penyelesaian pendidikan (EES) dari 3 Julai hingga 2 Julai 2020 pada harga RM11.72 juta.
BERNAMA ONLINE

No comments:

Post a Comment