Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, kegagalan memahami subjek tersebut dengan tepat dan betul serta penuh semangat pastriotisme hanya menjadi satu faktor kekangan mewujudkan perpaduan.
“Selain itu, membina perpaduan kaum mestilah dimulakan dengan satu sistem pendidikan satu kurikulum, satu dasar dan satu sekolah bersifat kebangsaan. Kami berharap antara usaha penting untuk mewujudkan perpaduan ini ialah memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama.
“Ini kerana sistem pendidikan kita masih terpisah dengan kewujudan sekolah- sekolah vernakular dan swasta yang menjurus kepada satu kaum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Azizee berkata, kemahiran menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dalam kepelbagaian kaum diharap dapat memupuk semangat perpaduan serta keharmonian rakyat.
“Penguasaan pelbagai bahasa di peringkat sekolah tanpa mengenepikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara juga mampu menjadi pemangkin kepada agenda perpaduan negara,” ujarnya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE